17 October 2016

4th & 5th Virtual Run : RYF Edisi Sarawak & Supercat Lovers Series 2016


17 Oktober 2016.

Setelah lebih 10 hari berhibernasi dari aktiviti berjogging, semalam gagahkan juga diri untuk langsaikan hutang larian virtual run untuk 2 virtual run serentak. Haaa...hambik! Tamak sangat nak join banyak-banyak VR, lepas tu sayang sangat kalau duit pendaftaran membazir...so paksakan juga diri berlari.

Kami menyambung larian untuk VR RYF Edisi Sarawak yang masih berbaki 6.5KM, dah alang-alang tu kami gabungkan sekali dengan larian VR terbaharu kami daftar; iaitu Virtual Run Supercat Lovers Series 2016 (5KM). Penganjur pun terkejut, daftar tengahari, petang tu juga kami selesaikan keseluruhan larian 5KM tu. Hihihi....so sekarang sabar menanti medal dan t-shirt dihantar awal bulan November nanti.

Selain itu, melalui pendaftaran virtual run tu, kami berpeluang sertai group whatsapp otai-otai virtual run dan normal run. Terima kasih pada blogger DrCat (http://jalanjalanpusingpusing.blogspot.my/) yang perkenalkan kami dengan contest ini. Memang hebat-hebat belaka mereka yang berada dalam group ni, tapi yang penting kena pandai bergaul dan belajar tip terbaik daripada mereka semua.



Kredit gambar kepada FB penganjur


Kredit gambar kepada FB penganjur

4 comments:

  1. Wah...tahniah..cepatnye! alaa..mana satu awak ni...sy nampak new number dah di add tapi tak tau mana sy...nama sy dr maizatul :).

    sy tak siap2 lagi supercat lovers run tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...thanks DrCat...dalam group whatsapp, profile name saya "1d@H4rY@n1N4H4r ™". Kebetulan hari minggu, dapatlah berjogging jauh sikit...kalau hari kerja, memang kena buat 2 /3 kali larian untuk lengkapkan 5KM tu...

      Delete
  2. sy baru nak run esok ptg..harap tak hujan hahahaha...kerap hujan dah sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyok!! Kat Melaka pun sekarang kerap hujan tak menentu.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)