18 October 2016

Terima Bintang Khidmat Terpuji (BKT)


18 Oktober 2016.

#Throwback.

Kisah 15 Oktober 2016 (Sabtu) yang lalu. Berlangsung Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-78 TYT Tahun 2016. Aku hadir dengan suami pada hadir Sesi 1 untuk menerima penganugerahan Bintang Khidmat Terpuji (BKT).

Alhamdulillah, syukur.
Hampir 8 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.




Dapatlah bergambar dengan Datin Wira Wong Mew Choo dan Goh Liu Ying selepas istiadat. Dapat snap gambar spontan Datuk Wira Lee Chong Wei, kesian kat dia sebab kena tarik ke sana ke sini masing-masing ajak berselfie. Suka sangat dengan wife DWLCW, sangat peramah dan tak protokol sangat.


4 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)