29 September 2016

Jumpa Juga Akhirnya 2KM


29 September 2016.

Dua hari berehat selepas normal run event Ahad lepas, semalam baru kami suami isteri start balik berlari di hutan botanikal Ayer Keroh. Gigil juga kaki dibuatnya. Dapatlah briskwalking berselang seli dengan berlari anak sejauh 3.7KM iaitu separuh daripada trek 10,000 langkah atau 6KM tu.


Akhirnya! Jumpa juga papan tanda 2KM untuk trek 10,000 langkah semalam. Selalunya kami tak jumpa (atau maybe terlepas pandang) papan tanda ni. Lepas papan tanda 1KM..tetiba je dah terjumpa papan tanda 3KM. Hahaha..macam mana tu?

28 September 2016

Kesan Positif : 49 Hari ke 37 Hari


28 September 2016.

Dari 49 hari kepada 37 hari, Alhamdulillah la kan? Hari ini kembali ke CD1. Cycle day makin pendek dan simptom breast pain pun tak sampai 12-14 hari...10 hari je.

Mungkinkah kesan positif ini berpunca daripada penggunaan set minyak aromaterapi DD dan aktiviti bersenam sepanjang bulan Ogos dan September ini? Wallahualam...tapi dalam hati memang bersyukur dengan perkembangan positif ini.


Peneman saat ini....dah tinggal separuh botol je. InshaAllah nak restok minyak DD ni dalam masa terdekat.

26 September 2016

6KM AXA Hearts In Action Run 2016


26 September 2016.

Acara larian luar Melaka yang pertama kami suami isteri sertai tahun 2016 ini, yang mana pendaftaran penyertaan kami isi seawal bulan Mei yang lepas. Lama kan? Sampai hampir terlupa dah kami...nasib baik selalu semak status FB penganjur.

Kami ambil keputusan untuk bergerak dari Melaka jam 3.00 pagi dengan memasuki tol Ayer Keroh. Ngantuk tapi perasaan teruja mengatasi segala-galanya. Kami sampai di Persiaran Flora, Cyberjaya jam 5.00 pagi dan sempat solat di bawah bangunan CBD2. Acara dimulakan jam 6.20 pagi dengan sesi memanaskan badan dengan regangan dan tarian zumba.

Ada 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Family Fun Run 3KM, Open Beginner Run 6KM dan juga 12KM. Flag off kami adalah pada jam 7.15 pagi bagi kategori 6KM. Cuaca pun hari Ahad lepas adalah baik walaupun awan agak mendung. Aku selang selikan larian dengan briskwalking bagi mengelakkan kekejangan kaki sepanjang route tersebut. Bila dibuat perbandingan di antara jarak yang penganjur umumkan dengan jarak dalam aplikasi Strava aku, sebenarnya route tersebut lebih panjang iaitu sekitar 7KM. Untuk rekod, aku berjaya menghabiskan larian dalam tempoh 1 jam 9 minit untuk jarak 7KM dan sampai di finish line sekitar jam 8.25 pagi.

Selepas mendapat goodies bag dan medal finisher, kami berdua mengambil peluang bergambar di sudut photobooth yang disediakan. So far bagi kami berdua yang baru terlibat dengan acara larian ini, kami seronok dan berpuas hati dengan penganjuran larian macam ini cuma terdapat beberapa kekurangan yang masih boleh ditambahbaik oleh pihak penganjur di masa akan datang. Contohnya; menyediakan tenaga kerja marshall yang mencukupi di setiap chekpoint untuk menunjuk arah, memperbaiki kualiti water station dan memperkemaskan proses penyerahan medal finisher, goodies bag dan food pack.

Inilah medal finisher yang ditunggu-tunggu...akhirnya berada dalam genggaman tangan sendiri! Medal ketiga yang aku perolehi tahun 2016 ini.

23 September 2016

6KM Normal Run & Virtual Run Ketiga


23 September 2016.

Petang semalam dapatlah berlari 4KM dengan suami di taman rekreasi yang biasa kami beriadah. Terserempak pula dengan officemate di situ, jadi meriah la sikit sepanjang berlari tu. Sedar tak sedar, dah masuk Maghrib dan laluan trek dalam hutan dah makin gekap, seram juga rasa. Esok rehat sehari tak berjogging sebab nak relakskan otot dan sendi badan untuk larian 6KM di Cyberjaya Ahad ini. Makin berdebar rasa dibuatnya.

Hari ini juga pendaftaran untuk virtual run edisi Johor dibuka semula, jadi kami suami isteri tak melepaskan peluang untuk mendaftarkan diri. Nasib baik organizer buka semula edisi Johor, kalau tak kami tak berpeluang nak buat koleksi medal "Luaskan Kuasamu" tu. Ini adalah virtual run ketiga kami selepas edisi Melaka dan Negeri Sembilan.





21 September 2016

1st Virtual Run Medal : Raise Your Flag Edisi Melaka


21 September 2016.

Kelmarin medal untuk virtual run kami berdua suami isteri sampai di pejabat. Memang excited sungguh la menunggu medal ini. Ini adalah percubaan julung kalinya kami berdua menyertai virtual run dan tak sangka jadi addicted pula.

Macam mana boleh terjebak dengan virtual run?

Entah, ikutkan hari tu sibuk daftar untuk normal running event di Cyberjaya lepas tengok promosi di FB, lepas godek-godek terperasan pula wujudnya virtual run ni. Bila tengok peraturan virtual run yang sangat fleksibel dan tak mengongkong kita, jadi aku dan suami terus daftar dan mula berlari. Sedar tak sedar dah 30KM kami berlari sepanjang tempoh sebulan ini. Larian boleh dipecahkan kepada beberapa segmen dan hanya perlu dibuktikan dengan screenshot app larian untuk diberikan kepada organizer, kemudian medal akan dihantar kepada kita.

Kami sedang menunggu medal kedua virtual run kami yang akan sampai tak lama lagi. InshaAllah, akan ada lagi siri-siri mengejar medal virtual run yang lain selepas ini.....tunggu!





20 September 2016

1 Gram Goldbar Edisi Merdeka


20 September 2016.

Akhirnya sampai juga goldbar edisi Merdeka 2016 ke tangan setelah menunggu hampir sebulan lebih. Bagus juga bila dibuat koleksi edisi khas macam ni, jadi sayang pula kalau nak trade in nanti. Tambah-tambah bila ada gambar Tun M pada kad berlaminate tu....

3.5KM Bukan 2.2KM : GPS Strava Haywire


20 September 2016.

Adoi...semalam berjogging di Taman Botanikal Ayer Keroh, masa nak set lokasi dalam app Strava, setting GPS bengong plak, dok loading je. Jadinya, hampir 1.3KM berjogging, baru perasan app tak record jarak tu dan bacaan anggaran kalori dan average pace lari sikit. Sepatutnya jumlah jarak larian semalam 3.5KM tapi Strava record 2.2KM aje. Tsk tsk tsk....nasib baik larian kali ini bukan untuk record virtual run, kalau tak dah rugi dah mileage kat situ.


Ini route larian semalam, yang cover hampir 3.5KM. Ini separuh daripada trek asal 10,000 langkah yang KKM wujudkan tu.


Akhirnya jumpa juga guide route untuk laluan 10,000 langkah untuk Taman Botanikal Ayer Keroh ni. InshaAllah kalau ada rezeki, nak cuba lengkapkan trek 10,000 langkah di sini.


18 September 2016

6KM Dan 60 Minit


18 September 2016.

Konon nak cuba berlari ikut timing flag off event minggu depan, nak estimate berapa lama masa diambil untuk larian 6KM. Tapi being degil macam selalu, dah terbangun lewat jadinya start berlari jam 7.45 pagi.

Kali ini cuba juga paksa diri banyakkan berlari dari berjalan kaki laju. Nasib baik kaki beri kerjasama, tak cramp pada awal-awal 2KM pertama. Lepas tu dah ok dah. So, hampir 60 minit untuk habiskan larian 6KM...kebiasaannya dalam tempoh 1 jam 5 minit ke 1 jam 15 minit. InshaAllah rasa dah boleh estimate timing larian nanti macam mana. Oh ye, aku kan suka google/wiki semua benda (haha...suprise spoiler betulkan?), jadi aku dah google map street view laluan larian 6KM minggu depan. Incase tertinggal jauh, masih boleh ingat landmark laluan tu.



17 September 2016

Bila Last Buat Powerwalk?


17 September 2016.

Jawapannya.....entah! Betul-betul dah lupa....maknanya memang dah lama tak buat powerwalk. Bila penyakit 'M' ada dalam tubuh badan, inilah jadinya. Hari ni suami kerja hari Sabtu, jadi memang tak dapat nak berjogging kat sekitar taman perumahan la nampak gayanya. Sebaik je suami keluar, terus cari semula video powerwalk kat dalam PC suami. Jumpalah video Leslie Sansone - Burn Body Fat 2 Mile. Alhamdulillah syukur dapatlah bersenam sekejap dalam 30 minit, lebih kurang macam berlari dengan jarak 3.22KM.

InshaAllah kalau ada kerajinan petang ini, nak sambung buat powerwalk 3 mile....semoga berjaya!

16 September 2016

Sup Daging Qurban dan Cempedak Goreng


16 September 2016.

Hari ni lepak di rumah je dengan suami, tak ke mana-mana. Tengahari masak sup daging qurban pemberian Kak Teh dari Johor. Senang je buat lauk hari ini...lebur je semua sekali harung. Layan satu lauk pun dah kenyang sampai ke petang.


Ni cara tradisi aku makan nasi dengan sup daging. Memang terangkat bila campurkan sup dengan kuah kicap cili. Nasi banjir dengan sup ....


Malam ni sekarang tengah ngadap baki cempedak yang di buat cempedak goreng...akhirnya dah tahu teknik buat kerak-kerak yang sangat rangup  . Kemain suami dok mengunyah kerak-kerak ni sambil tengok tv....yeay, berjaya!

15 September 2016

2.4KM Brisk Walking


15 September 2016.

Adoyai...5 hari stop berjogging, semalam start balik, stamina pancit! Oh my! Tak daya nak berlari, lagipun masa cuma tinggal 30 minit je sebelum maghrib, jadi brisk walking je la. Memang berjalan laju dengan kelajuan yang sama dan tak berhenti langsung. Dapatlah cover 2.4KM...mencungap dan berpeluh sakan la jugak.

Alamak...makin dekat tarikh 25 September, makin cuak pula rasa hati ni. Mampu ke? Memang la dah biasa brisk walking 6KM, tapi ini running event bai...bukan main-main. Takpe la...yang penting ikhlaskan niat hati join event tu untuk sihat dan habiskan running route tu...



14 September 2016

Cempedak Goreng Rangup


14 September 2016.

Sejak-sejak musim cempedak ni, kami suami isteri dok la gi beli cempedak goreng kat pasar malam setiap minggu. Sedap memang sedap tapi kadang tak puas hati dengan kualiti dan rupa bentuk cempedak goreng tu. Harga pun kadang-kala tak munasabah.

Rezeki kami bila balik raya AidilAdha aritu, mertua bekalkan kami dengan sebiji buah cempedak untuk dibawa balik ke Melaka. Terus google resepi cempedak goreng rangup dan jumpa 1-2 resepi yang mudah diikuti.

Gambar atas tu cempedak goreng rangup menggunakan resepi dari blog Azie Kitchen:


Bahan bahan:
2 senduk tepung beras
1/2 - 1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung 
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya


Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.


Yang ini pula resepi yang diperolehi dari satu video di Facebook yang dikongsikan oleh Puan Najihah Abdul Mutalib.

Bahan bahan:
2-3 senduk tepung gandum
1 sudu besar butter
Sedikit minyak
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya

Kedua-dua resepi memang rangup dan sedap dimakan, suami pun suka makan. Resepi kedua ni kurang menyerap minyak sangat.

11 September 2016

Qurban 2016


11 September 2016.

Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah....
Saat-saat akhir menjelang Hari Raya Aidiladha esok, hari ni masih berkesempatan melakukan ibadah qurban untuk diri sendiri. Tahun 2016 adalah tahun ke-2 aku menyertai ibadah qurban (yang pertama tahun 2014) dan kesemuanya dilaksanakan di luar negara. Tahun lepas aku dan suami tak buat qurban, namun kami menyertai program Wakaf Perigi di Kemboja anjuran Al-Ameen Serve Holdings (www.korbanaqiqah.com.my). Syukur alhamdulillah kami dah dapat lihat sendiri gambar perigi yang telah dibina tu dan gambar keluarga yang mengunakan kemudahan perigi tersebut.


Tahun ini seperti biasa aku membuat qurban dengan 1 bahagian lembu. Semoga ada rezeki untuk aku membuat qurban 1 ekor lembu atau 1 ekor kambing di tahun-tahun akan datang. Ye..ini adalah cabaran untuk diri sendiri. Tahun 2016 ini aku menyertai ibadah qurban di bawah anjuran Muslim Qurban Ent (Reg : 002434460-V) di bawah seliaan Oh! Media dan Oh! Islam.


Yang sebenarnya....terkesan dengan status FB Kak Di semalam...rasa tersentuh. Mungkin Allah SWT nak datangkan hidayah melalui status ini.

Puasa Sunat Arafah 1437H


11 September 2016.

Bersamaan 9 Zulhijjah 1437H hari ini. Kami suami isteri baru sahaja bersahur untuk melengkapkan puasa sunat Arafah kami tahun ini. InshaAllah, moga-moga dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.





Jangan lupa sama-sama sertai World Quran Hour bermula jam 9.00 - 10.00 pagi ini....inshaAllah mudahan-mudahan ada keberkatan dari amalan yang kita lakukan hari ini.