21 September 2016

1st Virtual Run Medal : Raise Your Flag Edisi Melaka


21 September 2016.

Kelmarin medal untuk virtual run kami berdua suami isteri sampai di pejabat. Memang excited sungguh la menunggu medal ini. Ini adalah percubaan julung kalinya kami berdua menyertai virtual run dan tak sangka jadi addicted pula.

Macam mana boleh terjebak dengan virtual run?

Entah, ikutkan hari tu sibuk daftar untuk normal running event di Cyberjaya lepas tengok promosi di FB, lepas godek-godek terperasan pula wujudnya virtual run ni. Bila tengok peraturan virtual run yang sangat fleksibel dan tak mengongkong kita, jadi aku dan suami terus daftar dan mula berlari. Sedar tak sedar dah 30KM kami berlari sepanjang tempoh sebulan ini. Larian boleh dipecahkan kepada beberapa segmen dan hanya perlu dibuktikan dengan screenshot app larian untuk diberikan kepada organizer, kemudian medal akan dihantar kepada kita.

Kami sedang menunggu medal kedua virtual run kami yang akan sampai tak lama lagi. InshaAllah, akan ada lagi siri-siri mengejar medal virtual run yang lain selepas ini.....tunggu!





2 comments:

  1. best yani! dah boleh buat 'hall of medal' dah...gantung semua medal yani dapat from marathon etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi addicted pula sekarang ni ST! Memang dalam perancangan nak beli medal hanger untuk kami berdua...sekarang tengah tunggu 2-3 medal lagi berada dalam tangan...can't wait!!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)