11 May 2016

7th Walk For Autism 2016 Di Melaka Bandaraya Bersejarah Dunia

11 Mei 2016.

Macam mana boleh terlupa pula nak buat entri berkenaan penyertaan ulung kalinya kami suami isteri dalam acara berjalan kaki 7th Walk For Autism 2016 di Banda Hilir Melaka pada 2 Mei 2016 yang lalu? 

Ini adalah keratan artikel akhbar mengenai program tahunan untuk kesedaran autism di kalangan masyarakat Malaysia. Pendedahan program seperti ini memang bagus. InshaAllah, untuk tahun-tahun seterusnya kami suami isteri akan sertai lagi program walk for autism ini.

Lebih 2,000 sertai Berjalan Untuk Autisme

MELAKA: Lebih 2,000 peserta memeriahkan acara 'Berjalan Untuk Autisme' Kali ke-7 Melaka Bandaraya Warisan Dunia anjuran Persatuan Kanner Melaka, di perkarangan Kota A' Famosa, Banda Hilir, di sini, hari ini.

Pengasas program, Ng Kek Kuan, berkata program berjalan sejauh tiga (3) kilometer di sekitar kawasan bersejarah di Melaka itu turut disertai lebih 100 penghidap autisme di seluruh negara termasuk dari Singapura. Katanya, acara itu diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai autisme dan langkah awal rawatan kepada pesakit berkenaan.

"Kami tidak menyangka sambutan cukup meriah diterima pada acara kali ini, memandangkan tahun lalu kita menerima sekitar 1,000 penyertaan. "Program yang dijalankan ini turut mengumpulkan dana bagi menampung aktiviti tahunan pelajar kita di Pusat Pendidikan Khas Persatuan Kanner Melaka," katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Pusat Kanner Melaka, Alan Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Oriental Melaka Straits, Dr Tan Hui Ling. Bertemakan 'Berbeza Itu Indah', acara kali ini turut diiringi lima beca berhias yang membawa kanak-kanak autisme dan kumpulan kompang. Kek Kuan berkata, autisme adalah penyakit yang dihidapi seorang daripada 68 orang kanak-kanak di seluruh dunia dengan bentuk fizikal sempurna.

"Apa membezakan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal ialah sifat mereka yang agresif melampau, gagal memberi tindak balas, tidak takut, hiperaktif dan gemar mencederakan diri sendiri. "Hari Autisme disambut pada 2 April setiap tahun sebagai hari menghargai kehadiran dan keistimewaan penghidap autisme," katanya.










2 comments:

  1. salam kenal dari kaknoor dik batik pink :)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juga KakNoor...panggil je saya Yani....duduk jauh no...nun kat UK! ;)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)