31 May 2016

Bila Besan Arwah Mak Hantar Friend Request....Oppss!

31 Mei 2016.

Hahahahaha......alamak! Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Itulah dilema yang aku hadapi sekarang.
Out of the blue, besan arwah Mak hantar friend request pula. Ayoyo....
Whatsapp kat adik bongsu, tunjuk snapshot friend request tu, terus dia gelak.
Lagi la aku gelabah bila adik aku kata mak mertua dia rajin comment status FB. Gagagagaga...nehi kabi nehi la aku nak accept friend request kalau macam tu.

Kadang bila new feed FB dibanjiri dengan benda-benda yang menyesakkan dada; aku hidekan je latest update certain friendlist. Bukan apa, dari aku meluat, menyampah dan bercakap tak elok dalam hati, lebih baik la out of my view. FB je la media sosial yang aku ada, instagram + twitter + segala macam mak nenek media sosial aku tak de. Semak la. Ambik iktibar dari pengalaman berbual dengan seorang tenaga pengajar ICT dari France yang pernah mengajar aku tahun lepas; even dia ni orang hebat IT, satu akaun media sosial pun dia tak ada. Nothing. Memang susah nak cari info pasal dia kat internet. Sebelum dia datang Malaysia, aku adalah google nama dia untuk tengok any details pasal dia. Kosong. Yang keluar pun hanya nama dia sahaja dalam carian Google.

Aku ada tanya dia, kenapa tak ada akaun FB?
Dia kata tak perlu. As simple as that.
Yang kita-kita ni, baru taip sikit...berlambak info, gambar keluar!
Tak cukup dengan FB, lambakkan pula gambar kat instagram, tulis mengarut-mengarut kat twitter. Kadang gambar zaman jahiliyyah pun masih tak buang. Ayoyo....

P/s: Aku yang orang IT pun tak kuasa nak ada banyak akaun media sosial. Retweet mende pun aku tak tahu. 

30 May 2016

Persiapan Raya 2016 : Duit Jual Barang Recycle, Beli Langsir

30 Mei 2016.

2 minggu berturut-turut kami berdua suami isteri jual barang recycle di Krubong. Alhamdulillah, dapatlah dalam RM16.90, dan dengan duit itu jugalah kami topup sedikit lagi untuk beli kain langsir rumah pusaka arwah Mak. Beberapa minggu lepas, masa sibuk membasuh kain langsir, tengok-tengok ada 2 helai kain langsir ruang tamu yang dah garing sangat sebab memang terkena pancaran matahari secara direct dah terkoyak. Memang tahap memang kena tukar baru dah. 

Lepas je jual barang recycle, terus pergi MITC Kota Fesyen cari kedai langsir. Jumpa kain langsir jenis Snow Organza bidang 110 dengan harga RM22.80/meter. Jadi, kami beli kain tu untuk 5 meter, total RM114.00. Tak ada la terasa sangat keluar duit banyak-banyak sebab ada kumpul duit jual barang recycle dari awal tahun 2016. Berguna juga la kan, kumpul plastik, surat khabar dan besi-besi buruk...ada juga hasilnya kan? Huhuhu....

Ukuran kain langsir asal yang arwah Mak jahit. 

Minta tolong kakak jahitkan langsir 2 helai ni di rumahnya, sebab semua mesin jahit tepi dan mesin jahit Singer arwah Mak kakak pinjam dan letak di rumahnya sekarang ni.

Nampak tak agak togel di bahagian belakang langsir merah tu? Harap-harap kakak cepat dapat siapkan langsir tu, dan aku dapat gantung sebelum bulan puasa minggu depan ni....

26 May 2016

Persiapan Puasa 2016 : Herbalife


26 Mei 2016.

Hie guys! *sambil jeling-jeling manja kat kotak parcel baru sampai opis sekejap tadi.

Kui kui kui...

Bertemu juga kita akhirnya kan? Last consume Herbalife bulan Jun/Julai tahun lepas. Bulan puasa tahun ini memang dah bercadang nak consume semula Herbalife semasa bersahur dan inshaAllah berbuka nanti. Dua minggu berturut lepas, aku ada cuba buat puasa sunat Isnin dan Khamis, bersahur dengan overnight oats. Alhamdulillah, boleh bertahan sampai ke petang.


Masih ingat lagi ke tak sukatan shake Herbalife? Huhu...excited nak bershake balik ni.

24 May 2016

Persiapan Raya 2016 : Cat Pagar & Dapur Rumah Pusaka


24 Mei 2016.

2 minggu berturut-turut pantau kerja-kerja mengecat pagar dan dapur rumah pusaka arwah Mak ni. Kebetulan beberapa minggu lepas ada ternampak dalam FB ada orang iklankan servis mengecat rumah untuk hari raya, so pucuk di cita ulam mendatang la kiranya ni. Pagar batu dan dapur rumah pusaka ni memang dah beberapa tahun dah tak dicat baru, memang dah nampak usang sangat. Jadi bincang baik-baik dengan adik beradik untuk cat semula bahagian-bahagian rumah dengan menggunakan peruntukan penyelenggaraan rumah pusaka yang kami adik beradik simpan bersama.


Minggu pertama, uruskan kerja-kerja mengecat di luar rumah dahulu. Nasib baik cuaca elok, cuma hujan sekejap waktu tengahari, petang tukang cat sambung selesaikan kerja-kerja mengecat.









Minggu kedua (Ahad lepas), sambung kerja-kerja mengecat di dalam dapur rumah pula. Malam Sabtu tu kami suami isteri dah siap-siap alihkan barang-barang dari dapur ke ruang tengah rumah. Warna cat dinding dapur kami sengaja ambil kod warna biru sebab nak matchingkan dengan warna lantai. Hehehe.....

Sebelum : Warna asal dinding dapur


Selepas : Warna baru dinding dapur

Susun atur semula kedudukan almari dan rak di dapur, sempena mood menjelang bulan Ramadhan

21 May 2016

2nd Period Post 1st IUI

21 Mei 2016.

Seperti yang dijangkakan, genap 14 hari breast sore melanda bermula pada CD16 (7 Mei 2016), hari ni CD30 (21 Mei 2016) aku period. Semalam dah start short & sharp stomach cramps pada kedua-dua belah ari-ari.

Alhamdulillah!
Syukur dan terima kasih Ya Allah. Period cycle dah hampir kembali kepada normal. 27-29 hari (cycle lepas 27 hari, cycle kali ni 29 hari. Way much better dari 44 dan 53 hari cycle sebelum ni). Ini period kedua selepas IUI pertama kami suami isteri.

Belek-belek tarikh, nampak gaya kami berdua akan proceed prosedur IUI seterusnya selepas bulan Syawal nanti la.

Kalau....aku cakap kalau, nak proceed juga IUI cycle ni, semua benda nampak macam tergesa-gesa which are :-

1. Kalau nak start consume Clomid CD2 which is esok, hari ni dah tak sempat nak ke Senawang ambil Clomid. Klinik tutup pukul 1. So memang tak sempat.

2. CD12 kalau nak TVS scan, jatuh pada tarikh 1 Jun 2016 (Rabu).

3. Kalau ada rezeki telur membesar dengan jayanya, maybe...just maybe IUI buat pada CD14 (Jumaat). Bermulalah 2WW di permulaan Awal Ramadhan. Confirm tak boleh renyah-renyah sepanjang 2WW tu.

4. Kalau telur ambil masa nak membesar, mungkin akan drag kepada beberapa hari dan berkemungkinan kena pada hari berpuasa. Mustahil la kan nak buat prosedur IUI? Batal puasa.

Eh? Berapa banyak kalau daa....

Doa banyak-banyaklah, ada rezeki menjelang bulan Ramadhan dan Syawal ni, kot naturally melekat....amin, amin ya rabbal alamin!

Sedapnya melayan period cramps hari ni.....

20 May 2016

Japanese Green Tea, Lemon & Stevia

20 Mei 2016.

Dah lama tak buat air teh hijau rendam dengan lemon. Punye jauh menyimpang dan tersasarnya diet sihat aku selama ini. Beli lemon sampai keras kejung dalam fridge. Nak buat, tapi malas. Setiap kali buka fridge, nampak buah lemon dalam hati memujuk "Nanti nak buat air lemon kat opis la"...ke sudah tak buat-buat gak.

Kuatkan semangat!
Hari ni bawak semua kelengkapan ke opis; tupperware 2L, lemon, green tea dan stevia. Stevia ni pun satu hal juga. Dah dekat 2 bulan beli, baru sekali dua je guna. Duduk diam-diam dalam fridge. Konon kalau pergi makan kat luar nak bawa sekali stevia ni, nanti order air minta jangan letak gula. Kesudahnya, setiap kali order air, minta kurang manis. Tu pun kadang macam tak ada beza je kurang manis dengan air minuman manis biasa. Duh!

Japanese green tea tu rembat dari pantry masa menginap di Hotel Swiss-Garden & Residence Melaka aritu. Dapat dua paket japanese green tea dan dua paket teh BOH. Bila nak start balik budaya minum air teh hijau setiap hari ni, oi?



15 May 2016

Persiapan Raya 2016 : Basuh Sarung Bantal & Cadar


15 Mei 2016.

Makin nak dekat bulan puasa ni, makin banyak benda nak kena settlekan bab rumah arwah Mak. Langsir rumah dah siap basuh dan gantung semula.

Hujung minggu ni aktiviti mencuci semua sarung bantal dan cadar. Satu lagi, menjemur bantal untuk basmi hama. 3 kali juga la ulang basuh semua sarung bantal dan cadar dalam mesin basuh. By petang, memang dah terlepek kepenatan sampai tertidur lepas solat Asar.

InshaAllah minggu depan dah boleh start comforter ke dobi untuk dicuci. Tak berani nak sumbatkan semua comforter dalam mesin basuh walaupun kapasiti mesin tu 7kg. Kang tak pasal jahanam dibuatnya.

Kenapa excited sangat buat persiapan mengemas rumah ni eh? Sebab tahun ni, giliran kami adik beradik beraya bersama-sama di rumah pusaka arwah Mak Abah ni. Alhamdulillah, seronok sangat! Walaupun besar kemungkinan Bangah tak dapat beraya bersama kami adik beradik (Bangah akan berpuasa dan beraya dengan famili di Brunei) , inshaAllah semuanya berjalan lancar.

Ok, what's next?
Jeng jeng jeng....hari ni orang datang mengecat pagar batu rumah arwah Mak ni. Alhamdulillah, jumpa iklan di FB orang ambik upah mengecat, wiring sempena raya ni, cepat-cepat deal dengan dia. Bincang dengan adik beradik, mereka pun setuju guna tabung rumah untuk mengecat semula dapur rumah dan pagar batu rumah ni. Kebetulan cat pagar dah terkopak dek kena hujan panas.

13 May 2016

Kehilangan Orang Yang Menerima Baik Kehadiran Diri Ini

13 Mei 2016.

Selama hidup berumahtangga ini, aku berpeluang berjumpa 2 orang insan yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku. Walaupun ditakdirkan pertemuan kami hanya sementara, tapi ia sangat terkesan. Maksud aku, insan yang pertama kali berjumpa, melayan aku dengan mesra dan tanpa prejudis serta membuatkan aku berasa "diterima" dalam kalangan ahli keluarga.

Insan pertama : Arwah kakak ipar tunggal aku.

Aku masih ingat pertama kali berjumpa arwah kakak ipar di rumah mertua masa hari raya 8 tahun lalu, suami bawa aku ke sana untuk diperkenalkan pada mak ayahnya. Kebetulan masa tu arwah kakak ipar ada sama, dan ketika itu dia masih bergelar menantu dalam keluarga mertua. Mesra layanannya, paling aku ingat, arwah Kak Z bertanya apa panggilan suami antara kami berdua. Segan-segan aku jawap "Abang". Happy sungguh wajah Kak Z, dipeluknya aku sambil mengusik.

Masa hari perkahwinan kami, aku dapat perkhabaran Kak Z sudah bercerai dengan abang ipar aku. Jadi, sebab tulah masa hari nikah aku tak nampak kelibat Kak Z dan anak-anak. Lepas itu, aku banyak berkomunikasi dengan Kak Z dan anak-anak buah melalui whatsapp, FB chat dan inshaAllah setiap kali raya. Aku tahu Kak Z menderita sakit bertahun-tahun lamanya, menyebabkan pergerakannya agak terbatas.

11 Mac 2016. Arwah Kak Z meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi selepas pembedahan usus di hospital. Yang aku amat terkilan, dua hari sebelum meninggal kami berdua suami isteri ada singgah sebentar ke rumah mertua dan dimaklumkan oleh abang ipar bahawa Kak Z baru lepas operate dan masih di wad. Abg ipar kata kalau ada kesempatan pergilah jenguk. Memandangkan kami berdua ada hal di luar Seremban, kami bercadang nak melawat masa dalam perjalanan balik nanti. Tapi disebabkan kami balik pun dah lewat malam, jadi tak sempat singgah. Esoknya dah masuk kerja dan sibuk dengan macam-macam kerja. Sehinggalah kami dapat berita kematian arwah Kak Z, kami bergegas balik ke Seremban, dan alhamdulillah dapat hadir sama semasa majlis pengebumian.

Satu-satunya kakak ipar yang aku ada. 

Insan kedua : Arwah Mak Ngah

Mak Ngah, mak saudara suami yang tinggal di Gopeng, Perak. Pertama kali kami berjumpa dan singgah bermalam di rumahnya semasa melawat bapa saudara suami (adik lelaki mertua perempuan) yang sakit. Kami berdua (Mak Ngah) rancak berbual di dapur semasa menyediakan hidangan sarapan. Bergelak ketawa. Mostly isu perbualan kami tentang ibu masing-masing. Aku berkongsi cerita lucu semasa arwah mak masih hidup, kisah penggunaan alat bantu dengar (hearing aid) sebab Mak Ngah mengadu nak belikan ibunya alat yang sama sebab pendengaran ibunya yang semakin kurang. 

Masa nak balik, arwah Mak Ngah ada pesan kalau ke utara, jangan lupa singgah di rumahnya. Hati aku rasa seronok semasa di sana, terasa kehadiranku tak janggal.

Beberapa minggu lepas, mertua beritahu bapa saudara (Pak Ngah) meninggal akibat komplikasi diabetis di hospital. Tapi kami suami isteri tak dapat balik menjengah, cuma mertua sahaja yang kesana. Hujung minggu lepas, semasa menemankan mertua ke kenduri perkahwinan sepupu suami di Tambun, Perak, barulah mertua buka cerita...10 hari selepas arwah Pak Ngah meninggal, Mak Ngah pula meninggal. Aku sangat terkejut. Rupa-rupanya arwah Mak Ngah menderita penyakit kanser payudara. Akibat takut untuk ke hospital dan menjaga suami yang sakit, arwah Mak Ngah rahsiakan penyakitnya. 

Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan masa tahu berita pemergian Mak Lang. Sedih dan terkilan sebab tak dapat jenguk masa masih hidup.

11 May 2016

7th Walk For Autism 2016 Di Melaka Bandaraya Bersejarah Dunia

11 Mei 2016.

Macam mana boleh terlupa pula nak buat entri berkenaan penyertaan ulung kalinya kami suami isteri dalam acara berjalan kaki 7th Walk For Autism 2016 di Banda Hilir Melaka pada 2 Mei 2016 yang lalu? 

Ini adalah keratan artikel akhbar mengenai program tahunan untuk kesedaran autism di kalangan masyarakat Malaysia. Pendedahan program seperti ini memang bagus. InshaAllah, untuk tahun-tahun seterusnya kami suami isteri akan sertai lagi program walk for autism ini.

Lebih 2,000 sertai Berjalan Untuk Autisme

MELAKA: Lebih 2,000 peserta memeriahkan acara 'Berjalan Untuk Autisme' Kali ke-7 Melaka Bandaraya Warisan Dunia anjuran Persatuan Kanner Melaka, di perkarangan Kota A' Famosa, Banda Hilir, di sini, hari ini.

Pengasas program, Ng Kek Kuan, berkata program berjalan sejauh tiga (3) kilometer di sekitar kawasan bersejarah di Melaka itu turut disertai lebih 100 penghidap autisme di seluruh negara termasuk dari Singapura. Katanya, acara itu diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai autisme dan langkah awal rawatan kepada pesakit berkenaan.

"Kami tidak menyangka sambutan cukup meriah diterima pada acara kali ini, memandangkan tahun lalu kita menerima sekitar 1,000 penyertaan. "Program yang dijalankan ini turut mengumpulkan dana bagi menampung aktiviti tahunan pelajar kita di Pusat Pendidikan Khas Persatuan Kanner Melaka," katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Pusat Kanner Melaka, Alan Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Oriental Melaka Straits, Dr Tan Hui Ling. Bertemakan 'Berbeza Itu Indah', acara kali ini turut diiringi lima beca berhias yang membawa kanak-kanak autisme dan kumpulan kompang. Kek Kuan berkata, autisme adalah penyakit yang dihidapi seorang daripada 68 orang kanak-kanak di seluruh dunia dengan bentuk fizikal sempurna.

"Apa membezakan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal ialah sifat mereka yang agresif melampau, gagal memberi tindak balas, tidak takut, hiperaktif dan gemar mencederakan diri sendiri. "Hari Autisme disambut pada 2 April setiap tahun sebagai hari menghargai kehadiran dan keistimewaan penghidap autisme," katanya.










10 May 2016

Kita Aktif Ke Tidak Sebenarnya?

10 Mei 2016.

Semalam masa followup di Poliklinik, sementara tunggu nombor giliran dipanggil, sempatlah juga baca info-info yang ditampal di dinding poliklinik. Banyak juga duit kerajaan dibelanjakan untuk membuat promosi kesedaran secara berterusan untuk kepentingan rakyat. Hampir kesemua dinding poliklinik bertampal dengan info; pasal denggi la, pasal diabetis la, pasal 10,000 langkah la....



Naik 1 anak tangga membakar 0.07 kalori.
Guna anak tangga untuk naik satu tingkat, kita akan membakar sebanyak 1.54 kalori. Jadi, anggapan 1 tingkat mempunyai 22 anak tangga.....jap, aku gi kira tangga kat bangunan opis jap. Kih kih kih...ye ke ada 22 anak tangga?

05 May 2016

Telur Separuh Masak Untuk Besarkan Folikel

5 Mei 2016.

Salah satu usaha dan ikhtiar untuk membesarkan folikel untuk cycle kali ini. Tak pernah hidup buat telur separuh masak, jadi mengooglelah ke blog-blog lain. Percubaan pertama cycle lepas alhamdulillah menjadi. Menjadi maksud aku ialah telur tu masak seperti sepatutnya; aku rendamkan telur dalam air panas mendidih selama 6 minit 30 saat.

Lepas pecahkan kulit dan tuang isi dalam bekas, aku campurkan sedikit lada hitam, lada sulah (optional) dan sedikit kicap. Kacau rata dan makan sekaligus masa masih panas-panas. Bukan apa, aku takut aku terluah balik segala isinya tu. Alhamdulillah juga tekak boleh terima walaupun kembang-kembang tekak nak menghabiskan 2 biji telur separuh masak.

Kredit to Blog KasihAleeya.blogspot.com

 Kredit to Blogger Anies Joe

04 May 2016

Harga Emas Makin Naik, Naik dan Naik Lagi!

Harga emas pada 14 April 2016
4 Mei 2016.

Makin hari makin naik harga emas. Tapi bagi pengumpul emas macam aku; naik ke turun ke harga emas, beli tetap beli. Salah satu caranya adalah dengan mempelbagaikan jenis emas yang disimpan, mungkin bulan ini beli dinar emas, bulan depan beli goldbar atau syiling emas. Yang penting, setiap bulan asingkan siap-siap sebahagian daripada duit gaji atau pendapatan untuk simpanan jangka masa panjang. 

 Harga emas pada 29 April 2016
Kenaikan harga di antara RM2.00 - RM8.50

Harga emas pada 3 Mei 2016
Kenaikan harga di antara RM3.00 - RM12.70

Ini bermakna dalam tempoh 3 minggu, ada kenaikan harga emas sekitar RM5.00 - RM21.20


Status whatsapp yang baru diterima.....besar kemungkinan harga emas akan naik lagi hari ini (4 Mei 2016). Apa-apa pun, kena tunggu pengumuman harga terkini (sekiranya ada perubahan) selepas jam 11.00 - 12.00 tengahari ini. Banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas dunia, contohnya; faktor ringgit Malaysia dan isu semasa dunia/negara. Satu lagi, hasil pemerhatian aku, kalau perasan setiap kali perayaan umum macam Tahun Baru Cina dan Hari Raya, harga emas akan naik sedikit.

Tukar Bayaran Balik Cukai LHDN Kepada Emas Fizikal

4 Mei 2016.

Awal bulan Mac tempohari sepantas kilat submit borang online E-Filling LHDN untuk taksiran tahun 2015. Alhamdulillah pertengahan bulan April 2016, bayaran balik cukai terlebih bayar dimasukkan semula dalam akaun Maybank. Walaupun tak banyak mana, alhamdulillah rezeki untuk diri. Bagi mengelakkan gelap mata tengok macam-macam duit masuk dalam akaun (selain bayaran balik dari LHDN ni, bulan April pun aku terima bayaran dari Nuffnang sebanyak RM100.18 dan duit tuntutan perjalanan RM229.20), aku cepat-cepat tukar duit RM97.30 tu kepada emas fizikal - Goldbar 1g. Tambah sedikit duit gaji, alhamdulillah terus beli pada stokis.

Harga semasa emas 26 April 2016

Jumaat lepas (29 April 2016), emas fizikal 1g Goldbar sampai di pejabat. 

Masih berusaha menambah 2 keping 1g goldbar, nak cukupkan 5 keping...ada rezeki, nak tukar dengan stokis menjadi sekeping 5g goldbar. InshaAllah, amin!