21 May 2016

2nd Period Post 1st IUI

21 Mei 2016.

Seperti yang dijangkakan, genap 14 hari breast sore melanda bermula pada CD16 (7 Mei 2016), hari ni CD30 (21 Mei 2016) aku period. Semalam dah start short & sharp stomach cramps pada kedua-dua belah ari-ari.

Alhamdulillah!
Syukur dan terima kasih Ya Allah. Period cycle dah hampir kembali kepada normal. 27-29 hari (cycle lepas 27 hari, cycle kali ni 29 hari. Way much better dari 44 dan 53 hari cycle sebelum ni). Ini period kedua selepas IUI pertama kami suami isteri.

Belek-belek tarikh, nampak gaya kami berdua akan proceed prosedur IUI seterusnya selepas bulan Syawal nanti la.

Kalau....aku cakap kalau, nak proceed juga IUI cycle ni, semua benda nampak macam tergesa-gesa which are :-

1. Kalau nak start consume Clomid CD2 which is esok, hari ni dah tak sempat nak ke Senawang ambil Clomid. Klinik tutup pukul 1. So memang tak sempat.

2. CD12 kalau nak TVS scan, jatuh pada tarikh 1 Jun 2016 (Rabu).

3. Kalau ada rezeki telur membesar dengan jayanya, maybe...just maybe IUI buat pada CD14 (Jumaat). Bermulalah 2WW di permulaan Awal Ramadhan. Confirm tak boleh renyah-renyah sepanjang 2WW tu.

4. Kalau telur ambil masa nak membesar, mungkin akan drag kepada beberapa hari dan berkemungkinan kena pada hari berpuasa. Mustahil la kan nak buat prosedur IUI? Batal puasa.

Eh? Berapa banyak kalau daa....

Doa banyak-banyaklah, ada rezeki menjelang bulan Ramadhan dan Syawal ni, kot naturally melekat....amin, amin ya rabbal alamin!

Sedapnya melayan period cramps hari ni.....

10 comments:

  1. aamiin aamiin.aamiin
    mudah mudahan
    Kuasa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...thanks Cik Sue! Berkat bulan Ramadhan & Syawal, manalah tahu kan?

      Delete
  2. Doakan utk kita skli ye,...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah amin ya rabbal alamin....

      Delete
  3. InhsaAllah moga berjaya tahniah period da ok. Sy lps fail ivf pun alhamdulillah period da xting tong. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Asma'....memang berharap sangat period cycle kembali normal dan pendek. Harap-harap kekal sampai bila-bila la.

      Delete
  4. InsyaAllah..doa bebanyak masa bulan puasa nanti. Akk pun doakan. Mana tahu dapat natural conceive. Kan?
    1 Jun tu tarikh keramat akk tu. dah check in, InsyaAllah masa 1st June tu. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, amin ya rabbal alamin....KekDa doakan ye untuk Yani?
      Yani dan suami lak excited bila tarikh 1 Jun tu nak sampai tak lama lagi. Kalau jatuh hari Sabtu Ahad memang nak naik KL je gi tgk KekDa...huhuhu!

      Delete
  5. Salam. Sis kt seremban ke? Saya pn kt seremban. Ttc mcm sis jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, nope...saya duduk Melaka, cuma cuba nasib buat IUI di Senawang. :) Salam perkenalan ye?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)