18 April 2016

A'Famosa Colour Run Party 2016

18 April 2016.

Larian kedua yang aku miss bulan April ni. InshaAllah semoga Allah SWT gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup kami suami isteri...amin ya rabbal alamin. Hari Sabtu 16 April 2016 aku pergi ke A'famosa Freeport untuk race kit collection. Menapak jauh sebab organiser tak letak sebarang notification kat area parkir, so bila berjalan kaki ke Porch 1, ternampak ada banner tulis race kit collection kena ambil di Porch 2 dekat outlet Esprit.....jauhnyer aku kena menapak. Rasa nak menangis je dengan perut berdenyut-denyut.  


17 April 2016 - Pukul 7.00 pagi kami sampai di A'Famosa Resort, masa tu masih ramai peserta baru sampai. Agak lewat acara bermula, pelepasan larian peserta pun rasanya lewat, hanpir jam 8.30 pagi. Aku tunggu dalam kereta je, sempat juga baca Yasin sementara tunggu suami selesai berlari. Selesai tu, suami call suruh sama-sama ke tapak larian. Dok tungga juga sampai habis event sebab ada acara cabutan bertuah.


P/s: On the way balik ke rumah, saje usik suami....lepas ni nak senyap-senyap daftarkan dia untuk larian 12KM atau pun half marathon...kih kih kih!

2 comments:

  1. Best2...kita thn ni lom daftr lg...nk kne cr gk mnr2 larian pasni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Reha dah habis pantang ke? Yani start join berlari ni, mesti teringat Mama Reha punye aktiviti /minat yang sama....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)