16 February 2016

Bangun Malam, Tahajjud dan Taubat


16 Februari 2016.

Syukur Alhamdulillah. Lepas habis period Sabtu dua minggu lepas, niat diri nak terjaga dengan mudah di tengah malam untuk solat sunat tahajjud dan solat taubat dipermudahkan.

Mula-mula set juga alarm di hp untuk bangun jam 3.30 - 4.00 pagi takut terlepas. Lepas tu sedikit demi sedikit dapat bangun sebelum alarm berbunyi. Mudah terjaga dan bingkas ambil wuduk. Satu lagi cara, aku lewatkan solat Isyak dan tidur awal sebelum jam 10.30 - 11.00 malam, aku niat dalam hati nak bangun awal untuk solat Isyak, inshaAllah Allah SWT bantu ingatkan kita.


Kebetulan minggu lepas aku agak stress dengan beban kerja yang membuatkan aku buntu dan agak tertekan ekoran ada isu politik dalam suasana bekerja. Jujur, aku tak suka keadaan macam ni. Sampai satu tahap aku jadi murung.

Aku tahu aku lemah dan perlukan tempat mengadu. Bukan pada manusia, sebab itu tak akan menyelesaikan masalah aku. Aku perlukan tempat mengadu yang bukan setakat mendengar, malah mampu menenangkan perasaan ini. Dan aku temui semua itu dalam solat sunat di tengah malam. Selain itu, aku temui ketenangan hati saat berzikir dan berselawat sepanjang memandu ke tempat kerja. Alhamdulillah sudah menjadi amalan setiap awal pagi. Hati pun tenang dan takde mood marah dan emosi semasa memandu.

2 comments:

  1. Replies
    1. InshaAllah KekDa, masih dalam usaha untuk istiqamah. Luckily di antara adik beradik sentiasa saling mengingatkan antara satu sama lain bab agama. Dulu arwah mak yang ingatkan, sekarang adik beradik jadi penganti arwah mak dan abah mengingatkan....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)