13 January 2016

Sekejap Je Sudah 7 Tahun

13 Januari 2016.

Hari ini genap tempoh 7 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Setiap tahun diraikan dengan membawa arwah Mak dan famili makan di luar. Cuma, 2 tahun kebelakangan ni sejak ketiadaan arwah Mak, aku dah tak sambut, cuma buat doa selamat dan tahlil. Malam tadi whatsapp kawan order cheesetart buat makan-makan kami suami isteri. Hari Sabtu nanti suami ada urusan nak balik Seremban, aku order lagi 1 bekas 49 keping cheesetart untuk jamu keluarga mertua di Seremban.

Tak sampai sejam licin 1 bekas 16 keping cheesetart kami suami habiskan...sedap....

Kebetulan pos laju sampai hari ni, barang yang dibeli dah sampai. Ulang beli stok Greenaard dan pencuci muka Ephyra. Yang sebenarnya aku mengejarkan Greenaard Planner 2016 tu sebab promosi pembeliaan greenaard dapat planner ni berakhir 10 Januari 2016....heheheheh...

4 comments:

  1. akk bln dpn masuk 12 thn jd penjawat awam.. fuhhh... lama lagi tu kalo nak kira pencen wajib.. kalau pencen pilihan tu.. dekat dah la boleh option dah. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh...12 tahun!!
      KekDa, kalau Yani masuk servis tahun 2009, umur masa tu 25/26 tahun, bila ye boleh pencen wajib (kalau tak silap umur 60 tahun kot?) dan bila dah boleh pencen pilihan? Akak mesti terrer bab ni kan.....hehheh...ajar Yani please!

      Delete
    2. pencen wajib mmg masa umur kita 60 lah.. tak bule wat apa tu. Atau ada yang pencen wajib nya 55 atau 58. Ini yg masuk perkhidmatan sebelum thn 2009 kalau tak silap. Lps 2009 mmg 60 dah.
      So, kalau nak pencen pilihan dia boleh masa umur 40 thn atau genap 10 tahun perkhidmatan (mana yg terlambat). Kalau umur dah 40 thn, tp baru berkhidmat 5 thn pun tak dpt lah pencen.
      CUma, walau kita pencen umur 40 thn, umur 55 baru dpt pencen bulanan. Sebelum tu hanya dpt graituiti dan bayaran GCR yg kita kumpul saja. Kalau kerja baru 10 thn, idak la byk mana kan.
      Gitu lah dia nya... :)

      Delete
    3. Ohh....kalau macam tu;
      1) kalau yani nak pencen juga genap 10 tahun perkhidmatan (2019), tak boleh juga kan? Sebab masa tu baru umur 36 tahun (tak cukup 40 tahun)
      2) kalau nak tunggu juga umur 40 tahun, masa tu dah masuk 14/15 tahun perkhidmatan dalam kerajaan la eh?

      Tapi bila baca bab pencen bulanan dapat umur 55 tahun (eh ke umur 60 tahun utk lantikan lepas 2009?)...hurm..hurm..mana nak cari duit sementara tunggu 15-20 tahun tak kerja tu? Isk isk isk...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)