12 October 2015

Pakej 2 Dalam 1 : Brisk Walking 10K Langkah Dan Shopping


12 Oktober 2015.

Hajat tak kesampaian nak join program Gegar 10,000 Langkah sempena Hari Sukan Negara yang dibuat di Banda Hilir petang Sabtu lepas. Clashed dengan event family gathering kami adik beradik pula. Tu aku akan cerita dalam entri seterusnya.

Jadi cover balik rasa terkilan tu dengan kuar berbrisk walking dengan suami awal pagi Ahad semalam. Lemau sangat dah lama tak beriadah sejak terperap dalam rumah setiap hujung minggu akibat jerebu. Alasan sangat kan? Hahaha..sedangkan tak jerebu pun asyik skip keluar beriadah. Nasib baik seminggu lebih ni jerebu dah makin berkurangan, jadi moh la kita rebut peluang yang ada.

Alang-alang trek 10,000 langkah tu lalu depan tapak pasar, singgah sekali beli sayur mayur dan suratkhabar. Kelakar pun ade, pergi berlenggang kangkung, balik kemain berbeg plastik bagai sambil kepit suratkhabar bawah ketiak suami isteri ni.

Owh, tak sabar rasanya nak bercuti-cuti malaysia sambil berhoneymoon kurang lebih 2 minggu dari sekarang. Alhamdulillah pejam celik kami berdua dah menghampiri ulangtahun ke-5 perkahwinan bersama. Cuti dah apply, tempat penginapan dah tempah, tempat makan dah survey...hurm. Cuma mencari masa nak hantar servis kereta suami sebab nak jalan jauh. Bestnya nak berdua-duan dengan suami kat tempat honeymoon nanti...just the two of us. Tak ada sesiapa yang ganggu. Masa untuk sesi meluahkan rasa dan kasih sayang bersama.... :)

2 comments:

  1. Replies
    1. Honeymoon dalam Malaysia je ST ;)
      Ubah angin gi pulau pula kali ni. Honeymoon versi bajet je hehehehe...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)