14 October 2015

Sambut Hari Lahir Suami Yang Ke-33

14 Oktober 2015.

Entri-entri aku kebelakangan ni banyak yang versi campakbelakang #throwback, kerana masa terlalu mencemburuiku...hahaha! Oklah, straight to the topic, 8 Oktober tempohari adalah hari lahir suami yang ke-33. Being isteri yang sedang dalam mood honeymoon, bulan Oktober kali ni ada 3 benda nak disambut; ulang tahun kelahiran suami, ulangtahun perkahwinan ke-5 kami berdua dan juga cuti-cuti honeymoon kami. Disebabkan 8 Oktober tu kami berdua tak apply cuti, jadinya aku gigih plan nak bawa suami celebrate dengan makan malam di luar lepas kerja.

Kami berdua ni memang jarang makan luar, jadi pilihan tempat makan tak banyak. Seminggu sebelum birthday suami, aku dok google lokasi tempat makan baru di sekitar bandar Melaka dan akhirnya berkenan dengan satu restoren baru berkonsep western ni; Billionaires Concept Cuisine. Sempat juga blogwalking blog yang pernah rebiu pasal menu di sini, jadi takde la canggung sangat masa nak order. ;) Oh ye....aku book dan dapat confirmation tempat makan ni via whatsapp je, mudah sangat!

Menu permulaan :  Chaumet French Fries, Passion Peach & Lychee Raspberry

 Celebrate berdua je, jadi kami beli sepotong kek je....Nutella Cheese Tart Cake

Alhamdulillah! Suami suka dengan pilihan tempat untuk celebrate birthdaynya kali ni. Senyum manis je.....pandai tak wife Abang ni suprisekan? Huhuhu....

 Menu Isteri : Moscow Mixed Grilled (kombinasi ayam, daging dan filet ikan)

Menu Suami : New York Striploin Steak 

Kami berkongsi makan aiskrim ni...sedap! Caramel Sutra namanya... 

Pinggan dah hampir clear baru teringat nak snap gambar...kih kih kih.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)