30 September 2015

Penutup Kisah PTPTN

30 September 2015.

Kisah campakbelakang ni, dah tamat pun kisah antara PTPTN dengan aku (note : 23 Sept 2015). Dek kesibukan kerja, tak sempat-sempat sampai hari ini nak catatkan kisah ni dalam blog. Ikutkan lepas dapat dokumen tawaran perjanjian pertukaran ujrah tu, aku ada la sembang-sembang pasal isu PTPTN dalam WA adik beradik dan pelanjutan tempoh bayaran balik pinjaman dari 5 tahun lebih kepada 10 tahun lepas sign ujrah nanti. 

Dok sembang, salah seorang dari kakak-kakak aku private WA aku dan tawarkan diri untuk lunaskan hutang PTPTN dan bayar balik pada dia tanpa apa-apa interest. Aku minta masa untuk fikirkan dan bincang balik dengan suami pro dan con tawaran tu. Alhamdulillah, lepas berbincang dan lepas siap-siap buat pengiraan berdasarkan kemampuan kewangan semasa, aku bersetuju untuk terima tawaran kakak.


Ikutkan setiap bulan aku bayar RM200 ke akaun PTPTN, sebab ingatkan kalau tukar kepada ujrah aku kena bayar lebih dari jumlah tu (my bad!). Bila datang sendiri PTPTN dan berbincang, rupa-rupanya kadar bayaran lepas ujrah jauh lebih rendah dari jangkaan aku (RM123.72/bulan), cuma tempoh masa dragged jadi 10 tahun la. Jadi aku plan nak bayar RM250 untuk cepatkan tempoh habis bayaran pinjaman ujrah tu (selesai lebih awal dari 10 tahun tu). Ini perancangan kalau aku jadi bertukar kepada ujrah, which is now tak jadi for a good reason.

Bila aku decide nak ambil offer kakak aku.....kira punye kira, finally aku bersetuju nak bayar balik setiap bulan pada kakak aku sebanyak RM300 untuk tempoh masa lebih kurang 4 tahun. Ini pun lepas ambil kira setiap tahun ada kenaikan tangga gaji, jadi aku rasa inshaAllah tak ada masalah untuk tolak tepi jumlah tu. Dan, kalau ada rezeki lebih (bonus ke apa ke), aku bayar lebih dari RM300 tu....inshaAllah!

Jadi, kat bawah ni aku catatkan kronologi penutup kisah PTPTN aku:

07.09.2015 - Dokumen tawaran perjanjian pertukaran ujrah diterima.

15.09.2015 - Auto debit jumlah baki pinjaman dari Bank Islam ke akaun PTPTN. Ambil resit bukti pemindahan duit dari KakTeh waktu tengahari dan lepas tu ke PTPTN cawangan MITC, Ayer Keroh.

18.09.2015 - Transaksi dari Bank Islam ke akaun PTPTN 'clear'.

23.09.2015 - Surat Pelepasan Pembiayaan Pendidikan PTPTN dikeluarkan. Aku terima melalui emel rasmi.

Ikutkan pegawai PTPTN maklumkan antara satu proses ke satu proses memakan masa yang lama, contohnya:

1. Untuk clear transaction dari bank kepada PTPTN : Makan masa 2 minggu.
2. Untuk dapat surat pelepasan pembiayaan ptptn : Kena tunggu dalam tempoh 2 bulan. Kalau tiada maklumbalas, kena roger PTPTN HQ.
3. Untuk clear status dari CCRIS : Lepas surat pelepasan dapat, kena tunggu 6 bulan untuk clear rekod kita dari database CCRIS.

Tapi......!!
Alhamdulillah staf PTPTN cekap buat kerja, jadi 2 proses di atas tu selesai awal dari tempoh yang dimaklumkan. 3 hari je transaction dah clear (aku semak setiap hari dalam PTPTN Anjung untuk tengok status dah dikemaskini ke tidak), lepas tu aku call PTPTN Melaka cawangan MITC, Ayer Keroh bagitau. 5 hari lepas tu, surat pelepasan dah dikeluarkan. Bagus kan?


P/s: Dah start bayar balik pada kakak mulai gaji bulan Oktober 2015. Yeay! Alhamdulillah.... ;) Tak sabar nak habiskan bayar hutang PTPTN dan kereta, boleh kumpul duit untuk benda lain pula...

28 September 2015

Cosway Aloe Vera Berry Flavour

28 September 2015.

Lepas consume Lifestream Biogenic Aloe Vera Juice, sekarang mencuba Aloe Vera Berry Flavour keluaran Cosway pula. Tujuan yang sama, untuk melancarkan proses pencernaan secara semulajadi. Setakat ini sudah masuk botol ke-2 kami suami isteri consume.





 

27 September 2015

Resepi Asam Pedas Ayam


27 September 2015.

Hari tu singgah jenguk blog seripayaku.blogspot.my milik Kak Rose, jumpa resepi asam pedas ayam. Seumur hidup aku belum pernah buat lauk asam pedas selain asam pedas ikan jenak. Bila tengok bahan-bahan yang digunakan dalam resepi tu, memang dah berhajat sangat nak cuba buat masa cuti hujung minggu ni.

Percubaan pertama yang membuahkan hasil yang alhamdulillah sedap dan licin pinggan suami. Terima kasih la kat Kak Rose sebab kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan : 
1 labu bawang besar //
2-3 ulas bawang putih //
2 inci halia //
sedikit belacan // (aku tak letak pun)
1 sudu besar lada hitam - blend halus
3-4 sudu cili mesin
6-7 bahagian ayam yang dipotong sederhana
1-2 sudu pes asam jawa
1 sudu besar halba
1 batang serai - dititik
Daun kesum
1 batang bunga kantan (aku tak letak juga)
1 biji tomato - dibelah empat
200 ml air atau ikut suka sukatan kita
Garam, gula dan perasa
Minyak untuk menumis

// - bahan diblend bersama

Cara-cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumiskan lada hitam, halba dan bahan yang diblend sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan cili blend dan gaul rata sehingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Tuangkan air hingga acup menutup isi ayam. Masukkan serai, daun kesum dan tunggu sampai kuah mendidih.
4. Perisakan lauk dengan asam jawa, garam, gula dan perasa.
5. Masukkan tomato sewaktu lauk hampir masak bagi mengelakkan ia lembik.
6. Kacau rata dan tutup api.

26 September 2015

Salam Aidil Adha 1436H

26 September 2015.

Tahun ni balik beraya di Seremban. Lepas berbuka di luar selepas balik kerja, baik rumah dan mengemas beg baju. Nama je balik tak sampai sehari tapi mengemas beg macam nak balik seminggu...huhuh! Last-last bergerak keluar dari Melaka jam 10.00 malam. Sampai area Seremban, tak terus balik rumah mertua tapi kami berdua singgah membeli lemang di Ampangan. Waktu tu dah hampir jam 12.30 tengah malam. Beratur panjang wei.....order dan bayar cash dulu, pukul 2.30 baru keluar semula ambil lemang 3 batang tu. Nasib baik sempat singgah beli lemang sebatang di lepas persimpangan Alor Gajah-Tampin.

Bangun pagi, mandi sunat AidilAdha dan kemudian kami berempat dengan mertua lelaki dan perempuan ke masjid terdekat untuk solat sunat AidilAdha. Lepas tu sempat tengok aktiviti korban yang dibuat di perkarangan masjid. 8 ekor lembu tumbang tapi sampai pukul 2.00 petang pun masih belum habis dilapah sebab kurang tenaga orang muda nak membantu sama.


Dalam pukul 4.30 petang bergerak balik semula ke Melaka sebab hari Jumaat kami berdua suami isteri bekerja. Sekejap je kan? On the way balik ke Melaka sempat singgah kedai Coconut Shake Naning. Dah beratus kali lalu depan kedai ni, ini baru kali pertama singgah, sempat membeli coconut shake dan jagung rebus untuk alas perut.

Mak mertua ada bekalkan rendang daging kering, pulut kuning, kari ayam, roti jala dan lemang sebatang. Alhamdulillah, makan malam ulang makan lauk-lauk raya ni lepas panaskan sekejap dalam microwave. Mertua pun ada bekalkan 1kg daging korban, adik bongsu pun ada berikan 1 kg lebih daging korban, jadi dok la mengemas stok daging korban, potong kecil dan bahagi beberapa bekas kecil.


25 September 2015

Pap Smear, Pipelle Sampling Ke-3 & HSA/SFA Ke-3


25 September 2015.

22 September 2015, tarikh temujanji ke-2 klinik pakar O&G aku di GH Melaka setelah tarikh sepatutnya pada 7 April 2015 ditunda selama hampir 5 bulan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sampai awal di perkarangan klinik sebab nak dapatkan nombor giliran yang awal. Awal pun tak awal la juga, sebab ada patient yang waktu temujanjinya adalah 8.00 pagi, yang aku punye jam 9.00 pagi jadi dapat nombor 1024 ( no. 24).

Bila nombor giliran dipanggil le bilik no. 4, doktor yang attend kes aku adalah doktor lelaki Cina, Dr Chai. Dia go thru fail kes aku, lepas tu bila tengok period cycle calendar aku, dia assume period aku haywire dan masih tak teratur lagi (note: 22 Sept 2015  - CD54). Memang betul pun, tu aku memang admit sebab ada berkaitan dengan kenaikan berat badan aku beberapa bulan ni. Awal-awal tahun 2015 aritu, cycle day aku 30/31 hari. Lepas tu, dah jadi makin panjang kepada 40/41 hari. Dan untuk bulan September dah dragged sampai 54 hari lebih.

Kitaran Period 2015
Jan : 30.01.2015 (1 hari ) / CL=30hari
Feb : - 
Mac : 11.03.2015 - 18.03.2015 (8 hari) / CL=40hari
April : 12.04.2015 - 17.04.2015 (6 hari )  / CL=32hari 
Mei : 12.05.2015 -018.05.2015 (7 hari )  / CL=30hari
Jun : 21.06.2015 - 26.06.2015 (6 hari )  / CL=40hari
Julai : 31.07.2015 - 05.08.2015 (6 hari )  / CL=40hari
Ogos : -
Sept : 25.09.2015 - .......   / CL=56hari

Jadi, Dr. Chai cadangkan beberapa perkara:

1. Untuk proceed next step for fertility treatment, aku kena buat ujian D21 Progesterone sekali lagi. Last test adalah pada Oktober 2013, jadi result dah tak valid. Result D21 Progesterone masa tu adalah 32. So, assumption doktor adalah aku ovulate tapi mungkin keluar 1 telur je instead of orang lain keluar 5-7 telur setiap cycle. Tambahan pula tiub kiri akukan tersumbat, jadi chances untuk conceive naturally dah kena slash like 50%.

2. Doktor Chai cadangkan consume 3 cycle ubat hormon untuk try conceive, dan kalau tak berjaya baru consider buat IUI. Aku ada tanya juga sama ada dos clomid akan diberi start dos 50mg atau continue last dosage yang doktor pernah beri dulu (2 cycle 50mg, 2 cycle 100mg tapi semua tak berjaya). Tapi doktor tak /belum jawap soalan aku ni.

3. Untuk proceed IUI pun, suami kena lakukan sekali lagi ujian HSA/SFA. Last result HSA/SFA adalah pada Januari 2014, so itu pun dah tak valid. Based pada result tu, doktor kata bacaan masih borderline dari segi motiliti (movement of the sperm), jumlah semen dan lain-lain.

Lepas tu Dr Chai suruh pergi buat scan di bilik no. 10. Nurse suruh pergi buang air kecil dulu untuk kosongkan pundi kencing. Berpindah ke bilik sebelah (bilik no. 9/11 kot? Lupa!) sebab mesin scan dia lebih moden dan jelas result scannya, dan dari situ Dr. Nurul Safiyah yang take over kes aku. Mula-mula plan buat TVS je. Disebabkan Dr. Nurul ni senang nak berbual dengan dia dan tanya macam-macam, aku jadi relax sikit masa proses tvs.

Sempat juga aku tanya, ada jumpa cyst atau fibroid ke? Alhamdulillah Dr. Nurul kata nampak clear tak ada fibroid atau cyst. Setakat polips kecil-kecil tu ada la, itu pun tak banyak. Dia pun cakap rahim kanan tak nampak macam pcos sangat pun. Tapi masa dia nak scan rahim belah kiri tu, agak susah sikit sampai dia dok tekan-tekan bahagian ari-ari kiri pun tak berjaya. Doktor maklumkan, memang dinding rahim aku nampak tebal; berkemungkinan memang dah due nak period. Aku angguk je, dan bagitahu aku rasa Jumaat ni (which is hari ni) aku akan period sebab dah hampir 2 minggu breast pain.

Sementara berbaring lagi atas katil scan, Dr. Nurul tanya nak buat sekali Endometrium Pipelle Sampling tak? Aku dah terblur kejap, tanya balik dia...perlu lagi ke? Kan dah pernah ambik aritu? Dia kata aritu bile? Aku cakap la dalam bulan Disember 2014, Dr. Nurul kata tu dah lama la juga, result dah tak valid, so kena ambil sampel lagi untuk hantar lab. Boleh pulak doktor cakap nak buat sekali ujian Pap Smear alang-alang dah buat prosedur pipelle tu. Pasrah je la....Walaupun prosedur kali ini aku tak menangis kesakitan, tapi senak perut dan mengigil berpeluh tetap ada. Sampaikan Dr. Nurul beberapa kali minta maaf sebab ambil masa nak keluarkan sampel dinding rahim aku.

Atas stretcher kat belakang aku tu, alat-alat yang digunakan untuk prosedur Endometrium Pipelle Sampling dan Pap Smear aku. Sempat juga aku menjeling tengok....berdarah-darah. Seram sejuk bila tengok alat-alat yang digunakan.

Masa berbual dengan doktor, aku ada juga tanya pasal Visanne vs Lucrin. Sama ada Visanne dah digunapakai di GH Melaka? Doktor tak berapa pasti walaupun ada ura-ura penggunaan visanne di GH Melaka tapi masih belum meluas. Kebetulan masa berbual tu, ada staf houseman yang datang jumpa doktor sambil bawa suntikan lucrin, sempat juga doktor tunjuk cara suntikan lucrin depan mata aku.

Jadi, hasil temujanji kali ini:

1. Tarikh temujanji seterusnya adalah pada pertengahan bulan November 2015. InshaAllah akan rebiu keputusan pap smear dan endometrium pipelle sampling.

2. Dr. Nurul bekalkan ubat Provera 5mg untuk induce period (as backup plan incase tak naturally period sehari dua ni)...luckily dan Alhamdulillah hari ni aku period juga akhirnya, kembali kepada CD1 tanpa consume those pills.

3. Suami dapat tarikh baru untuk ujian HSA pada minggu ke-4 bulan Oktober 2015. Same procedure, tak boleh bersama selama 7 hari sebelum sampel dikeluarkan.



23 September 2015

Jom Puasa Sunat Arafah Hari Ini

23 September 2015.

Alhamdulillah, hari ini bersamaan 9 Zulhijjah 1436H, kami berdua suami isteri berpuasa sunat Arafah bersama-sama. Pagi tadi terbangun 3 kali sebab teruja sangat nak buat persiapan berpuasa sunat. Terjaga jam 2.30 pagi, terus bangun buat solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat. Tidur balik. Kemudian terjaga jam 4.30 pagi, cepat-cepat makan pil GreenAard Garcinia Plus dan kejutkan suami untuk makan sama. Pastu terlena balik. 

Hehe....alhamdulillah jam 5.00 pagi bangun untuk bersahur Herbalife shake dan jamah buah kurma dan epal hijau. Konon nak add up dengan roti sapu peanut butter, malas la pulak. Try sapu peanut butter kat epal hijau, eh sedap la pulak? No wonder la ada menu healthy snacking yang cadangkan kombinasi epal hijau dan peanut butter....

Raya korban tahun ni, kami suami isteri sudah ambil keputusan untuk balik beraya di Seremban rumah keluarga mertua. Tahun lepas kami beraya di rumah Melaka sahaja, tapi tahun ni rebut peluang balik beraya di sana. Cadangnya lepas berbuka Maghrib nanti, terus kemas beg pakaian dan bergerak balik Seremban. Cuti pun sehari je, aku boleh tak ingat nak mohon cuti sambung sampai hari Jumaat. Tapi itu la, kalau mohon cuti pun, suami hanya dapat cuti sehari je, no point juga kan?




Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.



16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan kami menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun 2016.

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga bermanfaat...
Assalamualaikum kepada semua...
InsyaAllah waktu wuquf di Arafah akan bermula waktu zuhur hingga maghrib pada 9 Zulhijah bersamaan 23/9/2015. Waktu Malaysia 5.30petang -11.00malam. Gunakan waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab.

21 September 2015

2 Bulan Lebih : Khairul Adam


21 September 2015.

Dah dekat 2 bulan lebih dah Adam lahir, sikit-sikit makin berubah iras muka dia. Huhuhu....makin dobot sebab minum susu badan. Tiga minggu lebih lagi adik bongsu dah nak naik kerja, dan Adam akan dihantar ke rumah pengasuh.









Artikel Harian Metro : Cara Betul Turun Berat Badan

21 September 2015.

Artikel "Cara Betul Turun Berat Badan" yang dipaparkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 18 September 2015 tempohari. Nasib baik staf office ada yang memang melanggan akhbar ni, jadi berkesempatan snap untuk rujukan.




20 September 2015

Tempat Bersenam Baru

20 September 2015.

Benda ni dah lama ada, tapi aku baru perasan kewujudannya 2-3 hari lepas. Huhuhu, bila WA dengan adik bongsu, dia siap cakap benda ni dah lama disediakan sebelum dia bersalin lagi. Cesss....macam mana aku boleh terlepas pandang benda-benda best macam ni?? Lepas tu laju-laju WA suami ajak luangkan masa buat outdoor workout hujung minggu ni (which is hari ni la!).

Dalam pukul 8.00 pagi sampai sini, parking kereta betul-betul tepi taman rekreasi ni. Takde orang pun masa tu, memang kami berdua conquer habis-habisan la gamaknya. Kat sini ada 5 alat senaman yang disediakan iaitu:

1) Double Torso Swing


2) Horse Rider


3) Double Leg Press


4) Sky Walker 


5) Sit Up Bench 



Yang best :
1. Alat-alat senaman ni merangkumi senaman yang fokus kepada bahagian kaki, tangan, abdomen dan pinggang.
2. Lebih kurang macam alat senaman circuit training.
3. Nampak kurang jadi tumpuan orang, jadi mungkin lebih selesa nak luang masa lama sedikit guna alat-alat senaman.

Yang kurang best :
1. Suami cakap peralatan yang ada tak berapa terjamin keselamatannya, contohnya; pedal kaki untuk double leg press tu agak condong dan tidak mengikut keselesaan pengguna.
2. Tak disediakan tip penggunaan, contohnya perlu start dari alat mana dulu dan selepas itu ke alat yang mana? So, kami guna secara rawak je la. 

18 September 2015

Surah Yaasin - Pengertian Setiap Ayat

Surah Yaasin - Pengertian Setiap Ayat :

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan

Resepi Kangkung Goreng Belacan

18 September 2015.

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Bahan- Bahan :

1 ikat kangkung
1 biji bawang besar - diblend
2 ulas bawang putih - diblend
1 @ 2 batang lada merah - diblend
4 biji cili padi - diblend
1 sudu besar belacan 

Cara-cara Memasak :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend (bawang merah, bawang putih, cili merah, belacan) sampai naik bau.
2. Masukkan kangkung dan gaul rata.
3. Tambah serbuk perasa kalau mahu.
4. Angkat dan hidangkan.

17 September 2015

Resepi Puding Jelly Sumi


17 September 2015.

Semalam tinggal sengsorang kat rumah, suami tak cuti. Tak ada apa-apa nak buat selain membelek kucing-kucing kat rumah, so buat aktiviti mempuding...hehe.





Kat bawah ni resepi puding jelly sumi yang aku print capture dari FB. Ikutkan ini pertama kali aku masak agar-agar, jadi refer 2-3 resepi kat blog jugak untuk pastikan steps betul. Sebab ada blog yang suruh letak sukatan air sampai 1 liter, yang dalam resepi ni suruh letak 800 ml plak. Kat packaging agar-agar lagi la plak...suruh letak 1550ml air....eh! 

Ada yang ajar, kalau nak ensure jelly sumi tu tak berganjak time kita tuangkan adunan puding agar-agar, susun jelly sumi tu dalam bekas kemudian sejukkan dalam freezer. Tapi kalau dia nak berganjak, dia berganjak juga kan? Hahaha...tu sebab puding aku ada yang nampak jelly timbul elok, ada yang puding dah naik atas dia.



Nota :
Aku derhaka dengan resepi kat atas ni. Aku tak letak 1/3 cawan susu pekat dan 2 biji telur. Alhamdulillah menjadi juga puding, manis pun tahap-tahap just nice je.