26 September 2015

Salam Aidil Adha 1436H

26 September 2015.

Tahun ni balik beraya di Seremban. Lepas berbuka di luar selepas balik kerja, baik rumah dan mengemas beg baju. Nama je balik tak sampai sehari tapi mengemas beg macam nak balik seminggu...huhuh! Last-last bergerak keluar dari Melaka jam 10.00 malam. Sampai area Seremban, tak terus balik rumah mertua tapi kami berdua singgah membeli lemang di Ampangan. Waktu tu dah hampir jam 12.30 tengah malam. Beratur panjang wei.....order dan bayar cash dulu, pukul 2.30 baru keluar semula ambil lemang 3 batang tu. Nasib baik sempat singgah beli lemang sebatang di lepas persimpangan Alor Gajah-Tampin.

Bangun pagi, mandi sunat AidilAdha dan kemudian kami berempat dengan mertua lelaki dan perempuan ke masjid terdekat untuk solat sunat AidilAdha. Lepas tu sempat tengok aktiviti korban yang dibuat di perkarangan masjid. 8 ekor lembu tumbang tapi sampai pukul 2.00 petang pun masih belum habis dilapah sebab kurang tenaga orang muda nak membantu sama.


Dalam pukul 4.30 petang bergerak balik semula ke Melaka sebab hari Jumaat kami berdua suami isteri bekerja. Sekejap je kan? On the way balik ke Melaka sempat singgah kedai Coconut Shake Naning. Dah beratus kali lalu depan kedai ni, ini baru kali pertama singgah, sempat membeli coconut shake dan jagung rebus untuk alas perut.

Mak mertua ada bekalkan rendang daging kering, pulut kuning, kari ayam, roti jala dan lemang sebatang. Alhamdulillah, makan malam ulang makan lauk-lauk raya ni lepas panaskan sekejap dalam microwave. Mertua pun ada bekalkan 1kg daging korban, adik bongsu pun ada berikan 1 kg lebih daging korban, jadi dok la mengemas stok daging korban, potong kecil dan bahagi beberapa bekas kecil.


No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)