02 June 2015

Usaha TTC : Sambung Buat Castor Oil Pack


2 Jun 2015.

Start buat Castor Oil Pack (COP) ni pada CD14 sampai CD17, lepas tu rehat 3 hari. Malam tadi CD21 sambung balik buat COP ni lepas selesai masak lauk pauk untuk lunch hari ni. Buat OPK, double lines masih samar-samar, jadi aku teruskan jugak buat COP. InshaAllah kalau ada rezeki jumpa strong double lines aku stop buat COP ni.

Malam tadi masa tengah baring buat COP sambil layan tengok tv, selamba je dak Katty naik atas dada aku pastu buat-buat sibuk tengok apa aku tengah buat.....kurang asam punye kucing. Hahahaha....

P/s: Peliklah pulak sebab dah masuk CD22 masih belum ada tanda-tanda breast pain nak period macam cycle sebelum2 ni. Tapi watery feeling kat Miss V dah start terasa semalam. Macam start rasa nak keluar EWCM.

6 comments:

  1. Salam boleh x sis ajar cara buat cop ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fida Fazida : Saya buat COP sama je macam yang di ajar dalam Youtube dan mana-mana blog buat tu. Saya basahkan kain lampin dengan castor oil lepas tu letak di ari-ari (utk fungsi penghadaman/ kesuburan) atau bahagian kanan bawah tulang rangka (utk detoks hati), alas dengan plastik, kemudian letakkan hot pack. Saya lapikkan dengan kain towel/kain pelekat atas hot pack untuk elakkan dia cepat sejuk. Boleh buat COP selama 45 minit - 1 jam.

      Delete
  2. Replies
    1. Atie Nash : Hie Atie! Lama tak dengar khabar Atie?!

      COP ni banyak fungsinya...contohnya :
      1) Tambahbaik fungsi sistem imunisasi badan
      2) Memperbaiki pencernaan dan proses pembuangan
      3) Merawat masalah kulit dan mengurangkan kesakitan yang berpunca dari Arthritis dan Rheumatism
      4) Unsur antibacterial, antiviral, and antifungal
      5) Rawatan kanser (ada kemungkinan, belum ada bukti rasmi)
      6) Rawat keguguran rambut
      7) Menambahbaik kitaran darah
      8) Membantu dalam detoksifikasi hati dan usus besar
      9) Memecahkan parut tisu, pelekatan dan fibroid
      10) Membersihkan kesesakan mukus dalam tiub fallopio (bersihkan tiub)
      11) Meningkatkan jumlah sperma apabila digunakan tanpa haba kepada buah zakar
      12) Mempercepatkan penyembuhan jangkitan faraj secara semulajadi

      Delete
    2. wah banyaknya fungsi dia. Atie berminat dengan No.2, 5, 6, 7, 8-12.
      Kat mana nak beli castor oil tu? Hot pack boleh beli kat mana ye?

      Delete
    3. Yup, mmg banyak fungsinya...kena rajin amalkan untuk dapatkan impak yang optimum...paling kurang 2 cycle kena amalkan untuk nampak kesan. Yani baru try cycle ni...
      COP ni boleh beli online atau cari minyak ni di kedai india...hot pack boleh beli di guardian /watson...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)