2 Jun 2015.
Misi Jun, misi sihat untuk baki kurang 2 minggu lagi sebelum bulan Ramadhan bakal datang. Sampai rumah hampir 5 lebih petang, uruskan beri makan kucing di luar dan dalam rumah, kemudian mengemas apa yang patut di dapur. Siap-siap keluarkan bahan nak masak untuk lunch esok.
Sementara tunggu waktu Maghrib, ambil peluang buat senaman powerwalk dalam bilik, cukuplah sekadar 2 miles sahaja untuk permulaan. Alhamdulillah suami pun ikut sama buat powerwalk tanpa perlu diajak. Suami kata dah lama tak berpeluh macam ni, seronok katanya.
P/s: Malam ni sambung buat Castor Oil Pack (COP) lepas masak spagetti untuk lunch esok.
P/s: Malam ni sambung buat Castor Oil Pack (COP) lepas masak spagetti untuk lunch esok.
caiyokk yani!
ReplyDeleteYeszaaa.....tgh mood elok nak bersenam ni, baik buat tanpa fikir 2 kali...hahahha....bulan Ramadhan nanti limited sikit masa sebab nak memasak lauk berbuka, tapi nak cuba buat angkat dumbell untuk latihan bebanan....
Delete