01 June 2015

Lepas 20 Tahun Baru Timbul Masalah


1 Jun 2015.

Baru 4 hari tak ada washing machine kat rumah, dah rasa sesak nafas dibuatnya. Khamis lepas tetiba washing machine arwah mak ni berbau hangit, jadi aku cakap kat suami nak cari kedai yang boleh repair waktu cuti hujung minggu. Aku aim nak pergi kedai elektrik yang arwah mak selalu panggil masa nak betulkan mesin jahit arwah mak dulu.

Sabtu lepas, lepas balik dari kenduri kawin anak buah arwah Abah, aku singgah kedai Cina tu. Nasib baik dia ingat lagi bila aku sebut nama arwah mak, tapi dia terkejut bila aku cakap arwah mak dah meninggal setahun lepas. Dekat maghrib, dia datang rumah angkut mesin basuh dengan lori pickup dia. Dia cakap mesin basuh ni memang dah lama, mana yang dia boleh betulkan, dia betulkan tapi kalau barang sparepart mahal sangat dan rasa tak berbaloi repair, dia suggest baik beli baru je. Aku standby withdraw duit RM450 kat tangan.

Baju berlonggok dah penuh dua bakul, aku ajak suami pergi basuh kat tempat cuci baju snow wash tu. Eh...boleh tahan la mahal basuh kat luar, cuci RM14 (2 mesin) dryer RM4.50 sabun cuci dengan softener RM3...total hampir RM22.

Maghrib ni (hari ni) Uncle Cina tu call kata nak datang hantar washing machine kat rumah. Aku tanya berapa kena? Dia cakap RM95. Tukar part board yang kena spike elektrik je. Part gear box (yang punca washing machine berbunyi bising time spinning) dia tak usik sebab kalau tukar part tu kena tambah lagi RM250, so dia suruh pakai je sampai benda alah tu jahanam, pastu belilah washing machine baru. Hahaha....


Lama hayat washing machine ni berkhidmat dengan keluarga kat rumah ni. Seingat aku arwah mak belinya waktu aku sekolah rendah/menengah dulu kot. Masih boleh berfungsi sampai la aku dah berkerja dan berkahwin ni. Puhh....mau dekat 20 tahun kot umur washing machine ni. Tadi dok belek label belakang mesin, tengok saiz muatan pakaian 3.6kg je pun.

P/s : Bulan ni cash flow keluar macam air. Nasib baik kos baiki washing machine tak sampai RM100. Minggu lepas servis kereta dekat RM700. Kot kalau washing machine ni tak boleh dibaiki dan kena beli baru....kena standby RM700-800 dalam tangan. Wah, main kasau nampak gayanya....

2 comments:

  1. yani, rasanya barangan elektrik dulu2 memang tahan lama. Mcm singer, mesin basuh n TV dia memang lama my oarent pakai... sampai skang ni, TV kat umah tu elok lg, ayah i beli masa zaman i skolah menengah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ST, barang elektrik keluaran lama lebih panjang hayat dari barang elektrik baru2 ni. Lebih berkualiti dari yang dijual sekarang.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)