1 Jun 2015.
Resepi Puding Roti Kukus:
4 keping roti - dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis, ceri merah dan ceri hijau (dipotong dadu kecil)
Cara-cara:
1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis, ceri merah dan ceri hijau.
4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Resepi Sos Kastard:
400ml susu segar (low fat)
2 sudu besar kastad
1 1/2 sudu besar gula perang lembut (aku ganti dengan gula pasir je)
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan - susu, kastard, gula perang, esen vanilla.
2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur.
3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
4. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.
Baki hampas perahan badam dan kurma aku simpan dalam fridge. Bila dah siap curahkan sos kastard atas puding roti tu, aku campak-campak hampas badam kurma tu atas puding untuk tambah rasa. Eh, berguna jugak erk? Hahaha...
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)