01 June 2015

Salam Jun Semua!


1 Jun 2015.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua? Bertukar bulan baru, jadi bertukar juga waktu bekerja aku. Bulan Jun dan Julai aku ambil WB1; masuk 7.30 pagi dan balik 4.30 petang. Dah tu bulan Ramadhan muncul tengah-tengah bulan, jadi senang cerita ambil dua bulan berturut masuk kerja pukul 7.30 pagi.

Kebetulan minggu ni minggu cuti sekolah, jalanraya agak lenggang. Best je rasa drive pagi tadi, smooth perjalanan tak de rushing-rushing. Keluar rumah pukul 6.42 pagi (ikutkan agak lewat juga ni....perut meragam pagi-pagi, hehe!), sampai pejabat pukul 7.13 pagi.

Ada apa dengan bulan Jun selain daripada bulan Ramadhan dan jadual masuk kerja berubah? Oh, ye....bulan ini bulan peralihan usia aku, bertambah 1 tahun lagi .....bakal berusia genap 32 tahun pada hari ke-8 di dalam bulan Ramadhan. InshaAllah, ada rezeki sambut hari lahir dengan adik beradik; berbuka bersama-sama.

Pesanan buat diri sendiri; jom jadikan bulan Ramadhan ini bulan berpesta ibadah, bukan berpesta shopping (alhamdulillah, dah sesiap beli baju raya 3 pasang bulan lepas) dan bazar Ramadhan (harap-harap dapat capai sifar bazar Ramadhan tahun ini, masak sendiri juadah berbuka).

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)