18 May 2015

Usaha TTC : Vitamin C Untuk Induce Period

18 Mei 2015.

Entri campak belakang, rasa perlu di jotted down untuk reminder usaha TTC sepanjang tempoh menunggu temujanji dengan klinik O&G GH Melaka bulan September nanti.

Period pertama lepas hampir enam bulan makan Provera turun pada 31 Disember 2014 sampai 10 Januari 2015 (11 hari). Lepas tu, period cycle aku jadi haywire dan tunggang langgang dibuatnya. 30 Januari 2015 period (blood clots) sehari lepas tu stop, nak kata macam bukan period pun ada. Entah la. Bulan Februari langsung tak ada period. Bulan Mac pun period yang macam tak period, keluar cebisan blood clot yang halus-halus time buang air kecil je. Tak ada tanda langsung kat pantyliner.

Tarikh 7 April 2015 yang sepatutnya aku berjumpa doktor O&G, tapi 31 Mac 2015 pihak klinik call maklumkan tarikh temujanji aku ditangguhkan sehingga bulan September 2015. Aku agak stress sebab fikirkan tak ada support dari segi ubat dari klinik O&G masa cycle period aku haywire ni, nak jumpa doktor lambat lagi.

Aku cuba usaha betulkan kitaran period dengan pengambilan vitamin C. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu benda ini.



How to Induce Your Period with Vitamin C
 
The menstruation cycle is a natural monthly process for every woman. A regular cycle typically comes every 28 days and is a strong reflection of good general health. Period cycles differ from one woman to another and they also differ in the same women, varying in severity and duration from time to time. Many women choose to alter their cycle (sooner, later, lighter, etc.) and luckily the process can be achieved flawlessly using natural methods -- and one of the most effective is vitamin C.

Sumber Artikel : http://www.wikihow.com/Induce-Your-Period-with-Vitamin-C



Untuk rekod, aku mula makan vitamin C dengan dos 3000mg (3 x 1000mg) pada 30 Mac 2015, selama 13 hari untuk induce period. Ikutkan pengambilan dos tinggi untuk tempoh 2-3 hari sahaja untuk induce period tapi bergantung juga pada penerimaan badan masing-masing. Macam aku, lepas 3 hari masih belum period jadi aku teruskan makan dos tu untuk tempoh 10 hari lagi (total 13 hari), alhamdulillah 12 April 2015 aku period. Walaupun period turun tak banyak, 1 hari 1 pantyliner (secalit period je), tapi aku tetap bersyukur. Simptom pra-period seperti breast pain dan lenguh datang 2 minggu sebelum period.

Usaha TTC bulan April ada gunakan kaedah OPK, nampak OPK positif pada CD19 (30 April 2015). Kebetulan bulan April ni ada rezeki makan buah avocado beberapa kali, sedap plak makan macam tu je, tak dan nak blend buat smoothies dengan susu kambing. Susu badam pun dapat buat 2-3 kali, kami minum suami isteri.

Semasa period, aku kurangkan dos vitamin C dari 3000mg kepada 1000mg (1 biji sahaja). Lepas period berhenti, aku masih makan vitamin C setiap hari dengan dos 1000mg. Dalam masa yang sama aku risau juga apa tindakbalas badan aku untuk cycle kedua period dengan vitamin C ni; sama ada period akan turun atau kena naikkan balik dos kepada 3000mg untuk induce period bulan Mei? 

Alhamdulillah, 2nd cycle period dengan vitamin C datang pada CD31 (total cycle day 30 hari) - 12 Mei 2015. Tak sempat nak naikkan atau adjust dos vitamin C. Again, simptom pra-period seperti breast pain dan lenguh datang 2 minggu sebelum period. Period pun keluar dengan jayanya, much better dari 1st cycle bulan April 2015. Period flow banyak dan sehari bertukar 3-4 pad. Hari ini dah CD7 dan dah tinggal brownish spotting. Rasanya minggu depan dah boleh start sesi celup OPK untuk cari ovulation day untuk cycle bulan Mei ni.

InshaAllah, kalau period cycle stay normal macam ni, next period dijangkakan pada tengah bulan Jun, which means awal dan penghujung bulan Ramadhan period akan datang.

P/s: Cycle bulan ini aku ada ambil pil habbatusauda dan minyak zaitun bermula CD2 (13 Mei 2015). Niat hati makan habbatusauda nak lawaskan period flow incase period keluar slow macam cycle bulan April.

6 comments:

  1. yani, thanks share pasal vitamin c. Now, i know the science behind it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Zarith....cycle kali ni Yani baru nak cuba buat castor oil pack therapy tu...

      Delete
  2. yani habatulsauda tu bagus...anak buah kita pon period cycle dia panjang2 sampai 50-60 hr...pastu dia ny keputihan heavy..dia makan habatulsauda utk 2 bln keputihan hilang & period start ok jd 30-35hr n yang paling best bln ke 4 dia lekat :) habatulsauda ubat segala penyakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reha, Yani ni dah beli kapsul habatusauda tu dah lama (tahun 2013) tapi tak makan, baru sekarang nak makan, itu pun sebab tengok tarikh kapsul tu dah nak hampir tamat. Macam mana cara anak buah Reha makan habbatusauda ni? Sepanjang masa @ time period @ sebelum waktu subur? Yani google keluar macam2 pendapat...confius plak.

      Ada yang suruh makan time period untuk lawaskan period flow...ada yang suruh makan in between lepas period dan sebelum hari subur.....

      Delete
    2. ala lambat reply sorry :)
      makan pg sebj yg 500mg sebelom g keje pastu sebelum tdo makan sebiji lg..
      mkn macam biase je ..period pon makan sbb dia supliment biasa...
      yang kita tau makan in between lepas period tu epo...epo mmg x boleh mkn masa period..kalau x salah la...hihihihi

      Delete
    3. Oh ye ke?
      EPO Yani dah lama stop, kalau tak silap last makan masa cycle period lepas buat laps bulan Mei 2015 tahun lepas. EPO tu bagus cuma tak nampak impak ketara sangat pada badan Yani, period cramp masih ada.....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)