13 Mei 2015.
Kalau tak kerana penyata ahli tahun 2014 sampai ke rumah, mungkin sampai sekarang aku tak tahu yang dalam akaun KWSP aku masih berbaki dan terperam dalam tu.
Ikutkan lepas dapat pengesahan status berpencen tahun 2012 dulu, aku dah selesai pun buat pengeluaran semua duit KWSP tu. Jadi, memang normal la kalau dah tak dapat apa-apa penyata tahunan tu lagi. 2013 takde, 2014 takde...tup tup 2015 datang balik penyata tahunan KWSP atas nama aku! Pelik bin ajaib sungguh.
Kalau baki dalam penyata tu tinggal sen, puluh atau seratus dua ratus, mungkin aku boleh abaikan....tapi bila tengok baki hampir ribu, erk.....haruslah gigih call sana sini siap ke kaunter KWSP semak isu ni.
Nampak gaya kena isi balik borang pengeluaran ni untuk claim baki duit caruman KWSP dan sediakan dokumen sokongan.
Ada yang pernah alami kes macam ni tak?
uih...rezeki bergolek ni yani :-)
ReplyDeleteyeee.....datang bergolek time sangat-sangat diperlukan. Alhamdulillah! Nak-nak lak dah dekat time nak raya, just nice je timing dia....
DeleteYe lah..akak da kuarkan semua yg dibenarkan keluar,dah takde pun penyata sampai,apatahlagi duit lebih..hihi.,yani punye kes spesel ni.
ReplyDeleteKak Nuriz...ni bukan special case, ni namanya kes gelojoh time mula2 keluarkan dulu (tahun 2012), majikan masih tolak caruman, Yani dah heboh nak keluarkan....tu yang pegawai KWSP tu kata ada caruman masuk kemudian dari tarikh Yani withdraw duit tu....hahahaha....tapi ade hikmahnya juga kan? Merasa la dividen 1 -2 tahun terperam dalam tu...
Deletealhamdulillah rezeki kan
ReplyDeleteAlhamdulillah...syukur! Rezeki yang datang kena pada masanya...
Delete