28 May 2015

Bahagian 2 : Seminar Membina Keluarga Bahagia

28 Mei 2015.

Lepas sesi tea break, seminar bersambung dengan ceramah oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA) tentang produk-produk HPA yang boleh membantu dalam usaha TTC. Ada beberapa orang ahli HPA yang naik ke atas pentas untuk beri testimoni selepas mengamalkan produk HPA selama 10 hingga 21 tahun. Tuan Haji ada cakap, kebanyakkan yang sukar hamil ni, banyak yang mengalami stress yang tinggi, jadi telur tak dapat membesar dengan baik.

Tips yang dikongsikan oleh Tuan Haji Ismail:

- Jangan berhenti berusaha dan berdoa kepada Allah SWT jika usaha kita masih belum bertemu kejayaan.

- Ada falsafah : Manusia boleh hidup tanpa penglihatan, tetapi manusia akan mati tanpa sentuhan. Jadi, suami isteri kena kekalkan kemesraan walaupun selepas berkahwin.

- Perlu ada semangat spiritual yang betul; semangat dan roh yang betul, jangan tinggal solat, jaga solat dan solat di awal waktu. Jika kita jaga solat kita, Allah akan bereskan semua urusan kita di dunia dan di akhirat.

- Redha dan tawakal dengan apa yang Allah SWT telah tentukan pada jalan hidup kita. Jangan keluh kesah dan cemas, jangan panik, hadapi dugaan dengan penuh ketakwaan.

- Wanita yang masuk syurga itu adalah wanita yang menjaga ketrampilan diri untuk tatapan suami. Jaga pandangan suami dari menatap wanita bukan mahramnya.

- Kehidupan rumahtangga perlu ada warna-warni. Rasullulah SAW tidur atas ribaan isterinya, Siti Aisha, sempat bergurau senda dan mandi bersama dengan isteri.

Seingat aku la kan, ada seorang kawan aku sama-sama belajar di Matriks Penang dulu, berjaya conceive (wallahualam) lepas minum kopi radix. Masa dengar ceramah ni, tiba-tiba aku teringat balik kata-kata kawan aku pasal minum kopi radix ni.

Note: Sampai hari ini aku belum cuba lagi bancuh air kopi ni, ntah la sebab aku bukan pengemar kopi.

Haa, dalam goodies bag yang kitaorunk dapat pun ada diberi sampel kopi Radix Manjakani dan Kacip Fatimah.


Ceramah diteruskan oleh Dato' Dr Fatma El Zahraa dengan tajuk "Tips Mendapat Zuriat Yang Soleh & Solehah". Ustazah ada bacakan petikan dalam Surah Nisa' Ayat 1 iaitu:


Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya* Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain**, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.


Untuk mendapat keluarga bahagia, kita perlu bertakwa kepada Allah SWT – menghamba diri, berdoa, taat, takut dan sentiasa ingat kepada Allah SWT. Konsep yang penting dalam perkahwinan. Perlu banyak belajar sebelum dan selepas perkahwinan. Jika nak cari pasangan hidup, cari 4 perkara; keturunan, harta, kecantikan dan agama. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia." Anak yang soleh /solehah adalah pelaburan kita sebagai ibu bapa. Untuk dapat anak yang soleh/ solehah, ibu bapa perlu terlebih dahulu menjadi ibu bapa yang soleh/solehah. 

Selain itu, Ustazah juga ada sebut tentang amalan membaca doa dalam Surah Al Ahqof Ayat 15, iaitu doa dibaca ketika seseorang mencapai usia 40 tahun. Allah SWT minta kita jangan tinggalkan doa ini. 

- Ciri-ciri isteri yang solehah iaitu berperwatakan cantik, jaga penampilan diri di luar dan di dalam rumah untuk suami, bercakap lemah lembut dan taat kepada suami. Jaga kebersihan, berbicara suami dengan baik. Akhlak yang mulia dan tidak meninggikan suara dengan suami. Ini kerana semua ini akan menjadi cerminan diri kita kepada anak-anak kita. Sifat yang perlu ada dalam diri seorang isteri kepada suaminya; berakhlak mulia, sabar, syukur dan redha. 

- Elakkan asyik sebut perkataan “kalau” kerana ia dari hasutan syaitan. Contoh: “Kalau aku kahwin dengan orang lain, mesti hidup aku tak menderita macam ini” Ini kerana perkahwinan telah pun berlaku dan untuk seumur hidup, destinasi perkahwinan adalah untuk ke syurga bersama-sama dengan suami. Allah SWT tidak suka sekiranya isteri meminta penceraian tanpa sebab yang munasabah kerana isteri tidak akan mencium bau syurga. Isteri perlu menjaga dan melakukan yang terbaik untuk perkahwinannya, bagi mencari keredhaan Allah SWT dan keredhaan suami. Isteri yang mati mendapat redha suaminya, semua pintu syurga terbuka buatnya. 

- Isteri tidak boleh membuat sesuatu dengan membelakangkan hak suami, mesti meminta keizinan suami (keluar rumah). Isteri perlu tunjukkan kepada suami, dia adalah seseorang yang penting (ketua keluarga) dalam alam rumahtangga. 

- Suami isteri tidak boleh membiarkan pasangan masing-masing berada dalam keadaan jahil agama. Perlu sama-sama berusaha mencari ilmu pengetahuan dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. Malangnya, di Malaysia kini isteri yang lebih banyak mencari ilmu agama, berbanding suami yang kosong dari segi ilmu agama. Suami sepatutnya banyak belajar ilmu agama untuk diajar kepada isteri dan ahli keluarga yang lain.

- Nawaitu tujuan berumahtangga perlu betul. Bernawaitu agar dari perkahwinan ini, kita mahu anak soleh/solehah, bukan setakat untuk mengawal nafsu secara halal. Setiap kali bersama, sentiasa baca doa agar dijauhi syaitan. Jika ada rezeki zuriat selepas bersama, inshaAllah zuriat itu tidak disentuh oleh syaitan.

- Jika ada rezeki hamil, janganlah pergi tempat-tempat yang lagha (hiburan), tempat yang karut (pesta rock) yang tidak elok untuk persekitaran anak dalam rahim. Sebaiknya, banyakkan pergi ke tempat majlis ilmu, majlis doa selamat, sentiasa berzikir dan perbanyakkan baca Al-Quran, ini membantu perkembangan anak dalam rahim. Berdoa agar anak sentiasa dekat dengan Al-Quran (fasih, alim dan sentiasa berdampingan dengan Al-Quran).

- Bila anak dilahirkan, baca doa khas untuk elak anak dari gangguan syaitan. Azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri. Berikan anak nama yang baik-baik (dalam tempoh 7 hari) kerana nama adalah doa. Jangan namakan anak dengan nama kebaratan/ yahudi. Nama yang terbaik dalam seluruh nama bermula dengan Muhammad, Ahmad, Abdul Razak, Abdul Rahman, Ubidah dan nama-nama Nabi (Ibrahim, Ismail) atau nama baik seperti Mukmin. Sunnah memberikan nama anak nama yang ada maksud baik.

- Lakukan tahnik kepada anak yang baru dilahirkan dengan buah kurma oleh orang alim ulama, dan didoakan yang baik-baik. Kemudian boleh dilakukan amalan akikah untuk menunjukkan tanda kesyukuran mendapat zuriat.

- Ibu perlu menyusukan anak sehingga berusia dua tahun, di sebut di dalam Al-Quran. Kesan penyusuan eksklusif, inshaAllah anak akan lebih mesra dan tidak menderhaka dengan ibu bapa. Ambil peluang luangkan masa berkualiti dengan anak dan tidak biarkan anak dengan maid di rumah.

- Sebagai ibu bapa, tunjukkan tingkah laku yang baik di depan anak, contohnya jangan bertengkar depan mereka, jaga percakapan, jangan marah-marah, ajar mereka solat seawal usia 7 tahun (pukul mereka jika masih tidak solat di usia 10 tahun), galakkan mereka membaca Al-Quran sedari kecil hingga dewasa dan juga ajar mereka menjaga aurat bagi mengelakkan zina. Jangan ajar anak kita berbohong, bergosip kerana mereka akan belajar dari tingkah laku ibu bapa.

- Selepas solat, sentiasa amalkan baca doa Keluarga Bahagia dari Surah Al-Furqan 25:74 (Robbana Hablana Min Az Waa Jina Wazurriyyaa Tina Qurrota A'yun Waj' Alna Lil Muttaqina Imamaa) dan juga doa Nabi Ibrahim Agar Keluarganya Mendapat Keampunan dari Surah Ibrahim Ayat 40 hingga 41.

Antara isi kandungan dalam fail folder yang diberikan oleh pihak penganjur; 

Majalah Buletin Perdasama, 
Buku Mummy's Secret (3rd Edition) :  Your Comprehensive Guide To A Healthy Pregnancy oleh Dr Natasha Ain Mohd Nor, 
Buku nota kecil, 
Pamplet KL Fertility Centre berkenaan rawatan IVF, dan
Pakej Baucer RM500 Untuk Konsultasi Dan Scan Pertama KL Fertility Centre
dan lain-lain lagi. 

Terima kasih KekDa sebab berikan ole-ole dari Tanah Suci. Air zam-zam dah habis kami suami isteri minum kat opis KekDa, huhuhu....

Dia suamiku, aku isterinya....


Kami berempat

6 comments:

  1. ya hampunnnn.. failed btul tudung akak tu.. muahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...Yani tengok elok je tudung KekDa...kebulatan Yani terserlah la....isk!

      Delete
  2. seronoknya dapat attend talk macam ni.. macam mana yani dapat info untuk join talk ni ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak plan pun nak pergi seminar ni. Tengok flyer dalam blog Dr Natasha terus rasa berminat nak join sebab right timing (hari minggu dan kebetulan takde apa2 program). Yani contact juga member2 TTC yang lain (mana yg ada whatsapp dan FB contact), mana yang takde contact tu x dapat la nak ajak....

      Delete
  3. tq for sharing yani... sgt bermanfaat seminar cm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ST..... ;) harap boleh beri manfaat untuk kita semua...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)