28 May 2015

Bahagian 1 : Seminar Membina Keluarga Bahagia

Sumber : Blog Dr Natasha
28 Mei 2015.

Hari Sabtu lepas punye alkisah, hari ini baru berkesempatan buat entri.
Sebenarnya 2 minggu lepas perasan blog Dr Natasha ada umumkan tentang seminar ni, tiba-tiba rasa tertarik pula nak sertai dengan suami. Dah alang-alang rawatan di GH Melaka tertangguh, aku memang nak cuba ubah angin. Lepas tu ada la whatsapp dan FB mesej pada kawan sama TTC, ada yang respons nak ikut serta dan ada yang tak dapat sebab ada hal lain.

Alhamdulillah, ada juga kawan TTC, KekDa yang nak join sama. Ini kali kedua berjumpa KekDa, first time jumpa masa KekDa datang rumah bulan Jun tahun lepas. Suami masing-masing pun boleh get along together bila berjumpa.

Berposak juga la nak belajar jalan nak ke sana, siap studi Google Map Street View...hahaha. Ada jugak la baiknya fungsi street view ni terutamanya kepada orang buta jalan macam aku. Nasib baik KekDa baik hati siap lakarkan peta untuk aku. Disebabkan aku daftar nama awal, yuran pendaftaran hanya perlu bayar separuh harga sahaja. Lima orang penceramah terkemuka yang terdiri daripada Dr. Wan Elly W.A. Rahim (Pakar Sakit Puan), Dr Natasha Nor (Pakar Fertiliti), Puan Fiona Tahir (Pakar Kewangan & Kecantikan), Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA) dan Dato' Dr Fatma El Zahraa (Penceramah Bebas) memberikan ceramah pada hari itu.

Ucapan Aluan Oleh YBhg Dato' Moehamad Izat Emir (Presiden Perdasama)


Sesi ceramah pertama dimulakan oleh Dr. Wan Elly Rushima W.A. Rahim bertajuk "Persediaan Kesihatan Untuk Hamil". Seperti biasalah, ditekankan suami isteri perlu berada dalam kesihatan yang optimum sebelum merancang untuk hamil di mana faktor-faktor seperti modify dan nonmodify factor perlu diambilkira. Contoh modify factor adalah seperti; berat badan berlebihan / obesiti, masalah kesihatan yang belum optimum, manakala contoh nonmodify factor adalah faktor umur, masalah kewangan dan penyakit keturunan yang tidak boleh diubah.

Kebiasaanya family planning (pelan perancang keluarga) amat perlu sebab tak nak pesakit hamil dalam keadaan tidak bersedia dan kesihatan diri tidak berada dalam keadaan yang baik. Jadi doktor akan syorkan family planning sebelum usaha TTC diteruskan. Pengambilan supplemen tambahan seperti asid folik, zat besi adalah amat digalakkan 3 bulan sebelum mengandung.

Dari segi medical history, bagi ibu-ibu hamil yang mengambil ubat-ubatan diabetis atau ubat darah tinggi, dos ubat boleh diubah mengikut kesesuaian dengan merujuk terlebih dahulu dengan doktor.


Sesi ceramah kedua pula oleh Dr Natasha Nor bertajuk "Mengejar Kerjaya Atau Membina Keluarga Bahagia? Mengapa Sukar Hamil?" Allah...lembutnya gaya penyampaian Dr Natasha Nor, memang senang faham apa yang cuba disampaikan. Banyak juga slaid yang dibentangkan, ini antara yang aku sempat snap:



Bila dengar penerangan Dr Natasha, terdetik juga dalam hati sama ada usaha TTC aku akan sampai tahap IVF ke? Wallahualam.....tapi alhamdulillah, dah boleh nampak future plan dan backup plan sekiranya rawatan TTC aku di hospital awam perlu diubah ke rawatan di klinik swasta. At least bila suami dah tengok fact and figures tentang faktor umur dan kewangan untuk rawatan IVF, dia "nampak" apa usaha yang perlu ditekankan dan diusahakan lebih dari apa yang ada sekarang.


Sesi ceramah ketiga oleh Puan Fiona Tahir bertajuk "Keterampilan Diri & Penjagaan Kecantikan". Puan Fiona banyak tekankan kepentingan imej dan branding untuk tampil menarik. Ilmu-ilmu ni boleh juga dipraktikkan dalam alam rumahtangga terutamanya sebagai tips kelihatan menarik di hadapan suami.


P/s: Bersambung ye...panjang sangat entri dengan gambar-gambar!

2 comments:

  1. ngeee.. akk pun buat entry ni ari ni.
    tapi sekali harung je.. kul 12 kang baru publish.. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...sama plak kita punye entri hari ni erk KekDa?
      Yani makan masa nak tulis sebab kena go thru audio yang rakam dalam tablet, nak jot down satu-satu. Alhamdulillah settle.....dah boleh BW hari ni...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)