20 March 2015

Tips Elak Jadi Mangsa Ragut / Rompak Di ATM

Gambar Ikhsan dari Google

20 Mac 2015.

Dua tiga hari lepas dengar radio Lite.FM masa on the way ke tempat kerja. Isu yang dibincangkan agak menarik iaitu tips mengelakkan diri dari jadi mangsa ragut atau rompak di mesin pengeluaran duit (ATM). Dah dua tiga hari peram isu ni, dah ingat-ingat lupa apa tip yang dikongsikan....haish!

1) Kalau boleh berurusan di mesin ATM di bank pada waktu bank dibuka (by default waktu siang la). Maksudnya waktu bank beroperasi dan pengawal keselamatan berada di sekitar bank.

2) Elakkan ke mesin ATM pada waktu malam. Kebanyakkan kita suka ke mesin ATM pada waktu malam lepas waktu kerja sebab nak elakkan kesibukan jalan raya, malas nak keluar ke bank waktu lunch.

3) Kalau boleh dielakkan, cuba jangan pergi keluarkan duit atau buat apa-apa transaksi di mesin ATM atau CDM di bank yang terletak di kawasan yang agak sunyi dan terpencil. Ada je kan bank yang berada di lokasi hujung bangunan, side-side corner tu....

4) Kalau perlu, bawa peneman bersama kita semasa memasuki ruang yang ditempatkan semua mesin ATM dan CDM. Contohnya; pergi berdua dengan pasangan suami isteri atau bawa bersama anak. Kebiasaanya, kita suka suruh anak tinggal di dalam kereta semasa kita berurusan di ATM. Tips yang DJ Lite FM kongsikan, dia biasanya bawa anak menemani dia di mesin ATM. Semasa buat transaksi, dia akan minta anaknya berdiri menghala keluar (membelakangkan mesin ATM supaya boleh memerhati persekitaran)

5) Jika di bangunan pejabat kita ada kemudahan mesin ATM (lagi bagus ada sekali mesin CDM), dinasihatkan kita membuat pengeluaran duit di situ berbanding di bank. Sebab potensi kita berada dalam keadaan selamat adalah lebih tinggi kerana di bangunan pejabat biasanya ada pengawal keselamatan yang mengawal.

6) Selain mesin ATM di bangunan pejabat, dicadangkan agar membuat apa-apa transaksi di mesin ATM/CDM di kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah. Potensi diragut atau dirompak di kawasan seperti ini agak kurang.

7) Kita ni especially kaum wanita suka sangat angkut handbag dan segala macam wallet masa masuk kat bank, kan? Kalau-kalau kena rompak, habis semua benda dibawa lari nanti, nak-nak pula dokumen yang penting-penting macam kad pengenalan, kad ATM, kad bank, kad kredit dan lain-lain lagi. Best practice adalah kita pecah-pecahkan tempat penyimpanan dokumen-dokumen penting tu kepada dua-tiga tempat. Kalau tak perlu bawa, jangan bawa/ angkut keluar dari kereta. Tinggalkan dalam kereta tapi sorokkan la kat tempat yang susah nak dicapai (tak semestinya bawah tempat duduk kereta!).

Yang paling penting....kalau kita dalam situasi disamun/diragut atau dirompak....PLEASE! PLEASE! PLEASE! Jangan bertindak di luar kemampuan seperti melawan balik secara fizikal. Just let it go....nyawa lebih berharga. 

Hurm, apa lagi ye? Nanti kalau aku ingat, aku sambung tulis. Sementara tu..kalau korunk ada tips yang nak dikongsikan, harap sudi-sudikanlah tulis dalam komen supaya kita boleh amalkan bersama untuk keselamatan diri semasa di mesin ATM.

4 comments:

  1. penjahat skan memang nekad kan... biar la hilang duit, jgn hilang nyawa... tapi kalo leh elak buat transaksi cash, lagi baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ST..kadang x leh brain modus operandi diorunk ni. Ambik duit dan beg je dah la....x payah la nak tetak dengan parang. Kita tgk parang pun dah cukup takut, acah dengan parang pun memang tak berani nak melawan....

      ni minggu depan dah masuk gaji, semoga kita berhati-hati setiap masa....sebagai org Islam, doa adalah senjata utama kita agar sentiasa selamat dan dalam lindunganNya....

      Delete
  2. saya selalu akan cucuk duit di stesen minyak dan di waktu siang, time ramai orang. rasa lebih selamat kot. atm machine kat bank sekarang ni agak tertutup jadi kalau cucuk duit time waktu yang tak ramai orang/sunyi dan kat tempat terpencil memang bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...good point juga tu Zura. Kat stesen minyak pun ok tapi jangan distract dengan benda lain masa tgh buat transaksi...ingat tak video yg viral kat FB lately pasal seorg kakak tu terlupa ambik kad atm lepas withdraw/lupa nak ambik duit kt slot withdraw tu...lepas tu ade perempuan lain yg ambik duit tu; dpt capture dlm cctv...kes kecuaian la tu.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)