06 March 2015

Kucing : Tak Jadi & Tak Sanggup

Permainan baru kucing-kucing dalam rumah. Sebenarnya ada tangkai pemegang tapi tak sampai 2 jam beli, dah tertanggal sebab masing-masing rakus menarik bulu pink tu....sabar jer la korunk ni! Suami sangkutkan kat pintu kayu, dah tak pasal-pasal bergayut kat pintu kayu tu secara berjemaah....

6 Mac 2015.

Nak luahkan rasa sedikit pasal kucing pagi-pagi Jumaat ni.
Ye..korunk tak silap baca, memang pasal kucing.

Malam tadi lepas solat Isyak tiba-tiba terflash back pasal raya tahun lepas, tahun lepas kan giliran beraya kat rumah Melaka. Seingat aku masa tu aku dah mula bela kucing kat rumah ni. Jadi tak ada masalah la bab kena tinggal lama-lama ni. Lepas tu teringat pula raya tahun ni (2015) giliran balik raya ke Seremban. Dah sah-sah la kena balik awal dan spend masa lebih sikit kat Seremban. Takkan la kot raya ke-2 dah kemas beg balik Melaka. Apa plak kata orang sana. 

Lepas salam tangan suami, aku cakap kat dia macam mana la nak tinggalkan semua-semua kucing tu masa kita berdua takde nanti kat sini? Boleh pulak aku terbagi pendapat nak let go kucing-kucing kat rumah ni pada orang lain atau buang je kat pasar. Masa tu air muka suami dah berubah. Macam sedih sebab aku boleh beri idea macam tu. Bukan aku tak sayang kucing-kucing tu, tapi entah la....tak boleh nak explain. Suami kata, kalau nak buang atau beri pada orang lain boleh tapi jangan beri dia nampak. Dia punye option macam dalam kata lain dia tak nak bagi kucing-kucing tu keluar dari rumah ni.

Masing-masing senyap je lepas tu. Mungkin masing-masing tengah fikir macam-macam dalam kepala. Aku terus pergi ruang tamu lepak tengok tv dengan suami. Kebiasaannya, lepas dah settle down semua benda suami akan lepaskan kucing-kucing tu berkeliaran dalam rumah untuk beberapa jam. Tapi semalam macam dia terleka jap. Aku cakaplah kat dia...tak nak lepaskan cats dalam rumah ke? Dia macam terkejut, lepas tu baru bangun nak ke dapur buka pintu untuk beri kucing-kucing tu masuk ke dalam rumah.

Antara banyak-banyak kucing tu, ada dua ekor yang tahap sayang tu lebih sedikit dari yang lain (Katie dan Tiger). Pandai ambil hati dan jenis melekat dengan kami suami isteri. Yang lain pun sayang juga tapi jenis pepandai dia je nak main, kalau kata nak datang duduk sebelah terus baring lepak-lepak dengan kita tu jarang-jarang. Tiger dengan Katie ni, kalau masuk dalam rumah...diaorunk suka datang berlari kat kita lepas tu gesel-gesel, suka bila kepala diusap, mengiauw manja dan suka bersandar kat badan kita.

Agaknya diorunk tahu apa isi hati aku kot (isu nak buang dan beri kat orang lain)....semalam masuk je rumah, terus berlari ke ruang tamu dan duduk di sekeliling badan aku. Yang Katie dok panjat-panjat badan, cium-cium muka aku banyak kali. Tiger pula datang duduk sebelah aku atas sofa pastu pandang tepat kat mata dengan pandangan sayu dan mendalam. Tak lepas-lepas pandang pulak tu. 

TAK BOLEH JADI NI......MEMANG TAK SANGGUP NAK BUANG ATAU LET GO DIORUNK SEMUA NI!

So, muktamad...aku memang tak akan buang atau beri kucing-kucing aku bela ni pada orang lain. Dah sayang tahap macam anak sendiri. Biarlah sihat sakit mati depan mata aku.....

10 comments:

  1. banyak nya..tp masa akk dtg tak nampak seko pun. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, memang banyak KekDa, kelmarin dah bertambah dari 15 (10 dlm rumah dan 5 luar rumah) kepada 18 sebab salah seekor mak kucing dah beranak 3 ekor kittens...memang kalau org datang rumah, Yani tak lepas diorunk berkeliaran dalam rumah, diorunk stay kat dapur kering luar rumah. Ade tetamu yang tak suka kucing, ade yang tak kisah.

      Delete
    2. wah...banyaknya kucing....sy suka gak kucing.tapi x suka bela sbb nnt diaorg poopoo merata2...huhu

      Delete
    3. Kalau tak letak bekas pasir memang la diorunk berak merata Ieda Jeff...kalau lengkap keperluan seharian diorunk..x de masalah pun nak bela kucing.

      Delete
  2. Banyaknya kuing yani. Cam ne la menguruskan..saya ada seekor pun dah tak tentu arah jugak.

    Kat area rumah saya ada hotel kucing. Boleh tinggal kat situ. Tapi syaratnya..kucing kena diberi vaksin. So ingat nak vaksin kucing yang ada..then boleh la tinggal kat hotel kucing tu kalo nak kemana2. Baru2 ni masa raya cina..kena angkut dia balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CPT....fyi, malam tadi bertambah lagi bilangan kucing kat rumah ni...selang 5 hari, dah bertambah 8 ekor anak kucing, so jumlah terkini ada 23 ekor...huhu!

      Ni bila dah bertambah kucing kat rumah, memang option hotel kucing memang takde dalam list kami...mahal kot! Best option kami beli sangkar besar untuk semua kucing duduk masa kami tiada kat rumah.

      Delete
  3. dulu ida bela 8ekor kan, ida tak pernah hntr hotel kucing if pergi travel ke balik kg ke. kita get ready pasir+mkn+minum yg cukup. dioarang boleh survive. cuma keadaan rumah agak tongkang pecah bila balik nnti HHAHHAHA. sbb umah ida apartment xleh nk letak luar..

    dulu ida pernah hntr mushang kat hotel, muka dia muram jek. sbb diaorang terkurung dlm sangkar je kot. so terus decide duduk la rumah tak kesah janji selesa. rumah boleh kemas. HHAHHA

    kadang2 yani, ada orang tak suka kucing. bulu merata kan? rumah kotor. nk deko ape semua tak leh. pecah sane sini HHAHA tapi ntah laaaa.. itu je yang kita ada buat peneman. takyah berkira sangat..............

    tapi pls pls jgn buang kucing2 tu tauuuuuuuuuu omel2 semuanya! hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ieda, so far belum pernah hantar hotel kucing. Kat rumah alhamdulillah ada dua segmen dapur; dapur tempat masak dalam dan dapur tempat masak luar (kering). Jadi kalau pergi kerja atau bercuti luar Melaka, memang Yani letak mereka semua di dapur luar berkunci dan lengkap dengan makanan+minuman+pasir.

      And yes betul sangat2, ada yang suka kucing dan ada yang sangat cerewet/tak suka pasal kucing. Tak payah ambil contoh jauh; even adik beradik pun tak semua yang suka kucing. So, kalau ada yang nak balik/singgah rumah arwah Mak...memang Yani tempatkan kucing2 semua kat dapur dan kemas semua perabot rumah supaya tak ada bulu kucing melekat.

      InshaAllah...tak buang diorunk, semoga Allah SWT tetapkan pendirian Yani pasal penjagaan kucing-kucing ni....amin!

      Delete
    2. AMIN ! ida bernasib baik sikit bila satu family suka kucing hihihii. so bulu ke ape ke diaorang sangat tak kesah HAHHAHA. tapi kalau kawan2 dtg kne berjaga2 sikit kang takpasal2 kita jdk umpatan diaorang hihihii kannnnnns

      Delete
    3. Mak-mak sedara Yani ramai yang penggemar kucing dan memang bela kucing dengan skala yang besar....tu yg jadi terbiasa bila dtg rumah masing2 kucing lalu lalang depan muka...hahaha....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)