14 March 2015

Borong Kek Lapis Sarawak Habibi Shop


14 Mac 2015.

Dekat seminggu lepas kami adik beradik deal tempah kek lapis Sarawak secara online, ini gara-gara ajakan Kak Lang aku. 16 biji kek lapis Sarawak jenis swiss roll yang dibeli dari Habibi Shop di Miri, Sarawak dengan pelbagai perisa dan nama unik. Antaranya ialah; Swiss Roll Chocolate Almond, Swiss Roll Dam, Swiss Roll Blueberry Oreo, Swiss Roll Alunan Tikar, Swiss Roll Chocolate Mini Roll, Swiss Roll Ketupat, Swiss Roll Kipas, Swiss Roll Masam Manis, Swiss Roll Mint, Swiss Roll Utap Rampai Kenyalang dan Swiss Roll Yam.


Aku order 4 biji kek lapis khusus untuk makan di rumah dan untuk hadiahkan ke rumah keluarga mertua di Seremban.


Order dari Kak Long dan Abangah aku simpan di rumah. Kebetulan hujung bulan ni semua adik beradik balik berkumpul untuk buat tahlil adik beradik, sekali buat makan-makan. Nanti boleh hidang dan kongsi makan bersama kek lapis ni semua.

4 comments:

  1. sedapnye tengok kek lapis ni... lama x makan nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manissss je rasa semua kek lapis ni ST. Sekali sekala layan sedap la...tapikan, Yani sekarang tercari-cari kek lapis sarawak yang perisa original. Aritu masa SDSI di MITC, Yani cari dapat sebiji je.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)