13 February 2015

Temujanji O&G Februari 2015 Yang....

13 Februari 2015.

Nota : Ini entri edisi campakbelakang.

Hari kejadian adalah 10 Februari 2015. Temujanji di Klinik Pakar O&G GH Melaka jam 9.00 pagi. Kali ini ditemani suami yang secara kebetulan dapat MC dari klinik mata GH Melaka selama dua hari rentetan kejadian mata luka kena bucu tikar masa piknik Ahad lepas. Tu inshaAllah ada rezeki aku cerita dalam entri lain.

Datang awal, dapat jumpa doktor awal. Tapi agak terkilan sebab tak dapat berjumpa Dr Maimunah, sebab aku excited nak beritahu doktor tu yang aku dah hampir habis baca buku Zikir Penyembuh Kanser tu. Masuk dalam bilik no. 3, aku tengok doktor yang attend kes aku tu doktor houseman (HO) bangsa India. Hurm. Kena cerita dari mula medical history untuk rekod fail aku. Dah berkitai dah fail sampai koyak tepi, dengan tebalnya lagi. HO tanya lepas berhenti makan Provera, period macam mana? Aku jawap lepas berhenti makan pada 30hb Dis 2014, 31hb Dis 2014 period selama 10 hari sampai 9hb Jan 2015. Period tak heavy flow tapi drag masa lebih panjang dari biasa (6-7 hari).

HO suruh baring sebentar nak check perut, kuku dan mata. Dia soal ada rasa pening-pening kepala atau kurang darah tak (anemia) due to prolong period? Aku cakap aku ok je. Lepas tu, dia suruh ke bilik 10 untuk buat TVS. Alhamdulillah dapat doktor perempuan Melayu yang sangat baik. Dia buat scan dari bawah. Kena seluk lagi. Dan Alhamdulillah juga tak perlu buat pipelle sampling kali ini. Serius aku trauma. Selesai scan, pergi jumpa balik doktor HO di bilik 3 dan serahkan fail beserta filem scan tu. Lepas beberapa minit, HO tu ajak aku masuk bilik no. 1, rupanya dia kena brief pada doktor pakar untuk rebiu apa langkah seterusnya. 

Sekali lagi, disebabkan doktor pakar tu bukan doktor pakar yang sama pernah handle kes aku, dia dan HO kena go thru dari muka surat pertama fail aku. Menunggu lagi di situ. Krik krik krik.....Kalau dapat jumpa dengan Dr Kuharaj dan Dr Maimunah, mungkin banyak benda boleh dibincangkan untuk langkah seterusnya. Doktor pakar yang kali ini siap go thru semua hasil ujian makmal dan pipelle sampling aku dari tahun 2011 sampai yang paling terkini bulan Disember 2014 aritu. Seperti biasa, ada satu keputusan makmal pipelle sampling aku yang hilang (1st result), takde dalam fail. Yang 2nd result ada, jadi doktor tu nak juga tahu apa result yang 1st tu. Nasib baik doktor pakar tu suruh staf nurse pergi retrieve balik dari makmal. 

Doktor pakar tu ada juga tanya, kenapa aku 2 kali reject cadangan doktor pasal suntikan Lucrin tu, so aku explain apa poin-poin aku. Dia takde la cakap apa, cuma dia kata, based pada scan dan progress Provera pada badan aku, nampak macam lambat tindakbalasnya. Kalau guna suntikan Lucrin, mungkin proses menipiskan dinding rahim akan lebih cepat. Entah la, hati aku berat nak ambil suntikan Lucrin tu. Sementara tunggu staf nurse retrieve result kat makmal, HO suruh aku tunggu di luar sebentar.

Bila dah dapat 1st result tu, HO panggil balik. Rupanya 1st dan 2nd result pipelle sampling tu tak ada beza pun; imbalance hormone. Dan masih Endometrial hyperplasia Without Atypia. Aku ingatkan doktor pakar tadi dah ada "something" untuk dibincangkan, ternyata tidak! HO just maklumkan kena datang jumpa doktor 2 bulan lagi dan bawa sekali menses calendar untuk doktor rebiu nanti. Tak ada bagi apa-apa ubat pun.

Entah la, mood nak berTTC agak merundum sekarang ini. Tak nampak lagi apa hala tuju usaha TTC aku.

P/s: Rasa hati nak pergi bercuti je sekarang ni.....
 

10 comments:

  1. geram kan dengan doc yang mcm tu.. atleast baca la apa yang dh tercatit dalam tu.. Kaji skit! ni dok la suruh kita ulang cerita apa problem.. kadang bosan gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak salahkan 100% doctor HO tu pun tak boleh Zue, sebab apa-apa pun dia kena rebiu untuk reference dia tapi agak terkilan la...ingatkan ada something new step untuk tahun 2015 ni. Macam buang masa je appointment kali ni. Emo juga masa tu sampai cakap merapu2 dengan suami, lepas tu istigfar banyak2....

      Delete
  2. I missed a lot Yani..!!!! Oh banyak I kena baca entry entry lepas ni..Dah la Yani rajin update..hew hew

    Anyway, you still lucky ada opportunity to get some treatments. At least you know your body condition. Ada husband supportive lagi tu..But kalau nak pergi bercuti apa salahnya...Anyway, best of luck dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hie BnC...lama jugak tak dengar khabar BnC! Alahai...entri2 Yani banyak merapu je.
      InshaAllah betul tu, mungkin ade benda yang Allah tangguhkan untuk Yani tapi Allah limpahkan nikmat rezeki lain (mcm suami yang supportive, adik beradik yang memahami dan famili mertua yang 'rilex').

      Yesss...definitely perlu pergi bercuti sekarang ni. Yang dekat-dekat pun takpe asalkan otak ni tak stress fikir pasal TTC ni, serabut la....

      Delete
  3. singgah petang..
    sabar ye.. myb betul awak perlu bercuti..
    rehatkan minda..
    in shaa Allah.ada..

    saya dulu sebelum kena buat TVS lepas kena ambil asid folic, sekali tgk dtg period juga.terus decided x nk buat TVS. ntah rasa takut, yang penting mental mmg x ready. terus cakap dgn abg, nak tarik diri.
    sampai ke sudah sy x pergi.
    hkl pon x call..

    sy usaha cara tradisional je..
    jaga pemaknan, urut tapak kaki, urut badan, pergi rawatn islam pastu ambil supplement.alhamdulillah Allah mudahkan jalan buat saya dan suami..

    yakin tau.. Allah nk kita usaha..
    jgn putus asa k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..inshaAllah CikSue, terima kasih mendoakan dan beri semangat pada Yani.
      Owh....Yani memang sangat2 perlukan urut 1 badan ni...badan dh rasa lemau sangat. Dah beberapa minggu dok menahan sakit dan lenguh bahagian pinggang. Keluh kesah dibuatnya....

      Sekarang ni pun nak cuba makan habbatussauda dan minyak zaitun untuk usaha secara alami sementara belum ada apa-apa ubat kimia masuk dalam badan ni...

      Delete
  4. Ya Allah..nape lah jadi mcm nie
    kesian kat yani.....
    anim doakan yani tabah dan kuat mengharungi TTC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la Anim, dah bahagian Yani kot...takpelah mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk Yani menjelang next appointment kot...wallahualam.

      Thanks mendoakan untuk Yani...anyways, congrate ye dah berjaya pregnant, semoga Allah SWT pelihara kandungan Anim sampai waktu melahirkan...amin ya rabbal alamin....

      Delete
  5. one of the reason kenapa treatment di govt hospital jadi lambat. Of course bila doc baru yang tegok, dia kena teliti semula result dan report lepas2. May be hospital kena ubah cara treatment kot... dedicated doctors for each patient. Cara mcm ni lebih baik, sebab ada kesinambungan treatment. but, x tau la kalau ada masalah nak implement mcm ni kan...

    For the time being, relax je la kan yani... InshaAllah, ada reason kenapa jadi lambat treatment ni... everything in its own time :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dianyer, nak juga tanya pada adik Yani yang doktor tu kenapa tak implement method "dedicated doctors for each patient", inshaAllah akan cuba tanya pada saluran yang betul.

      Haish ST, dalam dok relax, tengok2 usia dah makin bertambah. Pandang kiri kanan tengok2 dah bertambah anak...huk huk huk. Kalau selamanya suami "rilex dan cool" hidup macam ni dengan kita, tak pe la juga, tak tahu lagi 3-4 tahun lagi kot dia berubah hati, sunyi ke, rasa tercabar ke......orang lelaki tak pe, dia sampai tua pun lambat lagi dateline kesuburan dia...kita2 ni hah....nak kena deal dengan infertility, menopause lagi....mmmm....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)