15 February 2015

Trek Lama 10,000 Langkah & Kemas Pokok Mak

15 Februari 2015.

Sabtu Ahad ini dipenuhi dengan aktiviti mengemas dalam dan luar rumah. Nak harapkan hari bekerja, balik rumah hanya sempat siram pokok je. Nak belek-belek pokok kat sekitar halaman rumah memang tak sempat. Sabtu Ahad kadang tak ada kat rumah.

Semalam Sabtu, dok mengemas dalam rumah. Sempat buat powerwalk sekejap lepas tu menyapu lantai dari belakang ke depan. Kemas garaj kereta, dah melarat sampai buang tong-tong minyak (servis kat Perodua asyik le bawak balik tong minyak) ke dalam tong sampah luar. Menyapu garaj, susun balik tempat letak kasut. Masuk dalam rumah, ulang dua kali basuh baju dalam mesin basuh. Cuci lantai bilik air. Masak lauk tengahari untuk diri sendiri je sebab suami kerja. Layan dua tiga bakul lipat baju depan tv. Haish...lenguh juga pinggang.

Awal pagi tadi (Ahad), berjalan kaki guna trek lama 10,000 langkah sekitar taman perumahan. Balik rumah, macam biasa ambil tugas jaga A'ina sementara mak dia buat lokum. A'ina sampai je rumah, terus bawak dia pergi pasar, nak beli bahan mentah untuk seminggu. Dapat ler ayam, daging dan udang. Beli empat ekor ikan selar untuk rebus gaul dengan nasi untuk kucing-kucing kat rumah ni.

Mentara suami layan A'ina mandi kolam kat garaj rumah, aku siang udang, kemas ayam dan daging. Settlekan rebus ikan dan jerang nasi cepat-cepat sebab nak bagi kucing-kucing ni kenyang dulu, nanti dia dah tak ganggu time aku kat dapur.

Lewat petang, ajak suami mengemas tempat pokok orkid arwah mak. Dah menjalar pokok-pokok, seriau pulak takut ada apa-apa bawah tu, mana kita tahu kan? Kesian banyak pokok yang dah menguning, dah lama tak berjaga. Dah tiga empat hari aku suami isteri dok menyiram pokok-pokok, harap-harap boleh segarkan balik pokok...jangan la mati, sedih arwah mak kalau tengok pokok-pokok kesayangannya layu mati nanti.

Haaaa.....tak duduk diam hari cuti ni. Alhamdulillah, buat kerja rumah pun dah boleh berpeluh bakar kalori.

Sebelum

Selepas

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)