08 February 2015

Piknik Di Pantai Kuala Linggi


8 Februari 2015.

Jumaat malam kelmarin post status kat FB, tanya idea kat area pantai mana kat Melaka yang best nak berpiknik. Mostly jawap pantai Kuala Linggi area nak masuk ke PD sana. Memang jauh tapi inshaAllah puas hati.

Sabtu malam dah siap-siap rebus telur nak buat sandwich telur untuk piknik pagi Ahad. Dok WA dengan adik bongsu ajak dia join kami berpiknik suami isteri.



Pagi Ahad singgah beli nasi lemak dan roti canai untuk tambah-tambah menu sebelum ambik adik kat rumah dia. Sampai kat area Kuala Linggi, survey kawasan pantai yang best spot untuk berpiknik. Alhamdulillah, jumpa juga satu port yang sangat redup lengkap dengan pangkin kayu, dan buaian ala-ala bawang merah bawang putih. Sangat heaven!



Disebabkan adik bongsu tak mahu mandi, aku dan suami temankan A'ina berendam dalam laut. Seronok betul A'ina main air sampai tak nak keluar dari air.



Dah dekat pukul 12 baru gerak balik, matahari pun dah tegak atas kepala. InshaAllah ada masa nak datang lagi kat sini dengan famili adik beradik.

4 comments:

  1. Replies
    1. Ni idea spontan...sebenarnya dah lama "banned" diri kami suami isteri dari berendam dlm air laut lepas belakang badan suami teruk mengelupas lepas mandi air lait kat PD dulu....ni baru terbuka hati nak jejak kaki ke pantai semula...

      Delete
  2. hurm...kalau jenjalan kat Melaka, selalu gi pantai Klebang ke Tg Keling? lupa laaaa... hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emme..Pantai Klebang dengan Pantai Tg Keling tu sebelah-sebelah je...tapi Pantai Klebang tu dah jarang orang mandi manda sebab dia tambak jauh ke tengah...kalau nak feeling2 duduk tepi laut dengan surrounding kekampungan, better cari yang dekat2 Kuala Linggi macam ni.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)