9 Februari 2015.
Sementara ada musim ni, kita hadaplah buah delima ni hari-hari. Dah la manis, makan pula sejuk-sejuk keluar dari peti ais. Hurmm....dap dap. Aku makan sebiji tak kongsi dengan suami pun, petua apa tu eh? Aku dah lupa apa petua yang suruh makan jangan berkongsi. Kalau tak silap orang kata maybe salah satu butir isi buah delima tu ada ubat bagi setiap penyakit dalam badan...kot? Suami makan buah yang lain, kopek sendiri.
Eh...dah lama tak sentuh pati delima Gulsan. Ade je baki pati delima tu sebotol yang arwah Mak tak habis minum kat dapur tu. Tarikh luput pun lama lagi. Bercinta nak sambung minum pati delima ni. Nk buang, sayang pulak. Ni dah ada buah delima original version depan mata, kita makan je la.
Kat opis pun ade staf yang tolong menjual buah delima ni ambil dari syarikat suami dia bekerja.
Cuma ade persoalan dalam fikiran sekarang ni....makan buah delima ada timing-timing dia ke? Sebelum ovulasi ke? Atau selepas ovulasi? Ke bila-bila pun boleh?
x tau plak pasal timing...rasa bleh je kot makan bebila yani... hehehe...
ReplyDeleteOwh..ok...dapat yg jenis manis mmg sedap hadap hari2...kalau terkena yang masam...errr...
Deletebuah delima banyak khasiatnya. makan bebila pun boleh..
ReplyDeleteOk zura! Harap2 ade khasiat dari segi betulkan kitaran period...ni period dh haywire balik..
Deleteyani, dia jual berapa rm? kot2 boleh tumpang beli.. hehe
ReplyDeleteKawan Yani jual 4 biji RM10....x de la besar sgt...sedang2 je tp alhamdulillah manis
DeleteSalam BP, saya pun penah amalkan pati delima gulsan, tapi mase tu, tak kira masa, makan je... minum, makan plak, masam nyeee kan, lagi suke makan buah delima, masa pregnant pun elok amalkan makan buah delima, org ckp, nnt mata anak cantik n bersinar, spt buah delimaa...hehe~
ReplyDeleteItu la Emme...masih terbayang betapa masamnyer pati delima tu. Bila makan yang original version ni, manis sedap la pulak...takpe la sementara ade musim ni kita makan yg original..esok dah abis musim, kita sambung makan balik yang pati delima tu...
Delete