25 February 2015

Mak : Orkid Fatimah


25 Februari 2015.

Sorry la eh! Sepanjang minggu entri blog ni dok hidang gambar dan cerita pasal pokok orkid arwah mak. Dah itu je "passion" yang aku ada...layankan jer la. Orang lain balik kerja ada juga anak tunggu dan sambut kat depan rumah. Aku hanya ada pokok-pokok bunga dan anak-anak kucing je yang sambut aku setiap kali balik kerja. Dan juga suami nan seorang tu; teman bermanja.

Semalam sambil siram pokok, sambil berbalas whatsapp dalam group adik beradik. Teruja sangat tunjuk gambar pokok orkid ni pada adik beradik. Kelmarin (22 Februari 2015) baru dua kuntum bunga keluar, semalam dah keluar lagi 3 kuntum jadi 5 kuntum semuanya...dekat-dekat pulak tu. Dah nampak macam segugus bunga orkid. Ya Allah! Seronoknya hati.
Kak Lang suruh namakan pokok orkid tu sempena nama arwah mak; Orkid Fatimah.

Dalam dok berbalas whatsapp, dah jadi sesi luahan rasa hati antara kami adik beradik pasal arwah mak. Aku mengadu pada adik beradik, aku rasa bersalah sangat kat arwah mak sebab kebelakangan ni tak jaga baik-baik pokok-pokok kesayangan arwah mak. Banyak yang layu dan dah hampir mati. Kak Long cakap arwah mak cukup sayang pokok orkid yang ada kat rumah ni. Kak Long suruh bela betul-betul, sama macam bela/ jaga arwah mak juga. Sebak rasanya hati ni.

P/s: Membela pokok bunga dan anak-anak kucing ni salah satu cara aku nak destress daripada isu TTC...Percayalah, bila kita sibukkan @ lekakan diri dengan benda yang boleh buat kita gembira...sedikit sebanyak kita dapat lupakan ke"stress"an nak conceive ni.
   

4 comments:

  1. cantik orked tu :) nampak segar ...sama la kita balik rumah xde apa melainkan anak-anak kucing menjadi teman :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay...seeepp! Sama je kita kan? Dalam bela kucing, diam-diam dah bertambah angka jadi 15 ekor, incoming tak tahu berapa sebab 2 mak kucing tgh sarat bunting kat rumah Yani ni. Dah boleh terbayang betapa riuhnya nanti dengan bunyi anak-anak kucing baru lahir...

      Delete
  2. yani, banyaknye kucing!!! i x leh nak bela takot nanti tersiksa plak kucin tu sbb asik balik lambat je ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ST! Dalam reluctant nak bela kucing sebab suami dok hari2 sebut nak bela kucing, nak bela kucing...haaa..hambik! 15 ekor dah ada luar dan dalam rumah. Yani pun jenis pergi kerja awal pagi dan balik dah dekat2 maghrib...lepas balik kerja je dpt peluang nak belek semua kucing2 tu punye karenah. Alhamdulillah...terhibur jugak hati ade kawan2 nak bergaduh dan bermanja kat rumah selain suami.

      Dalam banyak-banyak tu ada 2 -3 ekor kategori buah hati, sebab pandai ambik hati kami suami isteri...setiap masa berkepit dengan kita, tengok tv pun nak duduk sebelah sama-sama. Kadang tidur pun celah kaki kami suami isteri, terkejut-kejut bila diorunk suka gigit jari kaki bawah selimut....huhuhu...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)