13 January 2015

MJ2015 : 35 Minit Zumba & Stok Buah-Buahan


12 Januari 2015.

3 hari tinggalkan aktiviti bersenam. Ewah, nama je bawak tablet berisi video powerwalk, tapi bukak 1 video pun idok. Kemahin dok usung kasut jogging suami isteri, dengan cita-cita nak berjogging masa bercuti nanti...pun tak menjadi jugak plan tu!

Tak bercuti jauh mana pun...office trip suami aka holiday ke Cameron Highlands je. Dah macam balik kampung rasanya. Huhuhu....kebetulan cuaca kat CH kali ini sangat, sangat sejuk apantah lagi hujan sepanjang masa. Wei...sejuk melampau la kali ni. Tidur berstokin 2 lapis, bersweater tebal pun masih mengigil kesejukan. Nak berjogging sebelah petang kat padang rekreasi Tanah Rata pun tak dapat sebab hujan selebat-lebatnya.

3 hari tak bersenam, badan rasa lemau je. Hari ni sambung balik bersenam, buat zumba Linda Edler untuk 35 minit. Haaa...berpeluh-peluh nak catch-up balik stamina.


Owh....happy betul bila dapat penuhkan fridge dengan stok buah-buahan. Borong dua tray besar strawberry dan jagung kat pasar pagi di Pekan Brinchang. Masa singgah di Lata Iskandar, beli buah pisang emas sebab terbayang nak buat shake. Ni la penangannya bila singgah kat RnR Tapah, macam-macam jenis buah diborong....buah ciku, jambu air, dan jambu batu....hurm, yummy!

Balik dari bercuti boleh la kembali kepada regim shake seperti biasa, campur dengan buah-buahan tambah ummp!

8 comments:

  1. musim hujan... tak best kalau gi jalan2.. cam akk g kuching tu ari.. lemau sungguh rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana KekDa...kita ada plan kita, Allah ada planNya...redah jer la! Jadi lemau sebab tak dapat berjalan sangat, tapi nasib baik tempat dah selalu pergi, tak ralat sangat.... :)

      Delete
  2. Replies
    1. Ye memang best. Hari2 dok buat shake buah-buahan....harap2 tak muak ler tekak suami isteri dok telan shake buah pagi dan malam...

      Delete
  3. bestnye...beli buah banyak kt cameron.... kalo rnr tapah tu, mmg wajib berenti beli buah bila lau situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST, kebetulan masa pergi ni dah musim x ramai naik CH, especially sekolah dah nak start buka balik, jadi peniaga buah-buahan / sayur banyak jual murah-murah. Tu yang dok borong untuk mertua, adik-beradik dan kami sendiri.
      Kat RnR Tapah tu, setiap masa ada musim buah...kalau singgah tak membeli rasa pelik je....

      Delete
  4. ha ha ha...wavelenght hampir sama ni..malam tadi su mimpi memborong buah di CH :-) dah berapa bulan merengek nak pergi..zassshh akan tunaikan tekak secepat mungkin ni.craving scone kat kg sedia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu....ye ke Su? Holiday ni tak plan pun, office suami tetiba je nak buat family day ke sana, rezeki tak sampai dua bulan (last naik CH bulan Okt 2014), dah naik CH balik....teringin nak makan nasi lemak sambal strawberry Abang Cafe kelmarin tapi sebab ikut kata majoriti, tak de la singgah...cottage MARDI pun tak sempat singgah...banyak kenangan dengan arwah mak tu...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)