18 December 2014

Buku DIAgnosis - Kehidupan Suka Duka Doktor

18 Disember 2014.

Mencari buku ni kat Melaka tak jumpa (bukan tak jumpa tapi kebodohan sendiri, cari kat kedai buku yang salah, huhu! Lepas tu bila tahu kena cari di kedai buku MPH tapi kemalasan melanda, so tak cari jugak..pppfrrt!). Semalam balik sekejap ke Seremban, suami nak g peluk cium mummy dan daddy dia...hahaha! Sampai Seremban dah dekat pukul 6.00 petang. Tak lama singgah, nak kejarkan solat Asar dan Maghrib di AEON Seremban 2 tu, kes terlupa nak bawak balik telekung.

Alang-alang dah sampai AEON Seremban 2 tu, lepas solat terus ajak suami ke kedai buku MPH mencari buku ni, alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Macam mana boleh terjebak? Pertama, aku memang suka membaca buku-buku penulisan genre macam ni. Kedua, lepas terbaca review di blog FL Review Novel Diagnosis dan beberapa blog lain, memang bersemangat sungguh nak pergi beli.


P/s: Baru beli malam tadi, sebelum tidur dah baca separuh buku. Memang menarik. Dengar kata, buku DIAgnosis 2 akan keluar hujung bulan ni....tak sabar nak cari dan beli buku yang kedua pula.

6 comments:

  1. owh.. dah baca review.. macam menarik buku nihh.. nak beli jugaklahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarith...beli, jangan tak beli. Tak rugi pun beli sebab boleh baca pengalaman hidup dari sisi seorang pengamal perubatan.

      Delete
  2. me pun ada baca review pasal buku ni...mmg menarik,tp belum beli lg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi, wajib book hunting ni! Kalau tak silap buku ni dah beberapa kali ulang cetak sebab sold out. Yang Yani beli ni pun dah cetakan kali keberapa ntah...dulu pernah beli buku kisah pengalaman Prof Muhaya, pun menarik jugak....sebab tu kali ni sambung minat buku doktor-doktor muda ni....

      Delete
  3. Memang dlm snri nak beli tp harem nak jumpa kalau di Keningau. Nasib baik kenal baik dgn adik Dr.Anwar Fazal. Minta tolong dia belikan la. Hihihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...untungler! Nanti kalau akak tak dan nak cari buku DIAgnosis 2...bleh la tumpang kriim beli erk? Huhuhuhu.....nak minta sign sekali...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)