24 November 2014.
Sabtu kelmarin, ziarah kubur arwah Mak dengan suami, adik bongsu dan Aina. Sempat sedekahkan surah Yasin dan mengemas di sekeliling kubur arwah Mak.
Kak Long Aina.
Dah jadi Kak Long dah anak buah aku yang seorang ni.
Adik bongsu aku baru sahaja mengandung, dalam sebulan lebih.
Lepas lebih kurang 5 bulan keluarkan implanon, alhamdulillah melekat lagi.
Sedih memang sedih tapi aku tumpang gembira.
Sekurang-kurangnya aku bertambah anak-anak buah untuk aku suami isteri menumpang kasih sayang.
Aina pun dah biasa duduk dengan aku masa adik bongsu aku buat lokum di hari minggu.
Tengok dalam gambar kat atas tu, kemain senyum meleret bila diajak berselfie.
Kalau nak minta didukung, memang melekat dengan suami je, dia pula suka melayan keletah Aina.
Kalau akak ada anak sedara pasti akan kuculik bawak rumah selalu..hihi
ReplyDeleteAnak-anak buah ni kena selalu rapat dengan diorunk baru diorunk cepat mesra dgn kita. Suami Yani ni jenis budak-budak suka dengan dia, cepat je mesra dan dia pula suka melayan.
ReplyDelete