24 November 2014.
Percaya tak? Selama 4 tahun lebih berkahwin ni, setiap kali lalu area Pedas tak pernah berkesempatan singgah membeli daging salai? Huhu...
Tengok entri FB kawan sama belajar dulu, dia masak lauk masak lemak cili api daging salai, terus rasa melonjak-lonjak perasaan nak mencari daging salai ni. Kebetulan semalam ke Lenggeng dengan mertua menghadiri majlis perkahwinan saudara belah mertua, kami suami isteri lalu kawasan Pedas. Siap cakap dengan suami, kali ni nak cari juga daging salai sampai dapat...tak pedulik!
Balik dari majlis pun kami lalu Pedas, masa tu hujan renyai. Suami perhatikan mana kedai yang ada asap berkepul-kepul. Alhamdulillah, jumpa jugak kedai tepi jalan yang ada jual produk salai. 1kg daging salai berharga RM39.00, jadi aku beli 1/2kg dulu sebagai percubaan. Selain daripada daging salai, kat kedai ni pun ada jual ikan salai, puyuh salai, ayam salai dan juga itik salai. Abang yang menjual tu kata kedai dia buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Abang tu siap bagi business card dia incase nak buat tempahan awal. Bagus jugak kan? Kot kalau teringin nak beli, siap-siap call dan tempah. Nanti masa lalu Pedas dah boleh ambil dan bayar je.
Balik rumah kemain berkobar-kobar nak masak lauk masak lemak cili api daging salai ni, lauk kegemaran suami. Ni lauk bekal kami suami isteri untuk makan tengahari hari ini.
Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai
Bahan-bahan :
500 gm daging salai yang dihiris halus/ kecil
1 kotak santan
1 batang serai dititik
6-8 biji belimbing buluh
2 helai daun limau purut
1 cawan air
Serbuk kunyit
Garam
Perasa
Bahan kisar :
15 batang cili api
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 inci halia
Cara Memasak :
1 - Masukkan bahan kisar, santan, serbuk kunyit, serai titik, air dalam periuk. Gaul sebati.
2 - Masukkan daging salai. Renehkan sebentar sampai naik bau.
3 - Masukkan daun limau purut dan belimbing buluh.
4 - Masukkan garam dan perasa.
Masak lemak cili api daging salai ni sama je macam masak lemak cili api daging yang biasa tu, tapi aroma daging salai tu yang lebih menaikkan selera. Semalam, suami tak menyempat-nyempat nak makan masa tengah hiris daging salai, siap berulang minta hiriskan untuk dia. Harus sembunyikan baki daging salai ni, kang ada yang jadi "kucing" kat dapur. Huhuhu....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)