25 November 2014.
Alhamdulillah, dua hari berturut-turut di hujung minggu kami suami isteri dapat berjogging bersama. Kali ni jangkaan aku tepat. Aku ambil peluang berjogging di sebelah pagi sebab aku jangka sebelah petang akan mendung dan hujan lebat.
Hujan lebat membawa ke malam, jadi memang tak sia-sia aku menyedut udara segar di waktu pagi sambil berdating dengan suami. Lagipun awal pagi hujung minggu macam ni orang tak bangun awal, kebanyakan rumah masih tertutup pintu dan tingkap. Apantah lagi hari Ahad, memang senyap sunyi je dalam kawasan taman, mungkin masih lena diulit mimpi kot? Huhuhu....
bestnye senam!!! lama betui i x exercise ni...
ReplyDeleteNi kes nak cover balik berat badan yang mencanak naik sejak dua menjak ni....huhu.....hujung disember nak wrap up cerita berat badan sepanjang tahun 2014.....kesimpulannya cerita sedih!
Delete