18 November 2014.
Temujanji seperti biasa jam 9.00 pagi, nombor giliran dipanggil masuk bilik rawatan no. 2 pada jam 12.00 tengahari. Masuk je bilik rawatan, hanya nampak doktor perempuan sahaja. Tak ada rezeki berjumpa semula dengan Dr Kuharaj kali ini. Kali ini Dr Maimunah yang attend fail aku. Masa nak cecah punggung ke kerusi, terdengar Dr Maimunah menyebut " Isk, dah tebal dah fail awak ni" Dalam hati aku berbisik "Memang pun, rekod dari tahun 2011 sampai 2014 ni hah"
Keputusan Pipelle Sampling
Temujanji tempohari, Dr Kuharaj buat prosedur endometrial pipelle sampling untuk double confirm sama ada diagnosis endometrial hyperplasia without atypia (stage 1) aku tu betul atau tidak. Alasannya, dia tengok lapisan dinding rahim aku masih tebal walaupun sudah beberapa bulan consume ubat Provera dengan dos tinggi. Dia suspect endometrial hyperplasia aku berada pada stage 2 atau 3, bukan stage 1.
Dr Maimunah beritahu result pipelle sampling tempohari menunjukkan aku masih endometrial hyperplasia without atypia (stage 1). Tiada perubahan. Syukur alhamdulillah.
Lucrin Atau Tambah Dos?
Dr Maimunah tanya apa progress aku makan Provera? Aku cakap masih sama, bleeding pada certain days. Dia tanya last bleeding bile? Aku cakap semalam. Bulan November ni dah 4 kali aku bleeding setompok fresh blood. Dr tengok rekod, aku dah consume Provera hampir 5 bulan. Dr tanya kalau aku nak cuba suntikan ubat hormon untuk stopkan period (cucuk setiap bulan) atau nak sambung makan ubat oral?
Aku : Dr nak propose Lucrin ke?
Muka Dr agak terkejut macam tak sangka aku tanya macam tu.
Dr Maimunah : Awak tahu dan familiar dengan Lucrin ke?
Aku : Saya tahu pasal Lucrin (dan fungsi dia untuk stopkan period) tapi saya lebih prefer ubat oral.
Dr Maimunah : Awak takut suntikan ke?
Aku : Saya tak ada masalah dengan suntikan tapi saya lebih prefer ubat Provera, senang nak makan dengan ubat/supplemen saya yang lain
Dr Maimunah jotted down ayat "patient rejected lucrin injection" dalam fail aku. Dr cakap, dia akan cuba naikkan dos Provera untuk tengok progress dinding rahim aku, cuma kalau ubat oral masih tak beri respons yang lebih bagus, selepas ini dia akan suggest proceed suntikan Lucrin.
Scan : 1.5cm kepada 1.13cm
Doktor ajak aku ke bilik no. 9 untuk buat scan dinding rahim. Scan dari atas je. Dr maklumkan, ada perubahan/penipisan dinding rahim kesan consume Provera, cuma tak banyak dan tak seperti yang diharapkan. Dr kata "Degil". Last scan aritu, saiz ketebalan dinding rahim aku adalah 1.5cm, kali ini berkurang kepada 1.13cm.
Aku tanya Dr, berapa saiz ketebalan yang dianggap normal. Dr kata tiada saiz spesifik tapi yang bagus kalau boleh bawah 1cm. Lepas tu, doktor ajak masuk balik bilik rawatan no. 2 untuk bincang lebih lanjut.
Kanser Endometrium
Masuk je balik dalam bilik no. 2, Dr Maimunah beritahu yang dia nak aku sambung makan Provera untuk 2 bulan lagi, tapi kali ini dengan dos yang lebih tinggi. Kalau selalu aku makan 20mg (4 biji) 2 kali sehari, kali ini 20mg (4 biji) 3 kali sehari; pagi, tengahari dan malam. Walaupun dos dinaikkan, doktor masih nak monitor progress ubat pada badan, jadi tarikh temujanji pun makin pendek/dekat sebab doktor nak jumpa dan nak scan. Takut-takut ada reverse effect ubat hormon, dari makin elok nanti jadi makin bertambah sel abnormal dan makin cepat menjadi kanser.
Sambil berbual tu, Dr buka cerita pasal alarming issue berkaitan kanser pada pesakit yang masih muda. Dr cakap pihak hospital sekarang dah makin concern pasal kes berkaitan kanser, ramai yang muda-muda dah kena kanser. Contohnya; ada yang belum kawin (umur 26 tahun) dah kena buang rahim sebab dijangkiti kanser endometrium, ada yang baru kawin beberapa bulan dah kena kanser.
Dr. Maimunah nasihat jangan lari dari doktor/rawatan. Sebab kebanyakkan pesakit bila diberitahu ada simptom kanser, selalu nak lari dari doktor, tak nak buat rawatan. Bila dah makin serius baru nak cari balik doktor, ade yang sampai kanser dah merebak ke tulang belakang (simptom sakit mencucuk ke pinggang), masa tu doktor dah tak boleh buat apa-apa dah.
Insulin Resistance
Aku ada tanya doktor, sama ada insulin resistance main peranan menyebabkan Provera kurang berkesan pada aku? Doktor tak tolak kemungkinan faktor insulin resistance penyebab progress penipisan dinding rahim aku agak slow berbanding pesakit yang tiada masalah insulin resistance. Tapi Dr. Maimunah cakap ada je pesakit yang tiada diabetis/ insulin resistance yang kena kanser.
Buku Zikir Penyembuh Kanser & Anakku Brain Tumor
Sambil tu, Dr nasihatkan aku cuba rawatan alternatif untuk rawat endometrial hyperplasia selain daripada cara perubatan moden (hospital). Dia tanya aku rajin membaca tak? Aku kata aku memang suka membaca.
Doktor siap jotted down (siap lakaran sekali!) nama 2 buah buku berkaitan penyembuhan kanser; buku Zikir Penyembuh Kanser oleh Prof. Dr. H.M Amin Syukur dan Anakku Brain Tumor oleh Isyah Radhiah Idris. Dr kata buku-buku ini bagus sebab ada ajar amalan doa-doa, diet khas pesakit kanser dan banyak lagi. Dr suruh cari buku-buku ini untuk pembacaan tambahan, selain daripada jangan stress.
Ada hikmahnya aku berjumpa Dr. Maimunah hari ini. Kalau aku berjumpa dengan Dr Kuharaj, mungkin paling tidak pun dia akan scan, suruh proceed makan ubat hormon....that's it. Mungkin itu pendekatan doktor bukan Muslim. Ditakdirkan berjumpa dengan Dr. Maimunah kali ini, aku dapat pendedahan baru. Dari penampilan Dr Maimunah yang bertudung labuh dan percakapan agak alim, dia beri aku harapan untuk berusaha sembuh dengan cara lain (perubatan islam). Alhamdulillah!
Sedih, memang aku sangat sedih.
Sampai berlinang airmata lepas keluar dari kawasan Klinik O&G dalam perjalanan ke farmasi GH Melaka. Mungkin aku terlalu berharap temujanji kali ini aku akan dengar sesuatu yang mengembirakan hati aku, yang membolehkan aku proceed fertility treatment seperti IUI. Tapi nyata aku terlupa bahawa sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah SWT, yang lebih berkuasa adalah Allah yg Maha Esa.
P/s: Tengahari tadi, aku dah mula makan ubat Provera 3 kali sehari.
Berat ujian untuk Kak Haryani kali ni. Tapi kami semua tahu kakak insan terpilih. Tabah ye kak :)
ReplyDeleteInshaAllah Leah...semua yang berlaku tentu ada sebab yang Allah SWT sahaja yang tahu, kita hambaNya ni kena redha dengan apa jua ketetapan takdir.
DeleteYa Allah hebat dugaan utk akak. Setiap orang diuji dgn cara yg berbeza beza tp peritnya mesti mngalir airmata ni. Insyaallah ada sesuatu yg indah utk akak nt. Keep strong. Mudahan dipermudahkan segalanya.
ReplyDeleteAirmata tu teman setia akak semalam. Bukan tak redha cuma itu sahaja cara melepaskan lelah dalam hati. InshaAllah doa kalian jadi penguat semangat..amin.
DeleteAllahuakhbar!Semoga Yani sembuh cepat,sentiasa positif ok.Semoga dipermudahkan..Amin..
ReplyDeleteTerima kasih Kak Nuriz, doakan Yani diberikan rezeki ada zuriat sendiri ye?
DeleteYa Allah..semoga Yani cepat sembuh dan semoga usaha dipermudahkan
ReplyDeleteTerima kasih Mrs Opi....terima kasih atas doa yang dititipkan...amin ya rabbal alamin.
DeleteYani,
ReplyDeletesemoga cepat sembuh dan positif..
InshaAllah CPT...mohon doakan kesihatan Yani bertambah baik ye? Semoga usaha TTC CPT juga Allah mudahkan dan beroleh keputusan menggembirakan...
DeleteTakpe Yani.. at least byk step yg Yani dah lalui. Usaha ni pun salah satu tanda Allah nak makbulkan doa kita kan.
ReplyDeleteSo, hope for miracle dari Allah.. InsyaAllah.. kita sesama berdoa ya..
InshaAllah KekDa. Semalam balik memang menangis meratap kat atas tikar sejadah. The only moment kita berkomunikasi direct dengan Allah SWT. Yani terima semua dugaan ni dengan hati terbuka. Tapi Yani perlu kuatkan semangat untuk bangkit semula...bukan mudah tapi itu yang terbaik buat masa sekarang. Mohon doakan sama ye KekDa....
Deletesetiap kali jumpa doktor itu la harapan kita kan Yani? nak ada pengharapan, sesuatu yang lebih baik dari treatment yang lepas.. saya paham perasaan Yani.. semoga diberi kekuatan ye..
ReplyDeleteBetul tu Zue, tapi mungkin Yani terlalu berharap ...jadi bila doktor kata macam tu, hati jadi retak seribu. Bayangkan Yani menahan sedu sedan dalam hati masa depan doktor, tahan airmata dari jatuh. Tapi tewas juga masa tunggu di kaunter temujanji...memang mata dah berkaca-kaca masa tu. InshaAllah semoga Allah berikan kekuatan pada Yani...
DeleteSalam Yani, mcm biasa stay positif n focus sbgmana diri Yani yg dikenali di alam blog ni. Sedangkan luka kecik di jari Allah ampunkan dosa2 kita. Inikan pula ujian2 yang macam ni. Semuanya sbb Allah nk angkat darjat Yani pada mata penduduk langit. Luahkanlah juga perasaan Yani kat husband. InsyAllah akn diberi ketenangan bila banyak berkongsi dengan husband (itu yg akk cuba buat jgk). We pray for u dlm doa kami :)
ReplyDeleteInshaAllah Kak Baby...Yani akan selalu ingat kata-kata nasihat Kak Baby ni. Semalam Yani memang dah luahkan pada suami. Tapi luahan pada Allah SWT lepas solat ternyata lebih telus dan terbuka, hanya diri kita dan pencipta. Terima kasih Kak Baby, terima kasih banyak-banyak...
Deleteyani...keep positif dear! Insyaallah, apa yang berlaku ada hikmahnya. Jgn fikirkan benda yang belum jadi lagi, always imagine benda2 yang positif, baru sel2 dalaman kita akan positif. Insyaallah dear..kami di sini sentiasa mendoakan yani.
ReplyDeleteRina....tahu tak, Rina adalah salah satu sumber inspirasi Yani saat diduga seperti ini. Yani suka baca blog Rina, banyak membantu menaikkan semula semangat Yani. Terima kasih dear...betul, Yani kena banyak belajar "positive affirmation", semoga aura positif sentiasa menyelebungi kehidupan Yani
DeleteBetul yani..Allah duga sebab Dia sayang. Jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Doa banyak-banyak. InshaAllah setiap penyakit itu ada ubatnya. Teruskan usaha.
ReplyDeleteIly, Dr Maimunah semalam pun cakap macam tu, dia kata ini dugaan untuk awak (Yani), Allah duga sebab Allah sayang. Betul...setiap penyakit ada ubatnya, semoga Yani diberi peluang untuk sembuhkan penyakit ini suatu hari nanti.....doakan ye Ily?
Deleteassalamualaikum
ReplyDeletesalam perkenalan...singgah buat pertama kali untuk rujuk resepi cheesekut oreo...terus follow...keep in touch yer...
lynn doakan yani cepat sembuh...
Wassalam Lynn, salam perkenalan juga dari Yani. Terima kasih atas doa yang Lynn titipkan....amin ya rabbal alamin. Terharu sangat ramai yang sama-sama mendoakan...
DeleteTerima kasih Nolly.....inshaAllah dengan izin-Nya...
ReplyDeleteI know u r strong girl... InshaAllah, smg dugaan ini cepat berlalu dan meninggalkan hikmah yg baik2 buat yani... Take care.
ReplyDeleteTerima kasih ST...inshaAllah, doakan Yani kuat semangat dan tak berhenti berusaha sembuhkan penyakit ini...amin.
DeleteSemoga Allah melindungi awak yani.
ReplyDeleteSemoga awak titipkan ketabahan dalam diri awak.
Semoga suatu hari nati awak punya zuriat yg sempurna.
Tabahkan hati.
Insyaallah xlama lagi ada sinar bahagia tuk yani.
Amin.
Allah ada bersama-sama dengan kita
Amin ya rabbal alamin....terima kasih Eilah....betul, Allah SWT sentiasa ada bersama-sama kita, selagi kita tak lari jauh dariNya...
DeleteSaya faham apa yang awak rasa.. sebab saya pun macam tu..2nd laparoscopy saya lalui dengan hati yang gembira sebab nak proceed iui atau ivf sebab doktor ckp nak tingkatkan peluang hamil. Tapi lepas laps doktor dignosis saya endo stage 4 n frozen pelvis.. tak boleh buat ivf takut usus bocor.. dan mujur boleh iui sebab tiub x tersumbat.. menangis lepas tau.. sedih sangat bila yang kita harapkan tak seperti apa yang kita harap.. tapi mujur ada suami yang memahami..semoga awak kuat, semoga kita sama-sama kuat
ReplyDeleteMacam-macam dugaan dalam hidup kita kan, Muzai?
DeleteAllahuakhbar...besar dugaan betul bila didiagnosis endo stage 4 dan frozen pelvis...
Yani bila menangis masa bercerita dengan suami, dia cakap "kita berusaha sama-sama, kalau takdir kita bela anak angkat...dia tak kisah"....
Tapi dalam hati kita sebagai isteri, semestinya nak berikan zuriat padanya dari rahim sendiri...
Muzai...semoga Allah SWT kuatkan kita semua yang berusaha sepanjang perjalanan TTC ni...ini bukan hukuman dariNya, tapi tanda kasih sayangnya pada kita semua...kita terpilih.
Saya faham perasaan sis sebab sy pun sakit sama mcm sis.. Tapi sis lg lama.. Tahun 2011.. Sy tahun 2013 n time tu belum sampai setahun lg perkahwinan.. Sedih mmg tak terkata tp akhirnya sy redha.. Allah sahaja yg tahu perasaan kita kan sis.. 8 Dec ni sy buat hysterecopy n ddnc buat kali ketiga pula.. :-)
ReplyDeleteSyuhadah....saya tahun 2011 mulakan rawatan kesuburan di GH Melaka, tahun ni (2014) lepas buat laps baru tahu ada endometrial hyperplasia. Syuhadah punya tahap endo hyperplasia yang mana satu?
DeleteMinta maaf bertanya, hysterecopy bermaksud operation buang rahim ke?
Eh..silap...hysterecopy tu lebih kurang mcm laps, hysterectomy tu yang buang rahim.....sorry, terkeliru jap sebab ejaan lebih kurang sama...
DeleteXde tahap lg.. Doc xbgthu pun tahap2 tu.. Kira tahap 1 lah kot.. Hehehe..
DeleteHysterecopy tu masuk dr vagina n pastu amik sample.. Pas setel cuci.. Tu hysterecopy n ddnc.. Bius dari pinggang sampai bawah..
Owh..kalau prosedur yg macam tu, saya dh lalui awal bulan 5 tempohari. Dari prosedur ni la saya di diagnosiskan dengan endometrial hyperplasia without atypia (stage 1)....harap2 hasil prosedur awak nanti mendapat keputusan yg baik....amin!
DeleteTq.. Amin3.. Harap2 without atypia.. First diagnosis sy with atypia,second no atypia n harap yg ke3 no atypia.. Apa2 pun kita jgn stress kan.. (^_^)
DeleteBetul tu....jgn stress sebab bila stress badan akan respons ke arah tak baik. Makan ubat hormon ni pun doktor pantau selalu sbb ada banyak kemungkinan..sama ada makin baik atau makin teruk tahap endo hyperplasia, semua bergantung pada tindakbalas badan pada ubat.
DeleteSalam perkenalan yani...yani insan terpilih....semoga terus tabah menghadapi dugaan...Allah takkan uji seseorang tu melainkan beliau mampu menghadapinya....semoga terus berusaha dan ada sinar untukmu..
ReplyDeleteSalam perkenalan juga buat FD, terima kasih atas kata-kata semangat.....semoga Allah makbulkan segala doa kita semua, amin!
DeleteAskum kak...sya selalu bca blong akak...moga akak tabah yek...boleh akak wasup sya....boleh kite cite pnjg
ReplyDeleteWslm dan salam perkenalan buat Siti Zarah. Awak pun ada masalah kesihatan yang sama ke? Kalau boleh, emelkan no contact awak pd emel saya, nanti saya hubungi via whatsapp.....ye?
Deleteanida_yin[@]yahoo.com
Assalamualaikum..tak sangaka saya jumpa orang yg punya masalah kesihatan yg sama mcm saya..mcm mana progress sis sekarang?saya dari satu stage lompat ke stage yg lain..sekarang dah pun stage akhir..complex hyperplasia with architectural atypia..tapi beberapa bulan lepas doktor maklumkan saya dah masuk early cancer..dan dah buat mri..dah 2 kali ke hospital tapi masih belum dapat keputusannya..saya doakan kita sama2 cepat sembuh..salam perkenalan dari saya..
ReplyDeleteFarrah Aznie,
DeleteHonestly saya dah hampir 1 tahun berhenti dari rawatan di GH Melaka dan fokus kepada rawatan kesuburan di klinik swasta luar Melaka. Saya dah tak fokus pada merawat endometrial hyperplasia saya ini dan tak tahu apa perkembangan tahap endometrial hyperplasia saya sekarang ini.
Salam takziah saya atas masalah yang Farrah hadapi, semoga ada perkembangan baik selepas MRI. Saya juga berdoa agar kita semua yang senasib diberikan peluang kesihatan yang lebih baik olehNya..amin ya rabbal alamin.
assalamualaikum sis..mcm mn pkembangan sis skrg?
ReplyDeletePerkembangan? Saya dah lama tak followup tentang rawatan untuk endometrial hyperplasia di GH Melaka.
Delete
ReplyDeleteAssalamualaikum sis...skrg sis mcm mne? Ape pkmbgan sis selepas beberapa tahun ni? Sbb sy bru hbis mkn prevera utk 6 bulan..
Perkembangan? Saya dah lama tak followup tentang rawatan untuk endometrial hyperplasia di GH Melaka. Skrg sedang menjaga anak kandung berusia setahun sebulan.
DeleteSalam sis, mcm mana dgn rwtn sis tu? Dah ok ke skrg?
ReplyDeleteWslm, maaf. Saya dah lama tak teruskan rawatan sejak tahun 2015. Tiada rawatan lanjutan di hospital dan tak makan apa-apa ubat dari hospital.
DeleteDah bebas hyperplasia ya? Dah xde bleeding?
ReplyDeleteSaya dah tak buat followup utk endometrial hyperplasia saya sejak 2015 sebab saya just nak tumpukan pada kesihatan diri. Mengandung pada 2017, bersalin pd 2018. dari tahun 2018 selepas bersalin sehingga kini sedang amalkan perancang keluarga (depo provera), jadi mmg period stop (dinding rahim tak menebal). Jadi saya tak fikirkan pasal endometrial hyperplasia ni. Maaf ye.
Deletesaya makan provera dos paling tinggi katanya. 20 biji sehari (4 pgi , 4 tengahar 6 biji malam). tp aritu scan katanya rahim tetap jugak tebal. Bila makan provera naik misai pulak tu. Sedih betul rasa .
ReplyDeletesalam maaf bertanya so conclusion of treatmen puan apa just cont provera high doses berapa lama? atau ada rawatan lain juga ker ...tq 🥰
ReplyDeleteSalam.. Saya juga mengalami masalah yang sama dengan pn.. Saya doakan juga kita sama2 sihat dan bebas dari penyakit ini.. Saya memahami perasaan pn.. Dan saya juga sering mencari kawan2 yang mengalami mssalah yg sama agar dapat berkongsi maklumat untuk menagatasi masalah ini..
ReplyDeletesemoga kita sama-sama diberikan kesembuhan daripada penyakit ini. amin ya rabbal alamin.
Delete