6 November 2014.
Malam tadi lepas pergi survey harga chia seed kat Cosway area tempat tinggal aku ni, kami suami isteri singgah sekejap di pasar malam. Saja cuci-cuci mata tengok apa yang masih ada di pasar malam, memandangkan dah pukul 8.30 malam, memang tak harap masih banyak peniaga yang masih berniaga. Lagipun kami suami isteri dah dinner dengan shake Herbalife.
Lalu depan kedai makcik yang jual bawang goreng terus je ajak suami beli sebab teringin nak makan. Dah lama sangat kot tak ada stok bawang goreng kat rumah. Hurm...arwah mak cukup suka bawang goreng makcik ni. Dulu masa arwah mak baru-baru lepas pembedahan potong kaki akibat gangrane kencing manis, arwah mak memang tak berselera nak makan. Lama juga kami adik beradik try-and-error nak kembalikan selera makan arwah mak. Salah satunya adalah bawang goreng. Arwah mak selalu pesan aku untuk belikan stok bawang goreng kalau ke pasar malam. Mak suka makan bawang goreng begitu sahaja dengan nasi putih panas-panas.
Selain itu, mak suka makan mee goreng basah yang aku masak. Ingat lagi dulu, setiap waktu (pagi, petang dan malam) mak nak makan mee goreng. Kat dalam peti ais, bahan-bahan nak masak mee goreng mesti ada dan lengkap.
P/s: Dah lama tak buat mee goreng basah ni.
sedap nyerrr..
ReplyDeleteHuhuhu...lunch tadi dok perabih bawang goreng dengan suami. Tak boleh stop munching...abis laaa.. hahahah
DeleteSedap..nampak fresh je bawang gorengnya..
ReplyDeleteYeee.....dh habis sebekas kami suami isteri dok ratah tak sampai sehari beli....jumaat esok nak gi cari lagi makcik ni...
Deletemisti sedap mee goreng Yani ni kan ..tu pasal arwah mak Yani suke :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...kalau mampu buat arwah mak berselera makan, itu dah cukup buat Yani syukur...
Deleteooo udang! selalunya mee goreng kak jamie buat hanya telur, fishcakes dan sayur. mlm ti goreng mee gak lah... heee
ReplyDeleteDah jadi kebiasaan mee goreng kat rumah Yani letak udang/sotong/daging/ayam. Kami adik beradik memang kurang sentuh fishcake/fishball sejak isu halal/tak halal....rasa was-was so tinggal terus.
DeleteYani pun teringin nak masak mee goreng lagi...tunggu right timing je.
erkkkk yeke... alamak. thx bg peringatan tau. nnt kita kurangkan pakai fishcake.
Deletehaah ayam will be a better choice! :)
Yup...kalau boleh elakkan makan fishcake dan fishball, better elakkan la...
Delete