02 October 2014

Susu Segar Zaman Kecik-Kecik Dulu

2 Oktober 2014.

Dah lama tak minum air susu segar ni.
Last minum masa zaman sekolah dulu kot? Ntah dah tak ingat dah. Rasa dulu ada van datang jual kat sekolah, siap ada kertas kecil untuk tulis order, suh tunjuk kat mak bapak dan sediakan duit sekali.
Jumaat minggu lepas staf satu pejabat ada promote air susu segar keluaran Jabatan Veterinar ni. Aku ingatkan susu segar amendenyer. Lepas dia whatsapp gambar susu segar ni, baru aku boleh recall susu segar zaman sekolah ni. Laju-laju booking 4 botol susu segar ni untuk kami suami isteri.

Encik suami suka sangat perisa coklat ni. Dia kata sama rasa macam susu lembu kat ladang lembu di Kundasang tu. Tekak dia. Tekak aku rasa yang kat Kundasang tu lagi sedap. Eh...tetiba rindu plak suasana sejuk dan nyaman di Kundasang. Bilalah ada rezeki nak jejak kaki ke Sabah lagi ni?

Aku paling suka susu segar perisa jagung dan strawberry ni. Melekat rasa dan bau dia kat tekak. Mmmm.....tapi aku takde la habiskan sebotol sekali teguk. Minum sikit-sikit. Kejap-kejap bukak peti ais rasa seteguk. Terasa macam budak kecil curi-curi minum susu dari peti ais. Hahaha.... Sebotol susu segar perisa jagung tu makan 3 hari baru habis. Tu pun sebab aku takut lepas buka penutup, susu nanti jadi basi. Kalau boleh simpan lama, dah lama aku simpan buat stok.

 

3 comments:

  1. sedap kan. akk pun suka yg jagung tu. tp susah jumpa. tu hari je jumpa kat pasar Tani Danau Kota

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kak...memang perisa favourite tu. Ni Yani tanya member yang jualkan aritu, dia kata tgh check sama ada stok ada ke tak.

      Delete
  2. Salam, kalau nak rasa yg lagi sedap dari susu segar kundangsang boleh hubungi saya... Baka tenakan kami sama dengan ternakan kundangsang... Baka ternakan jersey dari australia :D

    [ hp ] 019 620 0854
    [ office ] 03 4106 0575
    [ fax ] 03 4106 0676
    [ email ] nsdairyfarm@gmail.com
    [ website ] www.nsdairyfarm.com

    Like us on Facebook :
    NS DAIRY FARM

    Like us on instagram :
    Juasseh Agro Park

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)