27 Oktober 2014.
Last mengemas laman rumah arwah mak tempohari adalah pada bulan Ogos dan Jun lepas. Makin hari makin naik semak, tambah pula boleh dikatakan hujung tahun ni kerap hujan setiap hari. Makin cepatlah semak naik di sekeliling rumah.
Dua hari hujung minggu semalam, tak ada rancangan nak keluar kemana-mana. Memang nak fokus mengemas semak kat luar rumah. Dari pukul 8.00 pagi sampai ke 7.00 malam dok mengemas dengan suami di luar. Masuk dalam rumah pun dekat-dekat pukul 12.00 tengahari untuk masak lauk tengahari. Lepas makan, solat Zuhur dan rehatkan badan sekejap, terus keluar balik mengemas sampai Maghrib.
Lenguh badan jangan cakap la, dua hari duduk membongkok dan mencangkung, memang mengaduh sakit jer terutama di bahagian peha dan kelengkang. Tapi yang bestnya, buat kerja berpeluh menitik-nitik dan badan rasa ringan.
Pokok daun kunyit dan cili padi hasil tanaman arwah mak dan arwah bibik di laman sebelah kiri rumah dah naik tinggi. Sebelum ni duduk bawah jaring hitam, aku jarang selak-selak. Ingatkan nak buang je terus tapak semaian tu sebab tak berjaga, tapi bila dah alihkan jaring hitam, baru perasan ada pokok daun kunyit dan pokok cili kat situ.
Sayang pula nak cabut dan buang, jadi aku minta suami kepungkan pokok-pokok tu dengan jaring dawai, bagi mengelakkan anak-anak kucing kami siat-siatkan daun atau langgar pokok-pokok tu. Lepas ni kena selalu-selalu masak lauk-pauk yang ada pakai daun kunyit dan cili padi la, baru betul-betul fully-utilize pokok-pokok tu. Hehehe....
Peneman setia kami kat luar rumah; Atot dan Tam. Agaknya diorunk jarang tengok kami duduk lama kat luar rumah, jadi bila tengok kami duk kehulu kehilir mengemas semak, masing-masing duduk dekat nak tengok apa kami buat. Jadi mandur pun iye gak. Hahaha.... bila kami kumpulkan rumput dan lalang kat satu tempat, masing-masing sibuk nak duduk berbaring atas tu.
7 ekor kucing kat luar rumah, 6 ekor kucing di dalam rumah. Yang kat luar rumah tu, ada je perangai masing-masing. Ada yang suka dok celah-celah pokok bunga, ada yang suka tidur kat rak kasut dan kerusi depan pintu masuk, ada juga yang suka lepak bawah kereta.
Yang kat dalam rumah, asal lepaskan luar dari sangkar dan buka pintu dapur, suka sangat meluru masuk dan explore semua ruang dapur sampai ke ruang tamu. Kadang menjerit-jerit sebab takut terpijak, dah la suka duduk bawah kaki masa kita sibuk memasak. Buah hati masing-masing tu....
Tengahari semalam, wakil khairat kematian taman ada datang singgah rumah. Memang dah beberapa bulan cari peluang nak berjumpa pakcik ni nak tanya pasal isu sambung bayaran khairat kematian arwah mak. Mak dulu memang ada masuk pakatan khairat kematian kat taman ni dan di kampung. Masa arwah mak meninggal, pakcik ni ada serahkan RM1500 untuk bahagian mak. Kat kampung pun ada serahkan RM500 duit khairat kematian bahagian mak. Memang banyak membantu semasa menguruskan urusan kematian dan majlis tahlil.
Jadinya, kali ni aku pula menyambung khairat kematian mak. Rupanya khairat ni cover sekali semua isi rumah, means kalau kat rumah tinggal berdua suami isteri, dua-dua akan dapat duit khairat tu jika meninggal nanti. Kalau ada keluarga mertua tinggal bersama, mereka pun layak dapat kemudahan khairat tu. Baru aku tahu....
salam isnin dear...
ReplyDeletesalam Isnin juga FWW.... :)
Deletei baru bawak balik pokok kunyit, my MIL bagi anak pokok... so far dok dalam pasu lagi...tapi kalo dalam pasu, x besar la tumbuhnya kan?
ReplyDeleteYani pun rasa macam tu jugak, based pada pokok yang arwah mak pernah tanam dalam pasu dan atas tanah. Yang dalam pasu mcm tumbesaran terbantut je, yg atas tanah tu kemain hidup lebat. Tanah baja pun main peranan jugak.
Deletedaun kunyit tu kan..balut ikan kalau nak buat ikan bakar.. mmg best.. buh dalam magic pan buleh guna daun kunyit tu.. mmg berguna.. kalau cili padi tu..utk akak mmg berguna amat lah sbb akak ni suka pedas. huhu.
ReplyDeleteOh..rumah akak pun ada buat khairat n kami dah join.. berapa tah setahun kena bayar.. lupa dah.. tp oke lah kan, at least macam ada 'tabung' utk kita kan...
Owh..betul2, dah lama x buat ikan bakar ni kat rumah. Asyik masak asam pedas dan goreng sambal je...sekali sekala boleh gak ubah selera. Yani dah dok teringat nak pakai daun kunyit dan cili padi untuk rendang je....kui kui kui...
DeletePasal khairat tu, tgk cara pakcik tu kutip, setiap kali ada kematian kat taman perumahan, dia akan datang kutip kat rumah kita. Yuran keahlian arwah mak dah bayar, so Yani takde kena apa-apa bayar. Duit khairat ni pun bagus, time kita sibuk menguruskan hal kematian, manalah sempat nak berkejar ke atm/bank nak withdraw duit. Ni siap-siap AJK datang hulurkan duit, kita tinggal terima je duit dan resit.