24 Oktober 2014.
Empat bahan bacaan wajib setiap bulan.
Makanan minda untuk kekal positif dalam proses berdiet sihat setiap hari. Dua bacaan berbahasa Melayu dan dua bacaan berbahasa Inggeris. Pada aku, majalah-majalah berciri info kesihatan di Malaysia ini masih dalam lingkungan harga berpatutan. Harga senaskhah majalah iSIHAT (RM5.50), RAPI (RM4.00), SHAPE (RM5.60) dan UrbanHealth (RM4.50).
Buku-buku ini wajib ada dalam kereta aku, lunyai keluar masuk dalam kereta dan dalam rumah. Rutin harian aku masa drive ke tempat kerja, asal berhenti di lampu isyarat je, memang aku fokus baca buku-buku yang ada di tempat duduk sebelah pemandu. Tak ada masa mata nak melilau keluar tengok orang sekeliling, kurang sikit dosa mata pepagi kan? :)
Ada isu khas diselitkan dalam majalah UrbanHealth keluaran Oktober 2014 iaitu The Heart : Live Great From The Heart. Pendapat peribadi aku, majalah ni sangat berinformasi dan wajar diletakkan di ruang menunggu setiap klinik pakar hospital untuk bacaan sementara menunggu giliran berjumpa doktor. Kalau tak silap aku, majalah UrbanHealth ni mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perlu lebih alasan utuk bersenam ke? Kita-kita yang ada PCOS ni memang akrab dengan simptom insulin resistance, jadi bersenam adalah cara terbaik untuk fight back semua simptom-simptom PCOS.
Topik menarik dalam majalah iSIHAT Oktober 2014 iaitu Kunci Rahsia Tingkatkan Kesuburan, yang mana berkait rapat dengan berat badan dan senaman. Inilah punca utama aku beria-ria bersenam bila-bila masa terluang, bukan saje-saje nak bersenam....ada tujuan ye! Mungkin ada hikmahnya Allah SWT lewatkan beri rezeki zuriat, sebab Allah SWT nak kami suami isteri jaga kesihatan kami berdua dahulu.
Kot lah ada yang berbulu dan muak tengok asal hari minggu je aku up status dan gambar bersenam powerwalk la, berbriskwalking la, berjogging la dengan suami di FB, tak ada paksaan...dipersilakan unfriend, block aku atau hidekan je status aku tu. Huhuhu....
Mula kenal/baca Shape start 2012 la. Praktikal dulu kena suruh susun-susun majalah gak, sambil susun sambil curi-curi baca. Best pula. Sampai sekarang wajib beli tiap bulan tapi sayangnya sampai Keningau end of month, bulan 11 punya mungkin pertengahan bulan 11 baru sampai. Huhu... A'ah, UrbanHealth memang majalah wajib ada kat certain hospital/pusat perubatan, klinik tak tau la ada ke tak. Kalau ada kat Keningau ni kak dah lama saya beli juga. Hermmm... Takpe la, rujuk internet atau guna bahan bacaan apa yg ada je la kan. Hihihi...
ReplyDeleteLeah...akak pulak kenal majalah SHAPE dari blog Leah, terus lekat sampai sekarang! Sekarang tak semua majalah SHAPE akak beli (kadang budget tight jugak! Huhuhu...) tapi akak ada cara nak dapat majalah ni secara percuma (jeng jeng jeng!) Nanti akak ajar Leah....yg best nyer, banyak majalah kesihatan kat luar negara pun kita boleh baca.
DeleteRasanya UrbanHealth dan SHAPE leh langgan terus, murah pun murah dan kita tak payah nak terkejar2 cari di kedai buku. Kalau langgan, tunggu kat rumah je la, dia hantar siap-siap.
tak berbulu pn tau! lagi menghargai ada sebab best share-share benda benda kesihatan ni. and dari blog ni jugaklah saya tahu powerwalk tu apa (and kadang-kadang buat power walk jugak kat rumah). teruskan share pasal kesihatan! i'm loving it. :)
ReplyDeleteHahaha...thanks Zura!
DeleteYani bukan apa, kita manalah tahu hati budi orang lain kan (even kawan sendiri, sedara mara sendiri atau kawan-kawan FB). Depa dok syok share gambar makanan, tempat2 makan menarik hari minggu...kita plak pergi spoil their mood pepagi sebab upkan gambar tgh berjogging, powerwalk atau berzumba...kih kih kih!
InshaAllah, Yani nak sihat dengan kawan-kawan, sebab tu share apa yang Yani belajar sepanjang proses ni...tak mo kedekut ilmu, Allah marah...kan?
Best la share pasal kesihatan nih.. share je.. orang lain tak suka tu.. lantak kan dia. CUmanya akak ni tak se-istiqamah Yani yg rajin bersenam. Huhu.
ReplyDeleteHati orang kak..manalah kita tahu. Kot mengutuk belakang-belakang kita.
DeleteRajin bersenam ni pun bermusim gak. Hehe....tapi seriously, once dah hari-hari bersenam, bila kita off sehari dua...badan rasa tak best, macam missing 'something'.