28 October 2014

E-Book Dan FB Page Info Kesihatan Luar Negara

28 Oktober 2014.

Selain daripada buku-buku berkonsep info kesihatan dalam negara, aku pun suka cari dan baca buku-buku berkonsep yang sama dari luar negara. Memang banyak; antara larat atau tidak je baca! Hehe...

Antara koleksi buku-buku berbentuk e-book yang boleh diperolehi adalah seperti; Essentials, Best Health, Oxygen, Prevention, Clean Eating, NaturalHealth, Running Fitness, Woman's Fitness, Runners, Shape (USA, Singapore, Malaysia, Australia), Woman Home, Women's Health & Fitness, WellBeing, Woman&Home - Feel Good You, Women's Health dan banyak lagi.

Bahan-bahan bacaan ni kena pandai cari, thanks lot pada suami sebab dia kaki mendownload, jadi banyak sumber-sumber laman web yang boleh download e-book secara percuma yang dia kongsikan pada isteri dia ni....muah!



Kalau nak tahu, aku pernah jumpa buku Prevention di kedai buku kat sini, bukunya bersaiz lebih kurang macam Reader Digest je, harga senaskhah RM15. Agak mahal pada aku, pada korunk aku tak tahu la. Jadi alternatifnya aku download dari laman web. Begitu juga dengan majalah SHAPE, ada juga laman web yang boleh download e-book majalah ini, yang paling best bukan setakat SHAPE Malaysia, luar negara pun boleh baca.   ;) 

Kelebihannya, boleh disimpan dan diletakkan dalam hp atau tablet. Lepas tu, bila ada kelapangan atau sementara menunggu giliran kat klinik, aku memang habiskan masa membaca koleksi semua e-book ini.


Selain itu, boleh juga Like page majalah-majalah kat atas ni untuk dapatkan pelbagai tips berguna semudah dihujung jari kita semua. Antaranya; Clean Eating Magazine, SHAPE Magazine, Women's Health, Prevention Magazine, Women's Fitness Australia dan lain-lain lagi.



Ada juga laman page yang bukan berbentuk majalah tapi sangat berinformasi seperti Eat Clean. Train Mean. Live Green, MindBodyGreen dan banyak lagi. Page-page ni kan kebanyakan dari luar negara, jadi news feed FB aku akan masuk banyak info menjelang tengah malam (perbezaan waktu kita dan mereka).


Setakat ini sahaja perkongsian dari aku, inshaAllah kalau korunk pun ada cara untuk baca buku-buku e-book, meh la kongsikan kat sini.

2 comments:

  1. Bagus kan.. akak tak pernah nak donlod e-book tu sbb tahu harus terbiar sepi kang dalam phone.. tp nanti akak nak like gak lah page2 magazine kesihatan tu.. best..best.. thnk u :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama KekDa!
      Yani ni jenis kalau dah ada e-book, malas nak bawak hardcopy majalah kemana-mana. Kot la lama naw dalam toilet, eh....memang baca e-book la....hahaha~
      Macam page2 magazine dlm FB tu best sebab each article bukan 100% pembaca setuju, siap argue dengan info masing-masing (especially dari health practicers), jadi ada ruang perbincangan dan kita pun boleh dapat ilmu tambahan.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)