18 October 2014

Bawak Bekal Lauk Berdating Setiap Hari


18 Oktober 2014.

Jenguk dalam peti sejuk, dah kosong dah sejak beberapa minggu. Kosong bermaksud tak ada bahan mentah nak masak. Sayur yilek, daging dan ayam yilek. Yang ada ikan selar dah siap kemas je.

Pagi-pagi tadi ajak suami ke pasar sekejap. Beli lauk untuk seminggu. Ada daging batang pinang, sotong dan ikan selar. Sayur ada empat, lima jenis. Beli juga lima biji telur itik, selera suami kena ambik kira juga. Bawang kentang dan ikan bilis siap kopek pun ada beli juga.

Nak sambung balik aktiviti bawa satu, dua lauk ke pejabat untuk bekal makan tengahari berdua dengan suami. Nanti pergi food court, beli nasi putih je. Sebelum rehat tengahari, panaskan balik lauk sekejap dalam microwave kat pantry. 

P/s: Ni bukan gara-gara nak ikut kempen bawa bekal dari rumah macam sorang menteri tu suruh, ni projek memikat selera suami dengan masakan isteri. Biar selalu terkenang dan disebut-sebut di bibir suami. 

Malam tadi suami bisik, masa drive balik kerja, tiba-tiba rindu nasi goreng cili padi isteri selalu buat......zasss...malam tadi juga siap, bahan serba kekurangan, tapi suami senyum kekenyangan lepas makan. Suami puas hati, isteri pun dapat 'hadiah'.....opss!

6 comments:

  1. memang bawak bekal setiap hari pun ... hu hu hu.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sendiri lebih afdal, lagi2 untuk kenyangkan perut suami. ;)

      Delete
  2. Dpt hadiahh tu bestt hahahahaha #opps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu....best sebab lebih dari biasa, tersenyum lebar je .....oppss!

      Delete
  3. nak bawak bekal ni kena rajin dah gigih..
    mmg best kalau bawak bekal sbb jemu aih nak makan kat kafe ofis kan..
    tapi tu lah.. tak rajin nak mangkit awai.. pemalas amat.. acena???

    ReplyDelete
    Replies
    1. KekDa, Yani masak malam sebelum tidur. Sejukkan sekejap lepas tu terus masuk dalam tupperware. Takdenyer Yani rajin nak masak pepagi....ai is malas jugak. Tak suka masak pagi sebab nanti bau lekat kat badan.... ;)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)