Memandangkan bulan Ogos ni dah kembali kepada WB3 (8.30 pagi - 5.30 petang), aktiviti memasak juadah berbuka puasa sunat Syawal agak singkat dan terkejar-kejar. Sampai rumah memang tepat-tepat pukul 6.00 petang. Menu pun buat yang simple-simple je. 4 hari masak di rumah, baki 2 hari makan di luar dan menghadiri rumah terbuka kawan sepejabat.
Menu Hari Pertama (11 Ogos 2014)
- Masak lauk masak lemak / gulai telur itik pucuk ubi. Geram tengok pucuk ubi dok merimbun kat depan pagar rumah dan dalam laman rumah mak. Berselera sungguh suami masak telur itik dan pucuk ubi.
- Panaskan balik lauk asam pedas ikan pari dan bendi yang masak hari Ahad.
- Side menu : Kurma
Menu Hari Kedua (12 Ogos 2014)
- Masak lauk fillet ayam + bendi bercili, ikut resepi Kak Rose SeriPayaKu. Simple tapi suami makan berselera, sampai celet-celet kesan cili kat mangkuk. Huhu! Tambah cendawan goreng berempah.
- Kebetulan sebelah petang ada mesyuarat, aku bungkus bawa balik cucur udang yang disediakan oleh urusetia.
Menu Hari Ketiga (13 Ogos 2014)
- Off dari aktiviti memasak hari ni. Makan luar dengan suami di Burgerbyte, MITC Melaka.
- Masing-masing pilih Set Naked Burger : Combo Beef Chicken, kongsi nasi burgerbyte (mana boleh sehari tak jumpa nasi kan?), kongsi air jus tembikai laici dan air mineral. Semua sekali RM55.40. Siap cakap dengan tukang ambil order, minta hantarkan dekat-dekat waktu azan ye, kami nak berbuka puasa.

Menu Hari Keempat (14 Ogos 2014)
- Masak lauk sambal tumis telur rebus, sayur tumis campur dan bendi celur berlada.
- Bawa balik kuih muih dari mesyuarat di pejabat.
Menu Hari Kelima (18 Ogos 2014)
- Bawa balik kuih muih dari mesyuarat di pejabat.
Menu Hari Kelima (18 Ogos 2014)
- Masak lauk gulai lemak cili padi daging & kentang dan sambal goreng ikan bilis tempe.
- Bawa balik bubur pulut hitam yang kawan bawa ke pejabat.
- Side menu : Kurma
Menu Hari Keenam / Terakhir (21 Ogos 2014)
- Bawa balik bubur pulut hitam yang kawan bawa ke pejabat.
- Side menu : Kurma
Menu Hari Keenam / Terakhir (21 Ogos 2014)
- Menghadiri 2 rumah terbuka staf di pejabat; Ain dan Amir.
- Alhamdulillah, penutup puasa sunat 6 dijamukan dengan ketupat, rendang ayam, mee basah, nasi lemak ayam dan tauhu sumbat kuah kacang yang sangat sedap. Berkonvoi 5-6 kereta, memang meriah la beraya sampai pukul 11.00 malam.

Alhamdulillah, tahun 2014 ini diberi peluang dan kesempatan untuk menunaikan puasa sunat 6 Syawal. Tahun ni puasa penuh. :) Penangan Provera....Tahun lepas hanya sempat selesaikan puasa ganti sahaja semasa bulan Syawal. InshaAllah, dah boleh mulakan puasa sunat Isnin & Khamis, nak biasakan diri buat puasa sunat.
wah nampak sungguh2 menyelerakan...
ReplyDeleteAsalkan suami makan berselera, dah cukup puas hati memasak walaupun terkejar-kejar dan menu simple... :)
Deletewahh rajinnya masak. cikji kemain masa tmpt keje memacam menu lam kepala utk berbuka. lastly sampai umah, berbuka je dgn apa yg ada kekeke
ReplyDeleteCikJi, aura memasak sepanjang bulan Ramadhan aritu masih berbaki tu yang gagahkan juga memasak sebab duduk berdua je. Sekali dua berbuka di kedai, terasa juga la 'mahal'nya duit yg keluar, rasa kenyang sama je mcm masak sendiri. Kena plak suami jenis tak cerewet, asalkan kena dengan tekak dan selera dia....haaa....licin lauk dan bertambah nasi dia dibuatnya.
Delete