23 August 2014

Gim Semulajadi Kami


23 Ogos 2014.

Bulan Syawal ni, setiap hujung minggu tu, kalau tak de apa-apa urusan penting nak keluar ke bandar, memang kerja kami suami isteri adalah ke pasar dan mengemas sekitar rumah arwah mak je. Nak-nak nak hujung tahun ni, boleh dikatakan setiap hari hujan, jadi rumput, semak dan lalang naik dengan jayanya.

Walaupun dah kurang aktiviti beriadah secara brisk-walking atau jogging, inilah gim semulajadi kami suami isteri setiap hujung minggu. Pukul 8.00 lebih dah keluar mengemas sekitar rumah, masuk balik rumah dekat-dekat 12 tengahari, menitik-nitik peluh.

Ahad minggu lepas, minta tolong suami tebas daun pokok lengkuas yang dah menjalar masuk rumah jiran. Segan plak walaupun jiran takde tegur ke apa, tapi kita tengok sendiri pun kita rimas daun tu merimbun masuk bawah atap rumah jiran tu. Tebas daun tapi tak sempat nak masukkan dalam plastik sampah hitam. Minggu ni baru selesaikan potong kecil-kecil daun lengkuas tu masuk plastik hitam.


Belakang rumah arwah mak memang dah bersimen, tapi masih ada semak tumbuh menjalar. Tiap kali selak kain langsir kat dapur, memang berbulu je mata tengok semak-semak tu. Sama-sama naik atas simen batu dengan suami, bahagi dua bahagian pagar tu, sorunk sebelah kiri, sorunk sebelah kanan cabut semak yang menjalar naik pagar jiran rumah atas. Yang atas ni part suami kena bersihkan.


Yang ni part aku bersihkan. Dekat pukul 10 lebih, matahari dah mula naik tegak atas kepala. Berpinau mata duduk bawah panas, gayat pun ade naik tebing tinggi. Belakang stor luar rumah arwah mak pun semak dan lalang dah naik tinggi, terpaksa panjat baik-baik untuk capai dan tarik semua semak tu.


Kemas dua kawasan je, tapi 3 beg plastik sampah besar hitam penuh dengan semak lalang. Sampah macam ni, lori sampah memang tak ambik. Kita kena angkut sendiri dengan kereta kita, bawa ke tong sampah besar tepi jalan utama untuk buang. Esok (Ahad), pagi-pagi memang kerja aku dan suami angkut dalam kereta untuk buang. Nak bakar boleh tapi mencemarkan alam plak, lagipun bau asap sampah nanti melekat kat baju-baju kat ampaian jiran.
 

Lepas berkemas kat luar, sempat tuai hasil pucuk ubi yang tanam kat tepi dapur rumah. Masak lauk gulai telur itik pucuk ubi untuk makan tengahari. Pokok ubi kat luar pagar rumah, minggu lepas suami dah cabut habis sebab dah tumbuh bengkok ke arah jalan raya, takut ganggu orang lalu lalang. Dapat la beberapa ruas ubi kayu besar-besar lengan, ade simpan kat dapur. Tengah fikir nak buat apa dengan ubi kayu tu.


Masa berkemas kat luar rumah, mak kucing yang tengah sarat bunting ni dok temankan aku. Tak lama lagi beranak la dia ni. Bertambah-tambah anak-anak kucing kat rumah. Mak kucing ni dah dekat 4-5 kali beranak kat rumah arwah mak. Masih laku lagi ni kat sekitar taman perumahan, asal balik je mesti perut dah buncit...hahaha...jeles ai! Masa dok usap-usap perut dia, aku cakap dengan dia...nanti beranak jangan jauh-jauh tau, biar beranak kat rumah ni, kami suami isteri nak jaga.

P/s: Kalau dok berkemas hari Sabtu dan Ahad, hari Isnin confirm sengal-sengal kelengkang dan lenguh pinggang. Lama plak tu nak hilang rasa lenguh tu.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)