21 August 2014

23 Syawal 1435 : Makan-makan Aidilfitri

21 Ogos 2014.

Hari yang pergi temujanji dengan klinik O&G, GH Melaka tu, aku memang ambil cuti rehat. Alang-alang dah cuti, aku jemput kawan-kawan satu pejabat datang beraya di rumah pada sebelah malam. Diselitkan sekali dengan sesi sambut birthday staf-staf unit aku.

Selesai urusan di GH Melaka, aku terus pergi makan tengahari dengan suami di Mydin MITC. Lepas tu terus balik rumah nak mula memasak. Antara yang aku buat/masak sendiri; sedulang cheesekut, ketupat segera rebus, rendang ayam dan rendang daging. Yang lain macam lemang, satay, buah mata kucing, cempedak goreng, kuah kacang, kek birthday dan fruit tart aku outsource je (beli cash and carry dan tempah khas )....hehehe. Alhamdulillah, berbekalkan buku resepi tulisan arwah mak, menjadi juga rendang daging dan rendang ayam. 

Dalam pukul 9.00 malam, kawan-kawan sepejabat sampai, rupanya diorunk berkonvoi empat kereta, berkumpul dari pejabat baru gerak ke rumah aku. Sampai-sampai tu memang terus suruh diorunk makan, dah lapar sangat gamaknya tuan rumah, hahaha!


Jemputan pun aku tak ajak ramai sampai satu pejabat, sebab 1st time buat, jadi aku takut tak terhandle sorang-sorang, lagipun suami tak ambil cuti dan balik kerja agak lewat. Alhamdulillah, puas hati tengok masing-masing berselera makan dan rancak berbual.

Masa rancak berbual kat meja makan, budak-budak opis sibuk tanya, "Akak duduk berdua je ke kat rumah? Besar sangat rumah, duduk berdua je ni."

Haaa..tau pun korunk. Sunyi ok. Aku pandang suami, suami pandang aku. Ni ada anak-anak kucing kat rumah, ada gak la kawan peneman sunyi, buat kawan gaduh berbual. Petang tu, aku sibuk kat dapur memasak rendang, anak kucing aku dok melingkar tidur dekat kaki kat alas kaki tempat masak. Menjerit-jerit aku sikit lagi nak terpijak badan dia, dia selamba je baring buat keras tak nak berganjak. Hahaha....


Lepas masing-masing dah selesai makan, beralih ke ruang tamu untuk sesi potong kek pula. Patutnya sambut untuk 3 orang, tapi seorang staf tu anak beranak demam jadi tak dapat datang. Jadinya, 2 orang staf aku je la yang potong kek. Lama juga diorunk lepak berbual sambil menonton tv, sampai pukul 11.00 malam. Sebelum balik, sempat sesi bergambar ramai-ramai. 


4 comments:

  1. Memang sunyi kan? eyza pun rasa macam tu.. kkdg kalau keluar gi mana2.. tgk orang bawak anak2 jalan.. sayu je rasa hati eyza ni.. seronok tengok orang ada anak.. tumpang gembira je la.. InsyaAllah, satu hari nanti akan ada rezeki untuk kita jugak... Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, sunyi sangat-sangat. Memanglah adik beradik ada 3 orang yang duduk sama di Melaka tapi masing-masing ada kehidupan masing-masing kan? Takkan nak dok berkepit dengan adik beradik 24 jam, dan takkan nak dok gomol anak2 buah setiap hari. InshaAllah Eyza...rezeki Allah tu inshaAllah ada untuk kita-kita ni....

      Delete
  2. Woah , meriahnya raya !!! lapar pula tengok semua makanan sedap2 yang terhidang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput jamu mata tgk gambar hidangan la ye...huhu!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)