13 Ogos 2014.
Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah!
Temujanji dengan klinik dada GH Melaka jam 9 pagi hari ni. Aku tak ambil cuti, cuma minta pelepasan keluar waktu bekerja dari bos. Tetap datang opis, thumbprint lepas tu terus pecut ke GH Melaka. Klinik dada ni terletak di blok B, bangunan lama wad GH Melaka.
Sampai di situ jam 8.30 pagi. Serahkan surat discharge note lepas keluar wad E4 (kes tibi tempohari). Tak lama lepas tu, dipanggil masuk bilik rawatan (bilik 3), ambil bacaan tekanan darah dan berat badan. Aku serahkan sekali borang ujian darah ESR yang dah siap ada keputusan dari KK Sungai Udang pada nurse.
Lepas tu keluar, menunggu nama dipanggil. Lama juga menunggu, sambil tu aku dok beristigfar. Mengharapkan ada keputusan positif, Ya Allah risaunyer hanya Allah jer yang tahu.
Dekat pukul 11 pagi baru nama dipanggil masuk bilik doktor. Doktor Cina tu baik, dia rebiu keputusan x-ray, sampel kahak dan sampel ujian darah ESR. Alhamdulillah, doktor beritahu aku bebas dari penyakit tibi. X-ray dada tak ada masalah, kahak tak ada kuman tibi dan bacaan ujian darah ESR rendah (kalau positif tibi, selalunya bacaan ESR beratus-ratus). Doktor cakap tak perlu datang buat rawatan susulan lagi lepas ni.
Keluar dari bilik doktor rasa nak meleleh airmata, tapi aku tahan.
Lega rasa hati, macam baru terlepas hukuman berat - hukuman gantung.
Apa yang penting sekarang ni; jaga kesihatan, jaga pemakanan dan bersenam selalu. Dan jangan lupa dedahkan diri dengan sinaran matahari, kuman tibi akan mudah dibunuh.
Entri Terdahulu :
alhamdulillah...lega kan yani :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah ...syukur sangat2 ST...lega tu dah memang lega sangat2 dah..
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah Zue...terima kasih!
DeleteAlhamdulillah Yani..
ReplyDeletelega kan...? Alhamdulillah..Allah sayang Yani
InshaAllah, lega sangat-sangat BnC....Yani risau sebab kalau betul positif tibi, rawatan fertiliti memang kena stop terus 6 bulan...sebab apa-apa ubat pil perancang kalau makan sekali dengan ubat tibi, akan jadi tak berkesan pada badan. Dah la sekarang ni tgh hold fertility treatment sebab doc nak fokus pada endometrial hyperplasia Yani ni dalam tempoh 4 bulan....
DeleteOo kalau macam tu sekarang bolehlah fokus untuk mengubati endo, walaupun take times, tapi mana tahu kan lepas ni lekat..banya kita dengar situasi macam tu kan lekat lepas treatmet/sedang treatment..tak apa, lebih baik dengar nasihat doktor
DeleteInshaAllah, memang berdoa dan berharap ada rezeki lepas buat laps aritu, tapi kena sabar sedikit masa lagi untuk rawat endometrial hyperplasia ni dulu....Aritu masa tanya doc pasal nak cuba buat IUI, doc tak berapa nak sokong sebab isu hyperplasia ni boleh mempengaruhi kes keguguran atau gagal IUI.
Deletealhamdulillah..alhamdulillah
ReplyDeleteSyukur Sue...terima kasih ye!
DeleteAlhamdulillah..yani take care..
ReplyDeleteInshaAllah Kak Nuriz .....terima kasih atas concern...
Deletealhamdulillah...
ReplyDeleteTerima kasih Nurul Asma'.....hilang satu keresahan hati, ni nak fokus pada treatment Endometrial Hyperplasia pulak...nak kena jumpa doc minggu depan, harap ada berita menyenangkan hati...
Deletealhamdulillah..Allah pemberi ujian dan dia juga yg mnghilangkannya...syukur...
ReplyDeleteAlhamdulillah...betul tu, Allah duga bersebab, beralasan dan ada hikmahnya...bukan tanpa tujuan. Thanks Ieda...
Deletealhamdulillah... sib baik xde apeee ;))
ReplyDeleteAlhamdulillah la Eida....risau juga masa mula2 tu...banyak benda tak boleh proceed kalau positif tibi especially bab fertility treatment.
Delete