20 August 2014

Fibroid, Cyst dan Kisah Sasaran 8 Peratus

Endometrial Hyperplasia Without Atypia
Temujanji jam 9.00 pagi, pukul 10.45 pagi baru nombor giliran dipanggil. Masuk je bilik doktor, doktor tanya serba sedikit perkembangan post-laparoscopy dan kesan makan ubat Provera. Aku maklumkan pada doktor, lepas laparoscopy aku period sekali lepas tu makan Provera dan terus tak period sampai sekarang. Doktor kata kesan ubat Provera tu bergantung pada penerimaan badan masing-masing.

Sempat juga aku bertanya, berapa saiz ketebalan rahim aku yang dikatakan hiperplasia tu? Doktor tunjuk dokumen dalam fail aku; tulis 10mm. Lepas tu aku tanya, sepatutnya berapa mm? Dia kata ini bacaan anggaran je. Perbandingannya macam biasanya saiz dinding rahim normal 5mm, tapi aku punya tebal sampai 10mm. 

Mac : 64.3kg - Jun : 64.1kg - Ogos : 64.7kg 
( Masih dalam range yang sama la kan? Turun naik tang tu juga ) :)

Kena Turunkan Lagi 8% 
Masa jumpa doktor semalam, doktor perasan ada kenaikan sedikit berat badan aku pada temujanji kali ini berbanding temujanji kali terakhir bulan Jun tempohari. Ciss! Doktor minta turunkan lagi 8% berat badan dari berat badan terkini. Maksudnya 5-6kg dari berat badan 64.7kg kepada 58 -59kg. Aku senyum je masa doktor cakap macam tu, tapi dalam hati aku bermonolog sendiri...." Doktor tahu tak saya dah turunkan hampir 20% daripada berat badan asal saya dulu, dari 80.6kg kepada 64.7kg? Sekarang suruh turunkan lagi 8%? Huhuhu....sabar jer la. Anggap je la doktor kali ini tak habis rebiu sejarah aku turunkan berat badan sepanjang buat rawatan di klinik O&G ni.

Bacaan berat badan temujanji lepas

Fibroid & Cyst
Disebabkan semalam hanya temujanji susulan sahaja dan doktor pun tak boleh nak ambil apa-apa sampel dari dinding rahim sebab baru makan ubat Provera dua bulan, jadi doktor hanya buat transabdominal ultrasound scan (TAS). Kebetulan doktor di bilik 10 tu doktor yang sama attend kes laporoscopy aku bulan Mei aritu. 

Masa dia tengah scan, aku berbual dengan dia, aku tanya sama ada mesin scan boleh kesan tak sama ada aku ada fibroid atau cyst. Alhamdulillah, doktor kata tak ada fibroid dan cyst. Dia kata mesin scan tu boleh kesan cyst dan fibroid bersaiz sekecil 2mm. 

Tanda-Tanda Nak Period
Balik dari scan di Bilik 10, masuk balik bilik doktor yang mula-mula jumpa tu. Dia kata dari gambar scan nampak yang dinding rahim aku agak tebal dan dah nampak tanda-tanda dah nak period. Hurray!! Seronoknya bila dengar doktor cakap macam tu. Dah dekat 90 hari sejak hari pertama kitaran period terakhir (23 -28 Mei 2014) aku tak period. Boleh rasa lemau dah rasa badan aku ni. Aku memang rindu 'period' aku 200%. Hihihi.....

Hari ni dah mula rasa lenguh-lenguh pinggang...

2 comments:

  1. su kena turunkan 10% paling kurang,,
    kena lagi cekalkan hati nak buang segala yg ada ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su kena turunkan 10% dari berapa ke berapa kg berat badan? Yani ni badan dah plateau agak lama....kena usaha cara fizikal, setakat jaga makan dah tak berapa nak jalan dah...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)