9 Ogos 2014.
Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Aku terima berita sedih
ini melalui sms yang famili bibik Siti di Semarang hantar hampir tengahari
tadi. Terkedu. Kami suami isteri menangis bila terkenangkan bibik. Arwah Bibik
Siti meninggal pada hari Jumaat 8 Ogos 2014, dua (2) bulan selepas pulang ke
Semarang, Indonesia. Bibik Siti menghidapi penyakit kanser payudara tahap 4, sudah menjalani pembedahan di Indonesia pada bulan Ramadhan tempohari...tapi Allah SWT lebih sayangkannya. Bibik pergi selepas empat (4) bulan lebih arwah Mak tiada.
Aku whatsapp semua adik beradik pasal berita ni. Masing-masing
sangat terkejut. Baru beberapa hari lepas kami berbual dalam whatsapp ada sebut
pasal bibik.
Kalau pernah baca entri aku dulu, aku pernah berjanji dengan
arwah bibik, kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur, tahun depan aku dan suami
nak jenguk dia sekeluarga di Semarang. Rupa-rupanya, dia pernah call dan
bercakap dengan bibik kakak aku tempohari masa awal Syawal (selepas operation),
bertanya bila aku nak datang sana. Ya Allah....tak sampai hajat kami rupanya.
Aku telefon beberapa orang saudara terdekat yang kenal bibik
Siti dan maklumkan kematian bibik, salah seorangnya saudara kami Kak Bibah. Kak
Bibah ni agak rapat juga dengan arwah Bibik Siti terutamanya masa arwah mak
duduk lama kat hospital. Rupa-rupanya, arwah bibik Siti pernah berbual dan beri
bayangan yang dia dah "tak lama" lagi.
Sebak hati bila baca sms Kak Bibah ni....yang aku terkilan
sangat-sangat, lepas Bibik Siti pulang ke sana, ada beberapa kali bibik hantar
sms suruh aku call sekejap dia. Sebab kesibukan masa, aku asyik bertangguh nak
call balik dia.
Hanya sekali je aku dapat berbual sekejap dengan bibik,
sewaktu dia beberapa hari lepas operate bulan puasa tempohari, memang suara
bibik lemah sangat. Itu pun dia yang call dari sana.
InshaAllah, kebetulan esok adik bongsu ada buat rumah
terbuka di rumahnya, kami bercadang nak buat sedikit majlis tahlil untuknya.
Ya Allah, tempatkanlah arwah Bibik Siti dikalangan
umat-umatMu yang Kau kasihi dan sayangi serta dimasukkan dalam golongan beriman
dan solehah...amin ya rabbal alamin.
Gambar kenangan terakhir kami dengan arwah Bibik Siti.
P/s: Mohon sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah
bibik Siti ye kawan-kawan semua?
Alfatihah buat bibik Siti..masih ingat entry yani pasal bibik.rasa macam baru lagi.dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali..Semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang yg beriman.,Amin.,
ReplyDeleteKak Nuriz...memang tak lama pun entri Yani pasal bibik Siti tu Kak...baru dua bulan lebih bibik balik ke sana...apa-apa pun kami bersyukur, arwah bibik sempat balik ke sana bertemu keluarga dan mendapatkan rawatan (operation). Mungkin Allah SWT lebih sayangkan arwah bibik dan tak nak dia tanggung sakit lama-lama, sama seperti arwah mak Yani.
DeleteSalam takziah dan alfatihah kpd bibik siti..sekejap bibik siti tu sakit..Allah sygkn dia dgn diringankn kesakitan dan dipermudahkan kematian.Moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.
ReplyDeleteSalam Ieda Jeff....kami adik beradik rasa bibik Siti dah lama sakit sebelum datang bekerja di Malaysia dulu, cuma tak dapat kesan lebih awal kanser payudara tu. Ada hikmahnya kami dapat hantar bibik balik awal ke sana...kalau masih bertangguh, mungkin bibik tak sempat jumpa keluarganya terutamanya anak bongsunya yang masih kecil. Allahuakhbar...sebak bila terkenangkan anak bongsunya yang masih belum puas melepaskan rindu terpaksa berpisah untuk selama-lamanya dgn mak sendiri....
DeleteInna Lillahi Wainna Ilaihi Raji'un. Semoga rohnya dicucuri rahmat..
ReplyDeleteTerima kasih Pamela Rn....inshaAllah...semoga arwah meraih khusnul khatimah....pengakhiran hidup yang baik, dapat mengucap kalimah syahadah..
DeleteInnalillahi wainna ilaihi rajiun... Smg Allah golongkan dia dlm golongan org yg beriman... Amin...
ReplyDeleteAmin ST......sedih sangat....masih teringat-ingat budi baik arwah bibik...
Deletesedihnya ....Semoga bibik siti ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertakwa ...amin
ReplyDeleteAmin Mawar..Yani pun doakan arwah Bibik Siti seperti itu juga....semoga Allah menerima doa-doa kita semua..
Deleteinnalillah semoga ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.
ReplyDeleteInshaAllah Zura...amin! Terima kasih....
DeleteAlfatihah utk bibik siti.. sedih nya.. berkenan air mata.. semoga bibik siti ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
ReplyDeleteTerima kasih Yana....budi baik arwah bibik Siti tak mungkin dapat dibalas....dalam banyak-banyak bibik, dia yang paling last dan dia yang paling terbaik yang kami pernah jumpa. Lepas arwah mak tiada, dia tempat Yani menumpang kasih walaupun sekejap....
DeleteSemoga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan di kalangan kesayanganNya
ReplyDeleteInshaAllah, terima kasih atas doa awak untuk arwah bibik Siti....
DeleteAl-Fatihah ;(
ReplyDeleteThanks Eida....mohon doakan arwah bibik tenang di sana...
Delete