07 August 2014

Hampir Terlupa

7 Ogos 2014.

Masuk kerja hari Isnin lepas, tugasan kemahin banyak sampai tertangguh nak belek balik tarikh-tarikh penting appointment. Malam tadi, ambil semua fail, tulis semula tarikh-tarikh jumpa klinik O&G dan klinik dada (kes tibi tempohari) kat papan whiteboard mini. 

Terkejut juga bila tengok tarikh ambil darah dan hantar sampel kahak adalah hari ini (7 Ogos 2014). Aduh!! Macam mana ni? Kalau nak minta cuti/half day memang tak dapatlah, hari ni pula ada program penting aku kena handle. Dah la kena ambil sampel darah pukul 8.00 pagi di Bilik 33 GH Melaka, memang lambat la selesai nanti. Aku ambil hp, whatsapp adik bongsu, masa tu dah dekat 11.30 malam.

Aku tanya boleh tak kalau nak ambil sampel darah kat KK dia je? Dia kata ok sebab kebetulan hari Khamis memang hari KK ada penghantaran sampel darah ke GH. Alhamdulillah, lega! Lepas Subuh pagi tadi, sms ketua unit dan staf Pentadbiran, bagitahu aku masuk kerja lewat sedikit sebab nak ke KK.

Pukul 7.45 pagi tadi aku dah sampai KK dia. Masuk jumpa dia, dia terus ambil sampel darah. Nasib baik aku tunjuk kat dia dokumen-dokumen GH beri tempohari. Dia cakap hari ni kena serah sampel kahak sekali, sepatutnya bangun tidur dah kena keluarkan kahak. Aku cakap manalah aku tahu, tak reti nak baca borang-borang hospital ni. Nasib baik juga aku angkut botol sampel kahak dalam kereta, jadi dia suruh aku keluarkan kahak dan pass terus pada dia untuk hantar ke GH Melaka. Minta timeslip kat dia, dah sah-sah la masuk pejabat lewat, tak apply timeslip awal-awal kat pejabat.

Appointment dengan klinik dada GH Melaka minggu depan. Harap dipermudahkan semua urusan.
Appointment dengan klinik O&G GH Melaka lagi 1 minggu depan. Mesti ada yang bos aku bising ni kang berturut-turut ada appointment...hurm, nak buat macam mana? Kang apply cuti rehat, banyak bunyi plak. Aku cuba ambik timeslip le nampaknya. Tapi paham-paham jer la, appointment di klinik kerajaan, proses menunggu tu yang panjang, jumpa doktor sekejap je. Bertabahlah....

6 comments:

  1. Akk ni dah memang terkenal dgn byk cuti n aopointment..hahaha..tapi pandai2 la cover balik..bila time kena buat keje, buat betul2 lah..: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nuriz, Yani ni jarang ambik cuti yang nak holiday2 bagai ni. Kalau cuti rehat tu, semata-mata pasal appointment GH Melaka dan KK je. Tak reti nak cuti nak happy2, atau ambik EL tetiba ni. Kalau time kerja, memang betul2 kerja. So Yani kalau apply cuti rehat untuk rawatan tu, memang betul-betul 'kena' cuti la tu. Ade orang tak faham...dia ingat kita x de anak ni, x payah nak cuti sangat.... hurm.

      Delete
    2. bagusnye yani.. sy ni pulak asik fikir pasal nak cuti jer..

      Delete
    3. Yana...dah jadi 'tebiat' macam ni sebab bos jugak. Bab cuti kena slash (minta cuti 3 hari, boleh plak dia tanya balik...saya bagi 2 hari boleh?) dah biasa kena dah. Jadi tak payah berharaplah nak cuti lama-lama. So bila lama-lama, semangat nak cuti tu dah x de. Cuti pun macam tak cuti...siap bersyarat lagi, boleh cuti tapi hp kena on dan kena jawap call.....serupa tak payah cuti kalau mcm tu....ppfftt!

      Delete
  2. yani, smg Allah permudahkan... i pon slalu masuk lambat bila tengah treatment. But i memang inform boss awal2 what to expect masa i tengah treatment. Boss ok. sebab treatment tu dalam sebulan je banyak cuti n masuk lambat. Other than that, memang pastikan keje siap. Org lain nak bunyi, i don't care...as long as my boss know the situation. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe....tapi dah 5 tahun lebih kerja bawah bos ni, dah masak sgt dgn 'peel' dia.....x mo cakap lebih2 kat sini...kang ade tukang sampaikan...huhuhu....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)